Makanan yang sedia terhidang, Tia rasa sesudu. Nak pastikan lulus ke tak? Hotel mahal ni!
"Mmmm..." Dia cuba melumat rasa sambal udang galah. Selepas itu dia berhenti makan.
"Asal?" Tanya Zane, penat pula dia tengok Tia dari tadi merasa makanan. Perut dah lapar ni!
"Sedap." Jawab Tia. Bibirnya mula mengukir senyuman.
Baru saja Zane mahu mengambil seekor udang galah, ditepis Tia terlebih dahulu.
"Kejaplah. I nak ambil gambar."
Zane mengeluh lagi. Tadi rasa, sekarang nak ambil gambar! Perempuan memang macam ni eh?!
"Makan je lah. Aku dah lapar ni." Ujar Zane.
"Sabarlah." Marah Tia.
Sesudah mengambil gambar, baru Tia izinkan Zane untuk mengambil lauk.
Tia makan dengan penuh nikmat. Isi udang galah yang penuh dan lembut itu buatkan dia bertambah selera.
"Pandai you pilih hotel." Puji Tia.
Zane tersenyum kecil. Wajah isterinya yang sedang sibuk makan, ditenungnya dalam–dalam.
Comel pulak bila dia tengah makan. Omelnya dalam hati.
"Harini kita pergi honeymoon. For real. Okay?" Ujar Zane.
"Yeah, kalau perempuan tu tak ada lagilah." Balas Tia.
"Kau tak payah risau pasal dia, risau pasal kita je."
Tangan Tia digenggam erat. Belakang tangannya dielus lembut.
"Excuse me hubby, can you call me Sayang?" Soal Tia, sambil bibirnya dimuncungkan.
"Sayang, biy nak kiss sayang boleh?" Tanya Zane. Cepat aje kaki Zane disepak kuat oleh Tia.
"Sakitlah!" Marah Zane.
"Nak romantik tak kena tempat!" Marah Tia pula. Karang dipandang orang awam, apa pula kata mereka.
Mesti secara tidak langsung, wajah mereka akan berada di laman sosial. Dan akhirnya maklumat tu mama, papa, bonda, ayahanda akan tengok, naya nanti!
"Tadi suruh panggil sayang." Zane tayangkan muka menyampahnya pada Tia.
"Ingat Zane, our relationship. Keep it a secret. Jangan ada sorang pun yang tahu, boleh jadi masalah besar nanti." Pesan Tia.
"Kalau aku taknak?" Zane menduga.
"You tidur luar." Suaranya masih dikawal walaupun tengah marah.
________________
"Abang Am!" Jerit Adira di hujung talian.
"Kau dah kenapa, kalau pecah telinga abang, kau nak ganti ke?" Marah Amran, abang kandungnya.
"I hate her! Perempuan yang asyik berkepit je dengan Zane!" Bentak Adira.
"Come on, you to have to move on. Dia tak pernah ada crush dengan kau pun. Kau yang lebih ni kenapa?"
"Abang, Dira nak Zane. Macam mana dia layan Dira dulu, Dira nak layanan dia balik!"
Amran mengeluh berat. Tak habis–habis dengan Zane dia tu!
"Pergi tanya papalah. Bukan abang! Nak paksa–paksa hati orang kenapa? Kau patut bersyukur tau Zane tu dah rawat mental kau."
"Ab..." Panggilan terus ditutup. Mungkin dia tak tahan dengan perangai adiknya.
"Hish!" Kakinya dihentak kuat. Bantal yang ada dilayang ke pintu. Marah sangat tu!
"Tak boleh jadi, Zane milik aku sorang!" Rambutnya diserabaikan. Habis segala apa yang ada depan mata, dilambung jauh.
Sesudah meluahkan rasa marah. Dia tersenyum sinis.
"I know what to do..."
________________
"Harini kita pergi pool!" Ujar Tia riang.
Membulat matanya mendengar permintaan Tia. Pool? Dia bukan minat basah–basahkan badan ni!
"Sayang, kita pergi shoppinglah. Kan sayang suka shopping?" Pujuk Zane.
Pantas Tia menggeleng.
"Nope. Setakat shopping, mall dekat tempat kita pun banyak, lagipun, pool dekat Langkawi, bukan sekadar pool okay?" Tia tersenyum sinis.
Zane bingung. Kenapa dengan senyuman tu? Senyum macam nak kenakan orang je?
"Okay okay, sayang je lah mandi. Biy round je dekat pool tu. I don't like to wet my body."
"If you love me, you have to do it." Ugut Tia.
"I love you of course. Even now..."
Tia menggaru kepala yang tidak gatal. Tak faham dengan kata–kata itu. Dilihatkan Tia yang masih blurr. Pantas Zane mengambil kesempatan.
Chupp!!
Bibirnya dicium sekejap oleh Zane. Berona merah pipi Tia apabila diserang tiba–tiba. Sejurus itu, Tia beri jelingan maut pada Zane.
"I said, don't be too obvious in public." Perut Zane dicubit halus. Fuh, pedih woo!
Setelah 20 minit perjalanan, mereka sampai di Pool yang dikatakan oleh Tia.
Zane melihat sekeliling, sekarang dia faham maksud senyuman Tia tadi. Gelongsor yang terlalu tinggi dan gayat itu dipandang lama, dia menelan liur. Tia tak sekejam tu kan?
"Ehem. Tercegat apa dekat situ?" Sedari tadi, Zane asyik berhenti saja. Sebab itu dia tegur.
"Sayang, what so fun in this place? Water? Baik kita pergi melawat muzium ke, tempat bersejarah ke. You are not a kid anymore." Jelas Zane.
"Why? Fear to face it?" Sinis Tia bertanya.
"Excuse me. I am tengku Zane Harraz okay! I am not fear to anything!" Zane cuba membangkang. Hakikatnya sudah berapa kali dia menelan liur. Dia paling bencikan tempat tinggi!
"Kita bet."
Berkerut wajah Zane apabila mendengar ayat yang keluar dari mulut Tia. Bet apa?
"Siapa menjerit masa terjun dari gelongsor. Dia kalah. And akan terima punisment."
Zane meraup kasar wajahnya. Dah agak, tak lain tak bukan. Mesti gelongsor tinggi itu yang dipilih oleh Tia! Kejamnya kamu!
"And siapa yang menang, yang kalah akan tunaikan permintaan dia?" Tanya Zane pula. Inilah masanya untuk tunjukkan yang dia anak jantan! Sangat!
"Okay je. Deal eh?" Zane angguk setuju.
"Pergi ambil ticket untuk pelampung dulu. I tunggu sini."
Zane patuh arahan. Cepat dia cari tempat yang ada banyak pelampung besar, lalu dia beratur hingga tiba gilirannya.
Melihatkan pelampung itu ada dua tempat duduk. Dan jarak tidaklah terlalu jauh. Zane ketawa kecil. Adalah yang difikirkan tu.
10 minit kemudian. Zane berlari ke arah Tia bersama pelampung besar ditangannya.
"Are you ready my hubby?"
"Of course I'm ready sayang..." Balas Zane sinis. Nampaknya, dua–dua dah mulakan perwatakan budak–budak. Tak sedar diri masing–masing bukan lagi bujang!
"Eleh, we'll see..."
Setibanya di puncak. Zane menahan rasa debar di dada. Huh, tinggi sangat! Apa Tia ni tak ada perasaan ke? Bukan ke perempuan takutkan tempat gayat?
Dia pandang isterinya, bukan main excited lagi! Zane pula dah kecut perut. Dia takutkan tempat tinggi. Dia akui itu!
Dan gelongsor yang licin ini buatkan dia lagi seram, buatnya tercampak ke luar? Banyak betul fikiran negatif di benaknya.
"Are you ready?"
Tia mengangguk. Zane pula tak bagi apa–apa reaksi. Dia sembunyikan rasa takut. Mana boleh tunjuk kelemahan depan perempuan!
"1, 2, 3!"
Pelampung besar itu ditolak. Membuntang mata Zane dengan kelajuan yang dibawa oleh air. Licin dan terlalu laju!
Jantungnya juga berdegup laju. Nak mati dah ni!
"Woooo!" sorak Tia kegembiraan. Puas apabila hajat yang diinginkan akhirnya terlaksana.
Zane tidak dapat menahan apabila pelampung ini lebih laju berbanding pada awalnya, dia pejam mata. Perasaan takutnya tidak dapat ditafsirkan. Dan dia tak boleh kalah!
"Open your eyes hubby, its fun!" Ujar Tia.
Apa yang diimpikan ketika menempah pelampung semuanya terbantut. Kononnya dia nak genggam erat tangan isterinya, tapi lain pula jadi!
Apabila tiba di selekoh, pelampung itu terangkat sedikit membuatkan Tia menjerit.
"Arghh!" Jerit Tia.
Dia merengus kasar. Aku ke yang kalah sekarang ni?!
Zane hanya mampu tersenyum dalam hati. Nak senyum dekat tempat gayat ni? Memang mencari nahaslah! Sambil itu, dia berharap pelampung ini akan menemui penamatnya. Panjang naw!
sorry guys, I don't have any experience in Langkawi, yet I still choose this place as their honeymoon. Kalau ada salah tentang selok belok Langkawi, korang boleh tegur, enjoy reading!
_________________
[5 commments required to unlock new chapter]
Share this novel
besttt sgt
sambung lglah...kita dah baca...hihi..ta