BAB 5

Romance Completed 60718

"How about this sayang?" Tengku Aida menunjukkan satu gambar fesyen terkini pasangan berkahwin.

"Nope." balas Tia.

"Tia, dah berapa banyak mama tunjuk. Semua tak berkenan." Tengku Aida mengeluh.

Bagi dia, model pasangan di dalam gambar itu sudah cukup cantik.

"Simple. I. Dont. Want. To. Get. Married!" balas Tia.

Memang dia sungguh keras kepala. Keputusan mamanya sehingga sekarang dibangkang.

Tengku Aida berjanji masa perkahwinan mereka dalam 2 ke 3 hari. Tapi sekarang dah 4 hari!

"Ikut Tia lah. Biar mama aja yang siapkan semuanya. Nak tanya Tia? sampai kiamat tak sudah!" tengku Aida melepaskan geram.
Tiba–tiba bunyi loceng bergema. Tengku Aida bangun dari sofa dan menjenguk ke luar.

Terlihat susuk tubuh yang sangat dikenali beradq di hadapan pagar rumah banglo itu.

Tengku Aida tersenyum, butang pagar ditekan agar terbuka.

Pemuda itu berjalan sambil melihat sekeliling. Selepas itu dia ternampak susuk tubuh tengku Aida yang berada tidak jauh darinya.

"Assalamualaikum aunty..."

"Waalaikumussalam. Masuklah Zane." Tengku Aida pelawa lelaki itu.

Tengku Zane tersenyum kelat. Berat hatinya ingin melangkah masuk.

"Masuklah. Duduk dengan Tia dulu. Kita tengok baju nikah yang perfect untuk esok."

Belum hilang lagi terkejutnya memandang Zane. Kini ada lagi yang mengejut dari itu. Mereka bernikah esok?

"Ma!" malangnya, susuk tubuh tengku Aida sudah hilang dari radar.

"Yang you macam tunggul ni kenapa? nak sangat kahwin dengan I?!" tengking Tia.

"Kau fikir aku boleh buat apa?" Soal Zane semula. Dia tak puas hati. Malah dia tidak memahami situasi yang rumit ini. Dia ingin membangkang, tapi tak mungkin yang tua akan dengar luahan si muda.

"Okay okay. You boleh kahwin dengan I, tapi dengan satu syarat." ujar Tia sambil berpeluk tubuh.

"Ceraikan I lepas lafaz nikah." ujar Tia selamba.

Amboi, gila! baru lafaz nikah, dah minta cerai?

Zane meraup kasar wajahnya. Susah betul berhadapan dengan perempuan psycho ni. Tak pernah dibuat dek orang!

"Kau nak aku bawak pergi medical check-up ke? kot–kotlah ada sel–sel yang terputus."

"Hei, I normal lagi okay! you tu yang gila. Kata tak berminat dengan perempuanlah konon! bila tengok perempuan tu perfect body je, terus keluar nafsu jantan you!" balas Tia.

Dia bengang mendengar setiap perkataan yang keluar dari mulut lelaki itu.

"Kau jangan melampau eh Tia!" tengking Zane pula.

Tidak sanggup telinganya mendengar kata–kata hinaan itu. Dia sememangnya bukan seperti lelaki lain. Berapa kali dia mahu ulang? dia bukanlah lelaki sampah seperti lelaki diluar sana.

"I bersabar ada limit tau, I nakkan keputusan you! terus batalkan pernikahan ni atau... ceraikan I selepas lafaz nikah!" ulang Tia.

"Aku bukan lelaki yang langsung tak tahu agama. Kalau kita bercerai, syaitan yang menang. Lagipun kau ni dah tak ada otak ke? be profesional Tia." tegur Zane.

Tia mendengus geram. Bila lelaki itu bangkitkan hal agama, dia tidak tahu mahu berbalas apa.

Iya, jodoh itu ditangan Tuhan. Kita hanya mampu merancang, andainya Zane sudah ditakdirkan untuk Tia, takkanlah Tia mahu menolak takdir?

"Tak masuk akal Zane. Kita tak bercinta, kita kenal tak sampai 5 hari. And yang paling tak masuk akal, we're still students!"

"Bercinta boleh dipupuk lepas kahwin nanti." sampuk seseorang.

Tia toleh memandang pemilik suara. Dia mendengus lagi.

"Buatlah apa korang nak! Tia taknak masuk campur!" Delya terus beredar dari ruang tamu.

"Zane, jangan ambil hati ya..." pujuk tengku Aida.

Zane tersenyum kelat.

________________________

3 JAM SEBELUM PERNIKAHAN

"Tia, buka pintu ni. Kita dah tak ada masa." arah tengku Aida.

Lagi tiga jam, malah dia masih berkurung di dalam bilik. Belum bersolek dan baju nikah masih kekal bergantung di dalam almari.

"Tia taknak kahwin!" tengking Tia dari dalam.

Tengku Aida mengeluh berat. Tiba–tiba telefonnya berbunyi. Terus dia mengangkat panggilan tersebut.

"Hello?" - Tengku Aida

"Macam mana dengan Tia? dah siap ke?" - Tengku Aulia

"Belum... dia berkurung dalam bilik..." - Tengku Aida

"Tak apa. Kita suruh pengantin lelaki yang pujuk." - Tengku Aulia

Tengku Aida meletakkan panggilan. Dia mengeluh lagi, anaknya terlalu degil.

____________________

"Zane, nasib baik kamu bersiap awal. Aunty dah tak tahu nak buat apa lagi." Tengku Aida mengeluh.

"Tak apa aunty, korang semua duduk dekat ruang tamu dulu. Biar saya yang settle kan." pujuk Zane dalam keadaan terpaksa.

"Tia..." panggil Zane.

Sepi. Tiada sahutan dibalik panggilan itu.

"Tia... kau jangan buat hal. Benda ni boleh memalukan kedua–dua pihak." ujar Zane.

"You fikir I kesah?" balas Tia dari dalam.

"Open the door." arah Zane.

"No way, you gila. Gila sangat. Patutnya you bangkang, bukannya setuju kahwin dengan I." balas Tia lagi. Dengarnya seperti tidak puas hati.

"Okay, aku gila. Dan aku nak kau keluar sekarang. Kau fikir aku tak bangkang ke? beratus kali aku bangkang dan akhirnya, aku hanya bazir tenaga. Bonda aku langsung tak dengar luahan aku. Apa aku boleh buat lagi Tia?" terang Zane.

"Habis tu?" soal Tia.

"Kita kahwin, lepas tu aku ceraikan kau." balas Zane.

"Serius?" Tia muncul di hadapannya.

Zane agak terkejut. Namun dia cuba mengawalnya.

Zane mengangguk.

"Tipu. Baik I ma..."

Baru sahaja Tia ingin memulas tombol pintu, Zane ikut masuk bersamanya di dalam bilik.

"You dah kenapa?!" tengking Tia.

"Pergi siap. Tak ada masa nak main hide and seek." arah Zane sambil berpeluk tubuh.

"You nak I menjerit ke?" ugut Tia.

"Jeritlah. Diorang takkan naik, sebab diorang percayakan aku." Balas Zane angkuh.

"You nak I naked depan you ke?! keluar!" jerit Tia.

"No." Zane enggan keluar.

"You jangan lebih–lebih eh, bukan family yang I report. I report polis terus!" ugut Tia lagi.

Tiba–tiba Zane merapatkan tubuhnya dengan Tia. Kepalanya dirapatkan dengan kepala gadis itu. Pantas Tia menutup mata. Takut sesuatu terjadi.

"Wangi, rambut kau belum kering. Maksudnya kau dah mandi. Cepat siap. Kau ada fitting room dalam bilik ni, pergi siap dekat situ. Kalau kau kunci, aku tendang sampai pecah..." bisik Zane di cuping telinga Tia.

"Hish pervert!" jerit Tia lagi.

"Mana baju nikah kau?" soal Zane.

"Dah buang." balas Tia selamba.

"Nampaknya aku tak ada pilihan." Zane terus berjalan ke arah almari.

"Hei! you fikir I ni lelaki ke? sesuka hati masuk bilik I, selerak almari I?!"

Zane abaikan kata–kata itu. Apabila terjumpa satu baju yang dikenali, terus diambilnya dan dicampak ke arah Tia.

"Cepat siap Tia. Jangan sampai aku kerjakan kau sebelum nikah." arah Zane. Sudah seperti pemeras ugut gayanya.

"Hish!" Tia mengeluh kasar.

Dia terus masuk ke dalam fitting room dan menyalin baju nikah seperti yang diarahkan.

Sesudah siap memakai baju nikah, dia melihat dirinya di cermin.

"Aku... dah nak nikah?" monolog hatinya.

Sebaik sahaja Tia membuka pintu fitting room. Zane beralih pandangannya kepada Tia.

Dia seperti berada di awang–awangan. Tia kelihatan anggun, menawan, cantik dan jelita.

"Hmm Tia... dah siap ke? tukang make-up dah sampai." ujar tengku Aida di luar pintu.

"Dah." Tia membuka pintu dan Zane kaku disebelahnya.

"Eh Zane?" terkejut tengku Aida apabila melihat Zane berada di dalam.

"Sorry aunty, Tia ni degil sangat nak tukar baju. Don't worry, Im not looking anything." ujar Zane.

Tengku Aida tersenyum. Tingkah laku Zane meyakinkan lagi dirinya bahawa pilihannya adalah tepat. Siapa yang dapat tundukkan playgirl Tia? hanya Zane.

Tengku Aida memimpin Tia untuk sesi solekan pula. Zane hanya perhatikan gadis itu dari jauh.

_____________________

"Muka tengku ni dah memang cantik. Nak saya tacap nipis ke tebal?" soal jurusolek itu.

"I don't care. Just make me pretty." arah Tia.

Setelah selesai semuanya. Tia menuju ke ruang tamu. Terlihat ramai orang sedang berkumpul. Walaupun hanya sedara-mara yang hadir, mereka sudah cukup untuk penuhi ruang tamu itu.

"Pengantin lelaki, boleh kita mulakan?" soal tok kadi yang sudah menghulurkan tangan.

"Hah? ahh ya." Zane menyambut huluran tangan itu.

"Aku nikahkan dikau dengan tengku Tia Hanari binti Tengku Arman dengan mas kahwinnya lima ribu ringgit, tunai." ucap Tok kadi.

"Aku terima nikahnya..." lafaznya terhenti.

"Kenapa? kamu lupa ke?" soal Tok kadi.

"Tak... mari kita teruskan." Zane hadiahkan senyuman kelat.

"Aku terima nikahnya Tengku Tia Hanari binti Tengku Arman dengan mas kahwinnya lima ribu ringgit, tunai." balas Zane.

Tia mengetap bibir. Zane betul–betul melakukannya. Kini dia bergelar 'ISTERI'.

Tapi hanya sebentar, tidak lama lagi dia akan diceraikan. Betul ke?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience