"Woi bang..." panggilannya terhenti. Dia membetulkan suara, dan memanggil kembali.
"Sayang... bangun." panggilnya lembut.
Tia tidak menyahut, dia masih lena dibuai mimpi.
"Sayang bangunlah..." dia menyentuh bahu Tia.
Tia masih enggan bangun. Dia tarik selimut sampai menutup wajahnya.
"Woi bangunlah gila!" itu dia! yang tadi pondan sekarang dah jadi jantan balik!
Tia terus membuka besar matanya. Dia pusingkan badan memandang Zane. Serius aja mukanya.
"You panggil I apa tadi?" tanya Tia.
"Aku dah kejut elok–elok tadi, kau taknak bangun." balas Zane, dia cuba berlagak tenang.
"Iyalah, perlu ke panggil I gila? hish! You..."
Tia menutup mulutnya, dia terasa seperti hendak muntah.
"Bw... bwerk!" Tia terus berlari ke bilik air dan mengunci pintu.
"Bwerk.. bwerk!" Zane terdengar suara Tia yang seakan sedang mengeluarkan segala isi perutnya.
"Tia! kau okay tak? asal kau nak mun..."
Zane menutup mulutnya.
"Dia mengandung?!" jerit hatinya. Itu saja yang dapat difikirkan buat masa sekarang.
Setelah rasa lega, Tia keluar dari bilik air.
"Asal kau muntah–muntah?" tanya Zane serius.
"Entah... jap!" Tia mula pandang Zane. Dia tenung wajah itu.
"You ada buat apa–apa dekat I ke?!" tanya Tia. Ya, dia pun beranggapan yang dia mengandung.
"Ak... aku mana tahu, mungkin aku tak sedar... tapi takkan..."
"Kalau I mengandung macam mana?! Kita budak kolej lagi. Macam mana? takkan I nak berhenti? ke I patut gugurkan kandungan ni?" tanya Tia bertubi–tubi.
"Woi rileks! kau jangan nak gugurkan kandungan eh kalau kau mengandung. Berdosa!"
"Habis tu macam mana? Kan I dah kata dengan you, I akan jalankan tanggungjawab I sebagai isteri lepas habis belajar, yang you tak menyabar kenapa?!" tengking Tia. Fuh, bengang sangat tu!
"Sekarang ni tak payahlah marah aku. Bukan dosa pun!" Zane pula meninggikan suara.
Berasap telinga Tia mendengarnya. Memanglah tak dosa encik Zane oi!
"Memanglah! tapi I belum boleh terima status ibu masa umur 18 tahun!" bentak Tia.
"Tak baiklah tinggi suara dekat suami!" marah Zane.
"Habis tu eloklah sangat you tinggi suara dekat I? You ni fake lah!" marah Tia.
"Fake apa pulak?"
"Cinta you fake!"
Zane bulatkan mata. Cinta dia fake? amboi sesenang hati je dia tuduh kita ya?
"Kau jangan nak fitnah aku eh?" marah Zane lagi.
"Habis tu kenapa you kasar dengan I?"
"Aku dah terbiasa!" Balas Zane, dia langsung tidak mahu mengalah.
"Dahlah! I taknak pergi kolej!" Tia terus masuk ke dalam bilik dan menghempas pintu.
Zane mengeluh berat. Ya, dia tahu, kemungkinan salah dia. Tapi tak perlulah cakap cinta dia palsu!
"Tia... keluarlah. Kita buat check-up." pujuk Zane di luar pintu.
"Diam!" marah Tia dari dalam.
"Keluarlah. Nanti mama perasan yang kita tak pergi kolej." pujuknya lagi.
"Pergilah sorang. Pergi pikat awek–awek dekat kolej tu!" Amboi, emo ke jealous?
"Tia keluarlah. Hal tu nanti kita bincang, janganlah macam ni please?" pujuknya semampu yang boleh. Lembut betul pujukannya. Macam bukan Zane!
__________________
Setelah tamat pembelajaran, mereka terus pulang ke rumah.
"Jom, kita buat check-up." pelawa Zane.
"Gila? taknak." bantah Tia.
"Habis tu kalau kau mengandung?" tanya Zane serius.
"Hish! you tunggulah dekat luar. I siap kejap."
Tia terus masuk ke dalam bilik dan membersihkan dirinya dahulu.
Zane yang berada di luar tiba–tiba saja terbit senyuman di bibirnya.
"Aku jadi ayah?" bisiknya dalam hati.
Dia tersenyum lagi. Amboi, suka sangat ya?
Selepas beberapa minit kemudian. Tia keluar dari bilik. Terbuntang mata Zane melihat pakaian Tia.
"Aik, takkan pakai blouse je? mana seluar?" tanya Zane.
"Apa you merepek. Tak cantiklah blouse dengan seluar pulak." Sewaktu Tia ingin meneruskan langkah, Zane menghalangnya. Dah kenapa mamat ni?
"Pergi pakai seluar. Kau nak goda siapa dekat luar sana? kita nak pergi klinik, bukan pergi club Cik Tia oi!" arah Zane. Sempat lagi dia menyindir isterinya. Fuh, kaki Tia yang licin dan putih itu sangat bahaya jika dipandang oleh kaum lelaki.
"Hish!" Tia mengeluh. Ada je yang tak kena ya? tapi arahan suami kena patuhkan?
_____________________
"Urmmm, cik tak makan ke malam tadi?" tanya doktor Husna.
"Errrr lupa." jawab Tia tergagap–gagap.
"Perut cik dah masuk angin, itulah yang muntah–muntah tu. Nah, ni saya sediakan ubat angin dan panadol. Makan bila perlu okay?"
Zane terus menunggu keputusan dari doktor. Aik, kenapa diam je?
"Doktor, isteri saya tak mengandung ke?" tanya Zane. Membulat mata Tia dengan soalan Zane, malu woi!
"Ouh, maaf encik. Mungkin belum masanya lagi. Usaha lebih ya encik? puan ni hanya masuk angin. Sebab tu dia muntah–muntah." jelas doktor Husna.
"Ouh, so saya tak mengandung?" tanya Tia, dia inginkan kepastian.
"Yup. Usaha lagi ya." pesan doktor Husna sambil tersenyum.
Raut wajah Zane tampak kecewa. Alahai, monyok sangat muka tu!
__________________
"Zane..." panggil Tia.
Zane menoleh. Dia memandang sayu ke arah Tia.
"Sorry, I tuduh you bukan–bukan. I serious, I minta maaf sangat–sangat." kedua tapak tangannya bercantum. Sedaya upaya dia memohon maaf pada Zane.
"Hmm." balas Zane.
Zane ingin melangkah, namun dihalang oleh Tia.
"Maafkanlah I." pintanya lagi.
Wajah suaminya ditenung penuh harapan. Namun Zane tidak memandangnya, dia beralih pandangan. Dia lebih sanggup melihat suasana dapur.
"Zane..." Tia merayu.
"Aku nak anak." balas Zane serius.
Tia membulatkan matanya. Dia tak salah dengar ke?! dia balas pandangan lelaki itu, Zane memandang Tia dengan raut wajah tegang.
Eh kau ni Zane!
Share this novel