BAB 26

Romance Completed 60718

Nia berjalan–jalan di sekeliling taman. Dia menghidup udara segar, jiwanya tenang.

"Tengku Nia!" ada seseorang memanggil namanya.

Pantas Nia menoleh, terlihat seorang perempuan seksi sedang menuju ke arahnya. Dia kecilkan mata untuk melihat perempuan itu dengan lebih jelas. Ini...

"Tengku Nia!" Adira mencari nafas.

"Eh, kak Dira. Akak buat apa dekat sini?" tanya Nia kekok.

"Akak saja round–round tempat ni. Tak sangka pulak terjumpa dengan Tengku Nia." balas Adira sambil tersenyum nipis.

"Tak payah tengku–tengku lah akak. Lagipun akak dua tahun lagi Tua dari Nia, rasa tak beradab pulak." ujar Nia ramah.

"Hehe. dah tiga tahun kita tak jumpa kan?"

Nia mengangguk laju. Mereka berdua mengambil tempat duduk di sebelah taman.

"Nia... kakak Nia Tengku Tia Hanari kan?" Tanya Adira. Dari raut wajahnya, dia memang sedang curiga.

"Haah, macam mana akak tahu?"

"Akakkan satu kolej dengan dia, akak tahulah." Ujar Adira tanpa rasa kekok. Entah bila masa dia satu kolej dengan Tia.

"Seriuslah kak? Akak kolej dekat–dekat sini jelah kalau macam tu?" Tanya Nia bersungguh–sungguh.

"Eh haa, akak kolej dekat–dekat sini je." Balas Adira gagap.

"By the way, Tengku Zane harraz dengan your sister ada apa–apa hubungan ke?" Tanya Adira terus terang.

"Tengku Zane Harraz? Haaa..." Dia mula berfikir. Siapa pula tengku Zane Harraz ni? Ligat otaknya mencari semula nama itu.

"Ooo! Eh macam mana akak kenal abang Zane?"

Berkerut wajah Adira mendengar gelaran yang diberikan, abang Zane?

"Kami kan satu kolej." Balas Adira kekok.

"Abang Zane satu kolej dengan kak Tia ke?" Penuh pertanyaan yang diberikan oleh Nia.

"Errr, mestilah. Kalau tak, macam mana akak boleh kenal Zane tu." Balas Adira. Hampir gugur pula jantungnya. Suka hati aje jawab, walaupun hakikatnya, dia tidak tahu apa–apa!

"Oooo, akak Tia dan abang Zane tu terlebih dah hubungan diorang."

Adira menunggu jawapan seterusnya. Berdebar–debar juga jantungnya.

"Diorang dah kahwin dah pun. Apa orang kata, haa kahwin muda." Balas Nia terus terang.

Terlopong mulut Adira saat mendengar perkataan 'Kahwin' diorang dah kahwin?!

"Ma... Macam mana diorang boleh kahwin?" Tanya Adira serius. Berkecai hatinya bila dengar yang Tia dan Zane dah kahwin.

"Entahlah kak. Nia pun curious jugak. Tup–tup Nia balik dari asrama, tengok–tengok dah ada abang ipar."

Membulat matanya mendengar penerangan Nia. Jadi hubungan mereka bukan sebarang hubungan, mereka dah jadi pasangan suami isteri yang sah dah pun!

Tangannya mengepal penumbuk. Geram. Sanggup Zane kahwin dengan perempuan lain, sedangkan nama Zane sudah tertera dalam hatinya.

________________

FLASHBACK

"Dira, you buat apa tu?" Tanya Zane, dia pandang Adira yang berada di tepi kolam.

"I want to die." Ujar Adira dingin.

"What? You dah gila ke?"

Terus Zane berlari dan menolak Adira ke tepi.

"Kenapa you nak mati sangat? Dah puas hidup?" Tanya Zane serius.

"I dah tak ada harapan dekat dunia ni, baik I mati." Balas Adira. Air matanya jatuh setitis.

"Look. You ada family, and now, you ada I. I always be with you Dira, so jangan macam ni lagi please..." Zane merayu, tangan kecil itu digenggam.

"Promise yang you akan sentiasa ada di sisi I?" Tia menghulurkan jari kelingkingnya.

Zane buat pinky promise. Rambut gadis itu diusap lembut. Dia takut gadis hilang kawalan lagi.

_______________

"Semua tu fake! Mana janji kau! Mana janji kau yang kau akan sentiasa ada di sisi aku? Kau penipu Zane!"

Adira mengamuk. Habis semua barang dibalingnya, pasu bunga yang terletak di hujung bilik juga menjadi mangsa. Pecah berderai.

Gambar yang tergantung, semua dicampak benda keras membuatkan gambar itu meninggalkan kesan retak.

"Aku takkan biarkan kau jadi milik orang lain, aku boleh buat korang bercerailah!" Jerit Adira. Nasiblah ibubapanya masih oversea. Kalau tidak, mahu dikurungnya Adira seminggu.

Takut gadis itu mencederakand dirinya lagi.

_______________

"Eh, ni bukan Zane dengan Tia ke?"

Tia mengundur semula. Dia perhatikan telefon itu dari jauh, itu gambar dia dan Zane! Gambar sedang menyarung cincin! Habislah!

Kebetulan Zane juga ada di sekitar situ. Tia memandang Zane serius.

Zane pula angkat bahu. Dia tak faham, apa maksud pandang Tia tu? Nak dating ke?

Tia merapatkan dirinya dengan Zane. Lalu dia mula bersuara.

"Its about us. About your propose at Langkawi!" Terang Tia, namun suara masih di kawal.

"So what. Tak payah kesahlah, benda kecil je tu."

Membuntang mata Tia mendengar jawapan Zane. Benda kecil? Benda hampir terkantoi pun masih hal kecil ke?!

"Hello mister Zane, kalau diorang syak something pasal kita macam mana?" Tanya Tia tak puas hati.

Dia tak sedar, banyak mata sedang memandang sekarang ni.

"So kita terus terang je lah. Baru orang tak kacau relay kita." Balas Zane selamba.

"Zane!" Tia menjerit kecil. Tak puas hati dengan jawapan Zane, tak membantu langsung!

"Ermm Tia?" Panggil seseorang.

"Kita kena balik sekarang. Kena bincang hal ni dengan mama." Cadang Tia, Zane hanya angkat bahu. Memang tak ambil kesah langsung!

Tia tarik tangan Zane dan berjalan laju. Pelajar yang berada disitu terus ikut mereka, bagai artis dan peminat, begitulah keadaan mereka sekarang.

Terus Tia berlari dengan sampai di kereta pemandunya, Dani.

"Dani, pergi rumah papa sekarang!" Arah Tia.

________________

"Tia, betul ke apa yang ada dekat media sekarang? Zane propose Tia?" Tanya tengku Aida serius.

"Okay, kami mengaku. Apa yang ada dekat media tu, memang betul."

"But..." Ujar Tia.

"You have to help me ma!" Pintanya.

"Maksud Tia? Tolong apa? Baguslah tu, hubungan korang dah semakin pulih." Ujar tengku Aida tenang.

"Budak 18 tahun dah propose–propose bagai, wow!" Sindir tengku Azrif.

Zane yang berada di sebelah hanya mampu menjadi tunggul. Tak ada yang nak soal jawab dengan dia ke?

"Abang!" Marah Tia.

"Kenapa mama kena tolong Tia, something happen?" Tanya tengku Aida semula.

"Orang kolej hampir tahu pasal hubungan Tia dengan Zane!" Balas Tia gusar.

"Eloklah tu. Kan Zane?"

Akhirnya tiba juga giliran Zane. Dia terus mengangguk sambil tersenyum.

"Entahlah ma, Tia takut sangat orang kolej tahu tentang status kami." Balas Zane selamba.

"You tak reti nak support I eh?"

Bengang dibuatnya. Susah betul cakap dengan sekepala macam ni!

"Bukan tak support, cuma aku... Biy rasa, eloklah kita hebohkan. Susah nak jaga rahsia lama–lama." Terang Zane. Hampir saje tersasul tadi.

"Betul tu. Mama tak kesah pun. Lagi diorang tahu, lagi bagus." Tengku Aida juga setuju.

"Hish korang ni!"

7 COMMENTS TO UNLOCK NEW CHAPTER

Share this novel

Bella Amalin Mahmud
2020-05-19 08:38:39 

hahahahahaha

iyaaaaaaaaaa
2020-05-17 23:25:00 

pllllsss

iyaaaaaaaaaa
2020-05-17 23:24:59 

pllllsss


NovelPlus Premium

The best ads free experience