BAB 4

Romance Completed 60718

Tiga lampu suluh diarahkan pada mereka. Tia cuba melihat susuk tubuh 3 orang itu dengan lebih jelas. Terlihat 3 orang yang gayanya serupa pak Imam.

Tia meraup kasar wajahnya. Tak sangka mereka sudah tertangkap. Zane bagai tidak percaya dengan apa yang dilihatnya.

"JAIS..." ujar Zane perlahan.

"Iyalah, takkan PM pulak..." sindir Tia. Kepalanya sedang kusut sekarang ini.

"You baru je cakap you sanggup bertanggungjawab if anything happen kan?" soal Tia.

Zane hanya mengangguk tanpa memikirkan maksudnya.

"I guess you kena bertanggungjawab sekarang."

Zane terus berpaling wajahnya ke arah Tia.

"Aku tak buat apa–apapun dekat kau." balas Zane dingin.

Zane cuba melihat sekeliling, entah apa yang dicarinya.

"Semua jalan mati. Jalan yang hidup hanya dekat depan je, kena lepas tiga roadblock tu dulu." ujar Tia sambil berpeluk tubuh.

"Dah tu kau nak kita kena tangkap basahlah?" soal Zane tidak puas hati.

Tia angkat bahu. Bengang pula Zane melihatnya. Tiga pak Imam itu makin hampir dengan mereka.

___________________

"Tak sekarang ni ustaz, kami tak buat apa–apa tau. Kalau tak percaya, cuba cek..." terhenti kata–katanya apabila terimbas sesuatu.

"Kamu nak kami cek CCTV?" soal pak Imam itu.

"Haaa..." Hilang terus akalnya apabila ditanya begitu.

"Tak kesahlah kamu buat sesuatu atau tak, orang yang berbeza jantina tak boleh duduk berdua!" Tinggi sahaja suara pak Imam itu.

"Iya saya tahu, it just an accident la ustaz." ujar Tia lagi.

"Kamu tahukan apa yang terjadi sekiranya satu pasangan ditangkap oleh JAIS?"

"Kahwin free?" teka Zane.

3 orang pak Imam itu memandang Zane dan Tia. Eh? macam tak kesah je dikahwinkan?

"Saya dengan mamat ni bukan bercintapun, kahwin atur–atur ni takkan bahagialah ustaz." terang Tia pula.

"Dah tu buat maksiat bahagialah?"

Tia terdiam. Memang dia tak buat maksiat, tapi perbuatan mereka tadi sama level sahaja dengan maksiat.

Tia sedari tadi, ustaz itu langsung tidak memandangnya ketika bercakap. Kenapa? muka dia macam beruk ke? monolognya sendiri.

"Ustaz, saya ni buruk sangat ke sampai ustaz bercakap pun pandang bumbung?" soal Tia tak puas hati.

Zane pandang Tia, lalu wajahnya diraup kasar. Dah namanya Tengku Tia Hanari, iaitu ratu seksi di Malaysia.

"Dah awak separuh bogel, buat dosa je saya pandang awak."

Bagai dihempas bebola besi panas, berat, panas dan sentap sudah sebati dalam dirinya.

Ya, dia memang seksi. Setiap kali berjalan, semua mata lelaki tertancap padanya. Semua menelan liur melihat Tengku Tia Hanari. Keseksiannya bikin keseksaan pada lelaki.

"Eh ustaz cakap tu biar elok sikit eh..."

Tia tak boleh menerima kenyataan, kata–kata ustaz itu terlalu kasar. Tapi iyalah, salah dia juga kerana berpakaian tak cukup kain.

"Dah, saya nak nombor keluarga kamu berdua."

"Tak boleh. I don't want to marry with him!" marah Tia.

"Jangan libatkan keluarga, settle sini je ustaz." Zane pula bersuara.

"Okay, biar kami berurusan dengan pihak polis." balas ustaz Hanafi.

"Ustaz, this is small matter lah!" bidas Tia.

Sampai bawa kepada polis pula, ini dah melampau!

"Miss, give me your parents number phone?" ujar ustaz Hanafi dalam bahasa omputeh pula.

Dari tadi mendengar gadis itu ber speaking, dia pun pandai lah!

"No! Ustaz, kami tak buat apa–apa. Kami cuma nak menyorok dari polis je tadi!" terang Tia.

Bengang pula apabila dipaksa–paksa begitu.

___________________

"Az, track location Tia sekarang, mama tak sedap hatilah." arah tengku Aida.

Azrif mengeluh. Asal tak sedap hati je, nama dia jugak yang disebut.

"Track? are you serious?" soal Azrif.

"Ya. Track sekarang." arah tengku Aida lagi.

"Haih, yelah yelah."

Azrif mengeluarkan telefonnya, lalu dia cuba menjejaki lokasi Tia.

Apabila sudah jumpa lokasi itu, Azrif terus mengeraskan diri.

Bila tengku Aida menghampiri, cepat saja dia sorokkan telefonnya di belakang badan.

"Dekat mana dia sekarang?" soal Tengku Aida.

"Tia..." balas Azrif gagap.

"Bak sinilah fon tu!"

Tengku Aida merampas telefon di tangannya dan melihat pada skrin.

Dia terkejut, lokasi ini sangat–sangat terkenal. Lokasi yang tidak sepatutnya dijejaki oleh Tia.

"JAIS?!" tinggi suara tengku Aida menyebut.

Terus kakinya lemah dan hampir jatuh, namun sempat disambut oleh Azrif.

"Ma..." panggil Azrif.

"Jangan lembutkan hati mama, kita pergi sana sekarang!" tegas tengku Aida.

Luruh hatinya, bagaimana anaknya boleh ada ditempat itu? adakah anaknya sudah melakukan kerja terkutuk?

____________________

"Tujuan kami buat semua ni, supaya maksiat tidak berleluasa, alang–alang kamu dah kena tangkap basah. Kahwin je, jalinkan hubungan yang halal." ustaz Hanafi cuba menasihati mereka.

Tiba–tiba bunyi bising diluar bilik itu.

"Mana anak I? mana anak I? mana tengku Tia Hanari!" jerit suara dibalik pintu itu.

Tia terkejut, adakah.....

"Pu... puan, bawa bertenang puan. Puan tak boleh..." Serentak itu ustaz Hanafi membuka pintu.

"Anak puan ada di dalam." ustaz Hanafi berterus terang.

Terus meluru tengku Aida masuk ke dalam.

"Kenapa Tia buat mama macam ni..." air mata milik seorang ibu jatuh ke pipi.

Tia terkedu. Tidak pernah lagi dia melihat mamanya menangis.

Tengku Azrif mendekati wanita berumur itu, dipeluk sisi tengku Aida lembut.

"Macam mana..."

"Kami track location kau. Abang nak tanya, apa kau buat dekat sini?" soal tengku Azrif keras.

"Kami tak buat apa–apa pun..." sayu Tia membalas.

Punyalah tadi dia berdebat dengan ustaz Hanafi, sekarang dia sudah lemah sebaik sahaja melihat air mata mamanya jatuh.

"Puan, mari kita bincang elok–elok." pujuk ustaz Hanafi.

"Kami tak pasti jika mereka sudah terlanjur atau tidak, tujuan kami menangkap mereka, untuk mengelakkan maksiat yang berlaku." terang ustaz itu.

"Ma, I didn't do anything. Lelaki ni punca!" Tia tunjuk Zane yang berada di sebelahnya.

Zane pula tayang muka tak puas hati. Dia juga yang dipersalahkan?

"Eh bukan salah aku je, salah kau jugak!" Zane cuba tegakkan keadilan.

"Siapa yang tanggal..." pantas kaki Tia dipijak.

Tia seakan tersedar, terus dia mendiamkan diri. Boleh pula terlepas cakap.

"Jadi... macam mana puan?" soal ustaz Hanafi.

"Saya akan kahwinkan mereka. Tapi bukan harini. Dalam dua ke tiga hari lagi, setelah persiapan sudah sedia, baru diorang kahwin." ujar tengku Aida.

Air mukanya nampak tenang. Ya, dia tahu anaknya tidak akan melakukan kerja terkutuk itu. Apabila difikirkan balik, ada bagusnya juga Tia dikahwinkan. Manalah tahu dapat mengubah perangainya yang tidak matang itu.

"You want me to marry with him? are you seriously ma?" seakan tidak percaya, dengan mudahnya tengku Aida bersetuju untuk mengahwinkan mereka.

"Im serious!" balasnya tegas.

"Aunty, it just misunderstanding." pujuk Zane.

Tengku Azrif hanya berdiri kaku disitu. Dia ibarat tiang yang hanya mampu mendiamkan diri. Patutnya dia tidak perlu berada disitu, tiada gunanya. Dia mengeluh. Keliru dengan drama yang sedang berlangsung itu.

Adiknya akan berkahwin? sedangkan dirinya sendiri belum berkahwin. Apa mamanya masih waraskah? adiknya masih seorang pelajar. Bagaimana pula mahu mendirikan rumah tangga?

Kalau dulu, normal lah perempuan kahwin 13 ke 14 tahun. Sebab zaman dulu pelajaran tidak digalakkan untuk perempuan. Tapi sekarang dunia sudah berbeza, pening pula kepalanya memikirkan masalah ini.

Tengku Aida mengeluarkan Iphone dari begnya. Dia menekan satu nombor dan mendailnya.

"Hello abang, can you give me a big money, I want to arrange something." tengku Aida meletakkan panggilan.

"Ma, are you crazy? I am only 18 years old! Im not gonna marry with him! I'll better run away from home!" bentak Tia.

"Buatlah. Mama sekat semua duit kredit kamu nanti." ugut tengku Aida.

"Aunty..." panggil Zane.

Sesungguhnya dia berasa tidak adil. Sesuka hati aja orang luar mengaturkan perkahwinan mereka.

"You have to be resbonsible for this, tengku Zane Harraz." balas tengku Aida.

Zane mengeluh, hatinya meronta–ronta menidakkan perkahwinan tanpa dirancang ini. Dia tidak cintakan gadis itu, malah dia tidak pernah bercinta. Dia bencikan perempuan. Perempuan adalah satu masalah yang tiada kesudahan.

Habis tu kenapa kau merelakan saja perbuatan di lorong tadi? kepalanya pusing. 10 kali round roller coster belum tentu sengit sebegini.

____________________

"Bonda dapat call dari tengku Aida." ujar tengku Aulia serius. Mata bundar anaknya direnung.

"Bonda..." panggil Zane lembut.

Sudahlah. Dia sudah tidak tahan dengan semua ini. Dia perlukan seseorang untuk menjadi tulang belakangnya. Dan seseorang itu adalah bondanya sendiri.

"Bonda setuju. Apapun keputusan pihak perempuan, bonda setuju." balas tengku Aulia.

Terlopong mulutnya saat mendengar respons dari bondanya sendiri. Yang dari tadi berangan bondanya akan mempertahankannya, semuanya hampa.

"Bonda, its not fair!" Zane meninggikan suara.

"What? apa yang tak adil? macamlah dah kahwin nanti tak boleh sambung belajar. Lagipun, terjamin sikit imej kamu tu. Kalau tak, asyik digelar gay aja!" ditekankan ayat GAY itu.

"Bonda lebihkan orang lain dari anak sendiri?" soal Zane, terserlah raut wajahnya yang hampa.

"Apa salahnya kahwin? benda yang halalkan? dengan cara ni kamu akan jadi matang. Kamu akan belajar untuk mencintai seseorang. Kamu akan menjadi orang yang bertanggungjawab." sedikit kata–kata motivasi dilemparkan.

Tengku Aulia buntu. Dia buntu dengan perangai Zane yang tak ubah seperti gay. Yang lelaki dilayannya elok–elok. Yang perempuan dimaki dan diganggu habis–habisan.

Mana tak digelar GAY? sudah berapa banyak hati perempuan yang hancur kerana tingkah lakunya.

Tengku Aulia sudah pasrah. Inilah jalan yang terakhir. Mungkin dengan adanya isteri, dapat melembutkan hati keras milik Tengku Zane Harraz.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience