BAB 31

Romance Completed 60718

"So dia ada mental?" Tanya Zane serius.

Tia buka mata, dan pemandangan kabur beransur jelas. Dia pandang seorang doktor dan suaminya sedang berbincang sesuatu.

"Ye, Tengku Tia Hanari. Dia pernah buat appointment 9 tahun yang lepas." Balas doktor Aryana. Seorang pakar psychology di dalam hospital itu.

"Tak masuk akal. Selama dia dengan saya, tak ada pulak dia buat hal." Balas Zane pula.

"Iya, mentalnya beransur pulih. Tetapi disebabkan kejadian tadi, mentalnya kembali teruk. Sebab kejadian tadi lebih kurang dengan situasi yang berlaku 9 tahun lepas, jadi dia trauma." Jelas doktor Aryana.

Wajah Zane diraup kasar. Dia pandang Tia, Tia balas pandangan itu.

Membulat mata Zane apabila melihat Tia sudah sedar.

"Ehem. Mental I dah tak ada doktor. Wrong information ke?"

"Tia..."

"Tak payah percayalah apa doktor Aryana cakap." Ujar Tia dingin.

"Habis tu kau nak cakap doktor ni salah, kau betul?"soal Zane.

"I tak ada masalah mental lah!"  Bentak Tia.

"Apa yang menyebabkan Tia menghidap penyakit mental ni doktor?" Tanya Zane serius, dia benar–benar ingin tahu.

"Errr disebabkan..."

"Doktor nak kena saman ke?" Tanya Tia. Dia beri renungan tajam pada doktor Aryana.

"It's okay, saya suami dia."

"Zane!"

Kebetulan seorang jururawat baru saja masuk ke dalam bilik itu.

"Errr maaf doktor, saya lupa nak ketuk pintu. Saya pergi dulu."

"Korang? Kahwin?" Tanya doktor Aryana yang masih terkejut.

Jururawat itu setia mendengar dibalik pintu.

"I suruh rahsiakan, kenapa you bagitahu?!" Marah Tia.

"Disebabkan aku suami kau, aku layak untuk tahu semua maklumat tentang kau." Balas Zane selamba.

"Kejap! Bukan ke korang 18 tahun?" Tanya doktor Aryana. Pening terus kepalanya, macam nak tumbang. Memang tak sangka langsung!

Disebalik pintu...

"Anak tengku Hadi tu, dah kahwin rupanya." Beritahu jururawat itu pada beberapa lagi jururawat lain yag turut serta. Melayukan? Memang kaki gosip!

"Serius? Dia baru umur 18! Aku pun tak kahwin lagi!"

"Shhhh diamlah..."

______________

"Memandangkan awak suami tengku Tia, jadi saya serahkan rekod ni pada kamu. Ini membuktikan Tia masih lagi menghidap penyakit mental. Dan sebab kenapa dia boleh menghidap penyakit ni."

Zane ambil rekod di tangan doktor Aryana, lalu ditelitinya. Dibaca satu persatu.

"Tia dan Ika kena culik, Ika dibunuh depan mata pesakit sendiri..." Membulat matanya membaca pernyataan itu.

Dibunuh? Depan Tia??

"Stop it! You siapa nak tahu tentang personal I?!" Marah Tia, rasa marahnya dah tahap maksimum. Tak ada siapa pun tahu tentang sakitnya kecuali keluarganya sendiri.

"Kejadian tadi tu memang sama... Adira nak bunuh aku, kau..."

__________________

"Tia..."

Tia abaikan panggilan Zane. Dia terus berjalan. Malu? Ya, dia sangat malu. Perkara yang dirahsiakan belasan tahun, akhirnya terbongkar juga!

"Tia kejaplah!" Zane tarik tangan Tia.

"Apa? You puas hati la dapat tahu yang I ni ada sakit mental? Puas hati? Seronokkan kenakan I?" Sindir Tia.

"Buat apa aku nak seronok?"

"Ouh habis tu, you kecewalah dapat peneman hidup yang ada mental macam I? You nak ceraikan I lah sekarang ni?" Teka Tia lagi tanpa soal selidik.

"Jaga sikit mulut tu. Buat apa aku nak ceraikan kau? Aku cuma rasa bersalah, sebabkan kejadian tu, mental kau jadi lagi. Aku minta maaf." Ujar Zane. Kedua belah tangan Tia digenggam.

"Sekarang ni, I dah tak ada beza dengan Adira, dia ada mental. I pun ada. Tak ada guna you peristerikan I."

"Siapa kata? Kau mental je, bukan gila." Balas Zane tenang.

"Aku nak rawat mental kau sampai pulih. Aku taknak kau hilang waras macam haritu."

Tia pandang Zane, memang suaminya tengah jujur sekarang ni. Lalu dia toleh tempat lain.

"Memang layak pun dia mati haritu."

"Tia, macam kau cakap. Kalau aku mati, macam mana dengan kau? Tapi kalau kau masuk jail, macam mana dengan aku? Jangan pentingkan diri sendiri, kau patut fikir pasal aku kalau kau cintakan aku." Zane beri nasihat.

"Tangan you..." Dia terus ambil tangan Zane, dan tengok lama pada bahagian lengan.

"Buka baju tu. I letak ubat." Arah Tia.

"Bu... Buat apa nak buka baju?" Balas Zane gagap.

"Habis tu, you nak I toreh pakai pisau ke baju tu?" Ujar Tia selamba.

"Eh kau ni, habis tu, takkan nak naked depan kau pulak?"

"Bukan nakedlah! I suruh tanggal baju je! I tak suruh tanggal seluar semua! You ni memang tak habis–habis dengan penyakit gatal you kan?" Marah Tia, geram pulak bila suaminya acah bendul.

"Okay okay... Jangan tergoda eh?" Zane beri amaran, dia tersenyum sinis.

"Don't worry, I takkan tergoda. I tergoda kalau badan you macam mamat wrestler dekat tv tu. Badan keding macam ni, sorry sikit." Balas Tia sombong.

"Heh, mamat wrestler suami kau ke, atau aku suami kau?"

"Ofcourse la mamat handsome ni yang suami I." Dia gomol rambut Zane, habis serabai.

Zane buat muka tak puas hati. Bajunya dibuka butang satu persatu.

Tiba di butang yang ke empat, Tia bersuara.

"Stop! I cuma nak rawat lengan you je."

"Tak payah susah–susah, aku buka je baju ni. Kan senang?"

Tanpa amaran, Zane terus buka bajunya, automatik Tia menutup mata.

"Crazy! I kata stop kan tadi?" Bentak Tia.

"Bukalah mata tu, compare badan aku dengan wrestler tu, mana power?"

"Mestilah wrestler lagi power! Badan dia aumm..." ujar Tia sambil matanya masih tertutup.

Lalu ada benda kasar yang mendarat di bibirnya. Tia terus membuka mata.

"Kan senang, apa, kau ingat aku senang–senang nak naked depan kau?" Zane berpeluk tubuh.

"You kiss I?" Tanya Tia tak puas hati.

"Aah. Pahala sunat." Balas Zane selamba.

"Banyaklah you punya sunat!" Lengan Zane ditepuk kuat. Huh, macam kena hempuk dengan dulang besi!

"Singlet hitam, baju hitam, seluar hitam. You ni memang tak ada taste eh?" Sindir Tia.

"Hitam smart okay. Kira okaylah aku pakai singlet. Daripada tak pakai apa–apa, orang tu jugak yang malu."

Matanya tertancap pada badan Zane yang kini hanya memakai singlet. Boleh tahan badan dia, seksi! Betul lah. Hitam ni aura dia lain macam!

"Tahan sikit. I nak letak ubat." Arah Tia.

Zane hanya mengangguk, dia beri lengannya pada Tia. Baru saja disapu sedikit, dia terus mengaduh sakit.

"Sakitlah. Ubat apa kau letak ni? Racun?"

"Sakit? You ni, cuba jadi lelaki sejati. Harapkan baju je smart, hakikatnya, sotong." Perli Tia.

"Sotong? Oi, aku ni bukan pondan. Tak sesuai dengan gelaran tu okay!"

"Sotongkan lembik." Sambung Tia.

Berdesing telinga apabila disindir begitu. Apa? Ingat lelaki ni tak kenal erti sakit ke? Lelaki pun manusia juga!

Tia masih meletakkan ubat pada lengan Zane yang luka.

"Tia... Perlahanlah sikit. Boleh terkoyak kulit aku!"

"Lain kali jangan mudah terpedaya boleh tak? Ingat. I taknak you tengok cedera lagi. I taknak tengok setitik darah pun dekat you. Faham?" Pesan Tia.

Zane tersenyum kecil. Badan Tia terus ditarik dan dipeluk erat.

"Rindu aku eh?"

"Buat apa nak rindu you?" Tia masih ego.

"Tapikan, ada hikmahnya aku kena culik."

"Hikmah apa? You dapat jumpa Adira?" Tia mula tak puas hati.

"Nope, hikmahnya. Kau tak merajuk lagi." Balas Zane sambil tayangkan senyumannya yang bikin hati perempuan cair!

"Siapa kata I tak merajuk?"

"Ouh merajuk lagi eh? Kalau macam ni, kau merajuk lagi tak?"

Dahi Tia dikucup lembut. Tia menggeleng. Macam tak terkesan dengan perbuatan Zane.

"Kalau ni?" Pipi Tia pula dicium.

"Nope. Jangan ingat you boleh goda I eh?" Tia beri amaran.

"Kalau... ni?" Leher Tia dicium sekejap.

"You ni pelakon ke apa? Alang–alang tu, cium kaki I sekali." Tia hampir tewas, tapi dia masih menegakkan egonya.

"Taknak. Ada tempat yang lagi lembut."

Tia yang mendengarnya mula menjauhkan diri. Bahaya laki aku ni!

Tangan Tia ditarik kembali, terus bibirnya dikucup lama. Tia? Sudah semestinya dia tewas. Dari tadi dia menahan.

Umur mereka 18, tidak akan sesekali pun mereka melanggar batas. Cukuplah dengan adegan kecil saja. Adegan yang mampu untuk menambah rasa cinta di hati masing–masing.

Nafsu? Sedangkan Tia dan Zane yang bergelar suami isteri pun mampu menahan, bagaimana orang di luar sana?

Cinta bukan saja memuaskan nafsu, tapi memenuhkan ruang hati yang kosong. Menyerikan lagi hidup seseorang. Menambahkan cahaya dalam hidup yang malap. Itulah cinta.

____________________

4 tahun kemudian...

"Ma pa! Tia dah nak beranak!" Ujar Zane di depan pintu bilik bedah.

"Beranak? Bukan 5 hari lagi ke?" Balas tengku Aida di talian.

"Baby tu tak sabar nak tengok dunia la tu. Doktor awalkan." Balas Zane, tak lekang senyuman dibibirnya.

"Zane tunggu tau. Nanti mama papa, and your parents akan datang. Kalau Tia dah beranak, jangan lupa azankan dekat telinga baby tu. Tau?" Pesan tengku Aida.

"Ye tahu mama, drive safe okay, bye ma." Panggilan dimatikan.

Zane masih sabar menanti. Tak lama itu dengar bunyi tangisan bayi yang sangat kuat.

Seorang doktor membuka pintu, terus Zane berlari ke arah doktor.

"Macam mana doktor?" Tanya Zane, excited betul!

"Tahniah, encik dapat anak lelaki. Isteri encik pun selamat."

Senyumannya makin lebar. Dua–dua selamat. Dan dia pun dah jadi seorang ayah!

"Terima kasih doktor."

Zane terus meluru masuk ke dalam.

"Sayang..." Panggil Zane.

"Penat... Nak balik." Balas Tia perlahan.

"Eh mana boleh, kau kena rest dekat sini. Lagi berapa hari, baru boleh balik. Taknak tengok baby ke?" Ujar Zane ceria.

"Dah dapat baby, bukan main excited eh? Mestilah nak. Anak lelakikan? Harap tak ikut perangai bapaknya lah." Sempat lagi dia menyindir.

"Apa? Perangai aku okaylah."

"Harap dia jadi seorang yang sopan dengan perempuan." Sindir Tia lagi.

Zane terus masamkan muka. Teruk sangat ke aku ni? Aku sayang apa bini aku.

"Eleh, dahlah. Pergi azankan baby tu. Kesian dia tunggu." Arah Tia.

Tanpa membuang masa, Zane terus laungkan azan di telinga anak mereka. Tia yang mendengarnya rasa tenang. Tak pernah dengar suaminya azan. Merdu rupanya suara dia.

Beberapa bulan kemudian.

"Iyalah, diamlah! Mummy nak makan kejap!" Jerit Tia dari bawah.

Nama anak mereka, Tengku Harith Zulfan. Mereka memanggilnya Arith.

Arith tak berhenti menangis, baru saja disusukan beberapa minit yang lepas. Buntu Tia dibuatnya.

"Zane! You dekat mana? Arith tak berhenti menangis, baliklah!" Arah Tia.

Rambutnya diserabaikan. Pening, Arith menangis tak berhenti, macam kena pukul!

Zane pula dah kehulu kehilir di pejabat. Dia selaku COO di syarikat itu, walaupun umurnya masih muda. Syarikat ayahanda lah katakan?

Zane mengetuk bilik seseorang. Dia sudah mula tak tentu arah, Tia ni bukan boleh. Dia belum layak mendapat gelaran ibu. Dengan barannya lagi!

"Ayahanda, boleh tak Zane balik, Arith buat hal..." Dia cuba minta kebenaran untuk balik.

"Arith? Cucu kesayangan ayahanda tu? Haha baliklah. Harini papa bagi chance. Kesian bini kamu dekat rumah."

"Tq ayahanda!"

Tanpa berlengah masa, dia terus kemas barang dan pulang ke rumah.

"Hish diamlah kejap Arith! I can't be with you for 24 hours!" Jerit Tia di bawah.

Zane di luar rumah sudah dapat dengar jeritan itu.

"Kenapa ni?"

"Kenapa ni? Tu haa, Arith tengah makan pizza."

Tia beri jelingan maut. Sudah tahu bertanya pula!

"Kenapa kau tak pujuk dia?" Tanya Zane lagi.

"Hei, bukan I tak pujuk. Hampir 15 minit I pujuk dia. I lapar tahu tak?"

"Haih, macam manalah nak jaga baby kalau perangai kau macam ni? Selalu ibu–ibu ni jaga anak dia sejam, baru boleh merungut. Ni 15 minit je?"

"Je? You ingat senang ke jaga baby? His crying make me annoying!" Balas Tia tak puas hati. Amboi–amboi, dia nak kata yang kita ni ibu tak sempurna lah?

"Dahlah pergilah makan. Aku pergi uruskan baby, nasib baik ayahanda bagi balik tau. Lain kali jangan call aku macam tu, aku ada jadual, busy uruskan syarikat."

Zane terus naik ke atas. Dia tengok Arith yang tak berhenti menangis. Tiba–tiba dia nampak sesuatu yang mencurigakan, apa benda warna coklat dekat pipi anaknya ni?

Dia kesat sedikit, dan gesel pakai jari. Melekit. Apa benda ni?

"Tia! Kau bagi dia makan apa?" Tanya Zane dari atas.

"I bagi dia coklatlah! Dia taknak berhenti menangis."

Zane meraup kasar wajahnya. Coklat? Dekat baby ni? Gila!

Dia terus gendong Arith sampai ke bawah. Dia pandang serius wajah Tia.

Tia buat taktau aje. Macam tak bersalah. Ada ke baby dibaginya coklat?

"Kau fikir umur dia dah 5 tahun ke? Tak sampai setahun lagi Tia, apahal kau bagi dia coklat?" Tanya Zane tak puas hati.

"Coklat kan sedap. Lagipun I dah cairkan dulu, bukan I bagi seketul macam tu. Ingatkan boleh diam, rupanya makin menjadi–jadi pulak." Balas Tia selamba.

"Baby can't eat chocolate Tia!" Marah Zane.

"Manalah I tahu."

"Mana kau tahu? Google kan ada? Search lah!"

"Hish diamlah. Tadi Arith nangis, sekarang you pulak membebel! Senang cerita, you jadi suri rumah. I jadi workaholic, easy." Balas Tia. Senang betul ya?

"Kau ni kan, cuba ubah sikit perangai tu. Baby bukan macam kita, ada makanan yang dia boleh, banyak makanan yang dia tak boleh. Dia boleh makan bubur je Tia, takkan perkara asas macam ni pun kau tak tahu?"  Bebel Zane panjang lebar.

"Oh ye ke, thanks for the information." Dia masih menyuap makanan ke dalam mulutnya.

Bengang pula Zane dengan jawapan Tia. Itu aje yang dia balas?

"Minggu depan aku nak pergi outstation, jaga Arith baik–baik. Jaga makan dia. Jangan main sumbat je." Pesan Zane.

"Okay boss. Nak pesan apa lagi?"

"Try to be a nice mom." Sambung Zane.

"Then you have to be a nice husband." Balas Tia pula.

Zane terdiam. Dia pandang wajah isterinya, dah start dah rasa serba salah!

"I'll try..."

Tia tersenyum. Rasa nak gelak pun ada. Dah lima tahun dia kata akan 'try' tapi sampai sekarang bahasanya tetap sama.

Malam itu, Tia dandan rambutnya dengan kemas, sebelum naik ke katil. 

Penjagaan kulit, dia tak pernah tinggal. Setelah tiga produk melekat di wajahnya, barulah dia naik ke katil dan tarik selimut.

"Sayang..." Panggil Zane.

Diam. Walaupun dia jaga, tapi panggilan Zane dibiar begitu saja.

"Kenapa ni, sakit ke?" Tanya Zane risau.

"I can't be a nice mom. You know what, I belum ada naluri seorang ibu." Luah Tia.

"Macam yang biy cakap, google kan ada? Dia boleh ajar cara sayang nak jaga anak." Balas Zane lembut. Kepala isterinya diusap perlahan.

"I belajar dengan you je lah. You kan pandai jaga baby?"

"I busy sayang..."

Tia terus buat muka. Busy busy busy! Aku dekat rumah, dah bosan tahap nak terjun laut dah ni!

"Janganlah macam tu. Kalau biy tak kerja, siapa nak bagi makan minum? Sekarang ni, kita bukan hidup berdua, bertiga tau. Arith tu, biy nak kena simpan duit untuk perbelanjaan Arith bila dah sekolah nanti." Jelas Zane.

"Okay, so bila kita nak bercuti. I bosan sangat dekat rumah ni." Tanya Tia.

"Later, kalau biy dah tak busy, kita pergi bercuti."

"Hmm 10 tahun lagilah nampaknya." Tia mengeluh berat.

"Eh, fikir tu biar logik sikit." Hidung Tia dicubit perlahan oleh Zane.

"Hacchu!" Terus dia bersin. Tempat sensitif jugak dia nak sentuh!

"You ni kan!" Marah Tia.

"Hahaha, comel lah bila sayang bersin."

Tia berpeluk tubuh. Bengang pulak bila diperlakukan begitu.

_________________

Tiba di rumah, Zane terus meluru masuk ke dalam. Rindu dengan isterinya, hari sudah larut malam.

"Tia..." Panggil Zane.

"Tia..." Dia cari Tia di tingkat atas, namun tidka kelihatan.

"Tia... Kau dekat mana? Aku dah balik ni..." Dia mencari seluruh tempat di dalam rumah itu. Namun Tia masih tidak dijumpai. Mana pulak bini aku ni?!

Tanpa membuang masa, dia terus dail nombor tengku Aida.

"Ma! Tia hilang ma!" Zane mula panik.

"Zane... Sebenarnya... Mama..."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience