BAB 29

Romance Completed 60718

[7 COMMENTS REQUIRED TO UNLOCK NEW CHAP]

"Apa kau buat dekat sini?" Tanya Zane keras. Mana tidaknya, pergi kacau dia time makan kenapa?

"I saja nak teman you. Hei, kenapa you berkasar dengan I?"

Zane tayang wajah meluatnya. Lalu dia teringatkan Tia yang berada di rumah.

"Aku dengan kau dah tak ada apa–apa kaitan Dira."

"Well well, you yang paksa I. You nak I bongkarkan rahsia tentang hubungan you dengan Tia ke?" Ugut Adira.

"Suka hati kaulah. Orang macam kau ni memang takkan pernah puas."

"Okay then." Adira meninggalkan Zane seorang diri. Sebenarnya dia tengah bengang. Nampak sangat Zane tak kesah kalau rahsia mereka didedahkan! Cara apa lagi yang harus dia buat untuk dapatkan balik pemilik hatinya?

________________

Tia mundar–mandir di ruang tamu. Dia tengok jam, lambat lagi Zane balik kolej. Semuanya punca garam dan gula, mereka sudah tak bertegur. 

Tiba–tiba telefonnya berbunyi menandakan ada panggilan masuk.

Dia terus angkat panggilan.

"Hello Tia! This is your number right?"

"Yeah, siapa ni?"

"Me Edward!"

Tia bulatkan mata. Macam mana Edward boleh dapat nombor dia?

"How..."

"Its a long story, balik kolej ni, kita jumpa dekat Anantasia Gallery nak?"

"I tak pergi kolej harini." Balas Tia perlahan.

"Really? Kita ada jodoh kot! I pun tak pergi kolej harini. So bolehlah kita jumpa sekarang?" Ujar Edward bersungguh–sungguh.

Tia diam beberapa saat. Edward ajak berjumpa? Mula Zane muncul di fikirannya.

"Errr boleh kot. Nanti I datang..."

"Tak apa, I jemput you. Dekat rumah Tengku Aida kan?"

"Eh tak apa! Nanti kita jumpa dekat Anantasia Gallery." Cepat saja Tia memintas perbualan.

"Haha, okay Tia." Panggilan dimatikan.

Tia mula tercegat macam patung. Edward nak jumpa? Tapi aku isteri Zane. Arghh lantaklah! Bukan ada hubungan istimewa pun dengan Edward. Lagipun Edward lagi lembut dari Zane!

Tia naik ke atas, dia cari baju yang sesuai untuk perjumpaan mereka setelah sekian lama.

Dia ambil blouse paras peha, lalu diletakkan di badan. Dia tengok cermin. Muncul lagi Zane difikirannya.

“Zane tak suka baju seksi macam ni. Arghh lantaklah!" Rambutnya diraup kasar. Habis serabai jadinya.

Sesudah siap, Tia suruh Dani hantarkan dia ke Anantasia Galeri. Walaupun pada awalnya Dani agak terkejut, lama kelamaan Dani bersetuju. Bukan apa, takut Zane tahu yang Tia keluar dari lelaki lain!

________________

"Tia sini!"

Edward lambaikan tangan ke arah Tia yang masih tercari–cari. Cepat–cepat Tia datang kepada Edward.

Dia pandang Edward atas bawah, ni nak pergi majlis naik pangkat ke apa ni? Dengan Coat hitamnya, handsome tu tak boleh dinafikan! Tapi jangan dicakap, nanti kembang setahun!

"You bergaya semacam ni kenapa?"

Edward tersenyum kecil. Dia dah agak, mesti pakaiannya akan menjadi tumpuan Tia.

"Saja, keluar dengan perempuan cantik, mana boleh nampak selekeh. Kenalah dua–dua nampak padan. Hehe." Balas Edward lembut.

"Elehh, macam mana kita nak berborak kalau you dah jadi tumpuan ramai? Haa anak Datuk Kryston?"

"Eh, itulah. Diorang semua dah kena penangan kekacakkan I ni. Tapi you macam tak ada effect je?" Edward bangga diri, sambil itu dia sindir Tia.

Tia saja yang tak pernah mengaku bahawa Edward ni memang handsome! Sekali pun tak!

Lama kelamaan Tia tersedar sesuatu. Bunyi kamera yang tak henti–henti itu mengetuk fikirannya. Maksudnya gambar dia sekali di ambilkan?

Maksudnya, aku boleh terkantoi dengan Zane! Cepat–cepat  Tia bawa Edward lari ke satu sudut.

"Kenapa ni?"

"Hah? Tak adalah. Diorang ambil gambar you, nanti Zane... Eh nanti parents I tau I ponteng kolej macam mana?"

"Hahaha. How cute. Ponteng tu perkara biasalah. You lupa ke masa sekolah dulu, I lah peneman you masa ponteng. I jugaklah backup you kalau parents you dapat tau yang you ponteng. So don't worry dear. I will always be with you, backup you no matter what happen." Edward dengan ayat manisnya memang takkan lekang.

"Eleh, tak payah backup sangatlah. Backup diri you tu dulu. Karang kena viral, habis satu Malaysia jadi mangsa Datuk Kryston tau?" Sindir Tia.

Edward tergelak kecil. Walaupun Tia tidaklah semanis madu bila bercakap, tapi dia tetap jatuh pada Tia. Gadis yang telah diminati dari Zaman persekolahan lagi. Tapi dia masih berahsia, dia tahu, Tia tidak pernah menyukainya lebih dari seorang kawan.

"Eh gambar ni. You ingat lagi tak?" Edward tunjuk gambar yang terletak di dinding. Gambar yang diteliti, perempuan, pisau, rama–rama, bunga dan hati.

Sampai sekarang, mereka tidak dapat jelaskan apa yang hendak disampaikan oleh gambar itu.

"Ouh yang ni. Yang kita bet dulu tu eh?"

Edward angguk laju. Mereka pernah bet, siapa dapat jelaskan gambar itu. Salah seorang akan dapat hadiah kereta sebenar. Gila kan?

"Masa ni lah, I dah jatuh dengan orang tu." Luah Edward.

Berkerut wajah Tia mendengarnya. Jatuh? Jatuh apa? Jatuh bumbung ke?

"Maksud you?"

Tangan Tia diraih. Dia genggam tangan kecil itu, Tia tergamam. Tak sangka yang Edward akan berlakuan begitu.

"I love you tengku Tia Hanari. Dah lama I pendam rasa ni. And harini, I nak luahkan, dan I harap, you terima cinta I."

Membulat mata Tia mendengar luahan itu. Edward cinta aku?!

__________________

"Prepare petang ni. Guna identiti Dani untuk umpan Zane ke hotel. Cakap yang Tia tunggu dekat hotel ni okay?"

Lelaki dalam lingkungan 20-an itu mengangguk, tanda dia faham arahan itu.

"Well–well, cara lembut tak jalan, cara baik tak jalan, cara kasar dan keji aku guna! Asalkan kau jadi milik aku!" Ngomelnye dalam hati.

___________________

Zane keluar dari kolej. Dia tengok Dani tak sampai–sampai lagi. Macam mana pulak nak balik ni?

Tiba–tiba ada satu kereta hitam menghampirinya.

"Encik Zane kan?"

Ujar lelaki itu sebaik sahaja membuka tingkap kereta.

"Dani dia ada hal sikit. Saya kawan dia, dia suruh saya hantar encik Zane dekat hotel Aura Gold, Dani kata isteri encik tunggu dekat sana."

Berkerut wajah Zane mendengarnya. Bukan Tia merajuk ke?

Dia pandangs sekali lagi wajah misteri itu. Betul ke dia ni kawan Dani? Dani pergi mana pulak?

"Isteri cik dah tunggu, nak saya tumpangkan ke?"

Dia fikir banyak kali. Memikirkan Tia yang sangat mudah merajuk. Dia ambil keputusan untuk naik kereta yang bergelar 'Kawan Dani' itu.

Sebaik saja tiba di hotel Aura Gold, Zane turun dengan berhati–hati. Dia ikut saja jejak langkah lelaki misteri itu.

Sampai di satu bilik, terasa kepalanya di tumbuk kuat. Dia rebah di depan pintu.

"Good job Faiz."

Faiz tunduk hormat, lalu dia ambil Zane dan letak di sebuah kerusi di bilik itu. Diikat kemas sebelum dia tinggalkan Adira dan Zane berdua di dalam bilik.

Selepas beberapa minit. Zane tersedar, dan dirinya telah diikat. Dia pandang wajah di hadapannya, Adira?

"Hai sayang, inilah punca melawan I. You tahu kan, you cinta pandang pertama I?" Adira belai wajah Zane dengan sebilah pisau tajam.

"Ka... Kau nak buat apa ni?"

"Rileks, you ikut arahan I. Tak ada siapa akan tercedera. Tak ada siapa akan merana, dan you... Akan hidup bahagia dengan I." Luah Adira.

Dia senyum, tapi itu bukanlah senyuman biasa. Itu adalah senyuman yang cukup sinis. Butang baju Zane dibuka satu persatu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience