"Ti..." terhenti percakapannya apabila melihat sesuatu di atas katil. Setompok besar cecair berwarna merah itu membulatkan matanya. Darah?!
"Tia... Tia bangunlah!" kejut Zane. Namun Tia tidak menyedarkan diri.
Zane gusar, sudah beberapa kali dia mengejut gadis itu, tapi tiada tindak balas dari Tia.
"Tia bangunlah!" dia mengejutnya sekali lagi. Air matanya sudah berlenangan. Tunggu masa untuk tumpah saja.
Disebabkan Tia langsung tidak berjaga. Dia mengambil keputusan untuk menghubungi polis.
Tut... Tut...
"Hello polis, sa... saya rasa, ada orang cuba bunuh isteri saya. Cepat datang polis!"
Polis yang berada di dalam panggilan tergesa–gesa menyiapkan rekod untuk pergi ke rumah Zane.
"Eh jap, asal aku call polis? call ambulans la!"
Pantas dia mendail satu nombor dan menghubunginya.
"Ya, ada apa–apa kecemasan ke?"
"Isteri saya kena bunuh. Cepat datang!"
Menggigil badannya melihat keadaan Tia. Dia memegang tangan Tia se erat mungkin.
Tiba–tiba terasa tindak balas dari tangan Tia. Jarinya bergerak.
"Hish you ni, mengigau ke apa, polis la ambulans la. Bisinglah!" marah Tia dalam keadaan separuh sedar.
Zane membulatkan mata. Elok je dia bercakap? Dah kena tikam boleh hidup lagi ke?!
"Kau... si... siapa yang cuba bunuh kau?!" soal Zane risau.
"Bunuh? apa you merepek ni? sampai planet mana you mengigau ni? Bila masa I kena bunuh?!" bengang dia mendengar ayat yang disampaikan oleh.
"Kau... kau tak kena bunuh?" soal Zane lagi.
"Taklah! you ni dah kenapa? tak nampak ke I sihat wal afiat ni?!" Tia meninggikan suara. Pantang betul bila dah cakap sekali, orang masih tidak faham.
"Ha... habis, ni, ke... kenapa banyak darah dekat katil ni?" soal Zane tergagap–gagap. Ngeri dia melihat darah itu.
Tia membulatkan mata. Darah?!
Tia terus bangun. Dia melihat di atas katil, terdapat setompok cecair merah di bahagiannya.
"Pandang sanalah!" Tia menolak wajah Zane memandang ke arah lain.
"Asal? ke... kenapa dengan darah tu?!" soal Zane, makin risau jadinya.
"Hish! I period lah! Tak pernah dengar perempuan period ke?!" tengking Tia.
"Period? Masa?" soal Zane, dia pelik. Langsung tidak faham apa yang dikatakan oleh Tia.
"Period. Datang bulanlah! Haid, unzur!" haa, habis dijelaskan semuanya. Kalau tak faham juga, tak tahulah.
"Wait, kenapa you mengigau panggil polis ambulans bagai?" soal Tia pelik.
Zane yang seakan tersedar, terus terbeliak matanya.
"Jangan cakap yang you..." Tia sudah dapat mengagak.
Betul lah tu! Dia ingat Tia kena bunuh and dia call ambulans dan polis! Aduh Zane!
"Kenapa you call?!" Marah Tia.
"Manalah aku tahu! aku kejut kau banyak kali, tapi kau tidur mati asal?!" marah Zane pula.
"Lain kali ceklah nadi I ke, pernafasan I ke? ini terus call polis kenapa?" bengang Tia dengan tindakan melulu suaminya.
"Aku paniklah nampak darah banyak tu. Hish menyusahkan betul lah perempuan!"
"Dah tahu menyusahkan, kenapa kahwin dengan I?" soal Tia tak puas hati.
Zane diam. Dia mendengus kasar.
"Habis tu sekarang macam mana?" soal Tia.
Pasti polis dan ambulans sedang dalam perjalanan ke rumah mereka.
Tia meraup kasar wajahnya. Inilah akibat bertindak melulu!
___________________
"Assalamualaikum. Kami dari balai polis." Pintu diketuk beberapa kali.
Zane melihat di skrin, terdapat lebih kurang lima anggota polis sudah berada di hadapan rumahnya.
Zane membuka pintu. Tia hanya mengikut dari belakang.
"Errr, polis. Se... sebenarnya isteri saya hidup lagi." tergagap–gagap dia menjelaskannya.
"Hah? isteri awak hidup lagi? awak ingat balai polis tempat permainan awak ke?! awak boleh dikenakan denda tahu? ini hanya amaran. Tolong jangan menyusahkan pihak polis lagi." marah polis itu.
Zane hanya mengangguk sambil tersenyum kelat.
Tidak lama itu, ambulans pula datang. Bunyi siren ambulans makin kuat kedengaran.
Perkara yang sama juga dilakukan.
"Maaf doktor, isteri saya tak apa–apa sebenarnya." pinta Zane.
"Haih, awak dah melambatkan kami. Banyak lagi kecemasan lain. Tolong jangan mainkan pihak hospital lagi." tegur doktor itu.
___________________
Zane mengeluh beberapa kali. Dia menyesal, patutnya dia pastikan dulu, bukan terus bertindak melulu.
"You okay tak?" soal Tia lembut.
"Hmm." balasnya.
"You patut tahu perkara asas macam ni." ujar Tia perlahan.
"Ya aku tahu aku salah. Aku risaukan kau je." balas Zane.
"Hmm. Tak apalah, nasib baik kita tak kena saman." Ujar Tia. Dia cuba menghilangkan rasa gusar di hati Zane.
"I minta maaf." ucap Tia.
"Kenapa?" soal Zane pelik.
"Sebab malam tadi. I tengking you, I marah you. Tap... tapi orang perempuan kalau nak period memang macam tu. Cepat marah. Im sorry." jelas raut wajahnya yang serba salah.
"Salah aku jugak. Setakat lima kotak pizza, bukan mahal pun." Zane juga meluahkan rasa bersalahnya.
"Tapi... kenapa you tergesa sangat tadi?" soal Tia.
Dia pelik, makin lama, makin dia dapat rasakan sesuatu yang tak kena dengan Zane. Bila dia kena kacau, Zane lah penyelamatnya. Siap cuba menenangkan hatinya lagi.
"Entahlah Tia, aku tak tahu kenapa." balas Zane.
Dia melihat wajah Zane. Lalu dia mengesan sesuatu.
"Kenapa mata you merah? you nangis?"
"Aku takut kau tinggalkan aku." balas Zane, jujur dari hatinya.
Ya, hampir separuh mati dia berhadapan dengan situasi tadi. Tidak pernah–pernah dia menangis, akhirnya hari ini dia menangis.
Tia berasa kekok. Kenapa dengan luahan tiba–tiba itu?
Tanpa Tia sedari, Zane menariknya ke dalam pelukan.
"Please, jangan tinggalkan aku." pinta Zane.
"Kenapa pulak I nak tinggalkan you. I... kan isteri you?" balas Tia.
Pelukannya semakin erat. Mungkin dia boleh gila jika kehilangan Tia.
"Aku tak boleh hidup tanpa kau." luah Zane lagi.
Tia dapat mendengar suara Zane yang sedang bersedih itu. Lalu dia mengambil keputusan untuk menepuk lembut belakang Zane.
"Its okay. Im here Zane, Im always by your side." Belakang Zane terus ditepuk lembut. Risau pula melihat Zane yang tiba–tiba emo.
"Tia..." panggil Zane perlahan.
"Hmm?"
"Aku dah tewas." balas Zane ringkas.
Tia mengerutkan dahinya. Tewas? tewas apa? kalah bergusti ke apa?
Lama kelamaan, baru dia teringat kata–kata Zane semasa awal perkahwinan mereka.
"Kau akan jatuh pada aku suatu hari nanti. Ingat Tia, kalau soal hati, akulah pemenangnya. Aku takkan tewas pada kau, tapi kau yang akan tewas pada aku."
Tia cuba menghadamkan ayat itu. Adakah bermaksud... Zane....
"Aku tak boleh ceraikan kau sebab aku dah tewas Tia." ujar Zane lagi.
Terasa panas pipinya apabila mendengar luahan Zane.
Lembut sahaja dia melepaskan pelukan itu.
"Apa maksud you?"
Zane tersenyum kecil.
"Haih, jomlah makan. Aku lapar. Nek Mah dah datangkan?"
"Tapi Zane..."
Pantas tangannya ditarik oleh Zane. Lalu Zane membawanya ke meja makan.
"Eh tuan, puan. Jemput makan." pelawa nek Mah.
"Ni, nek Mah ada buat karipap dekat rumah. Lepas tu nek Mah bawak kesini nak panaskan balik. Makanlah." terang nek Mah.
Tia memandang ke arah karipap yang dihidangkan itu. Sungguh menarik perhatiannya. Dia pernah rasa sekali masakan nek Mah ketika umurnya 10 tahun.
Selepas itu nek Mah tidak membuatnya lagi kerana keluarga Tia tidak sukakan karipap. Hanya Tia saja yang meminatinya.
"Its been a long time nek Mah..." ujar Tia.
Nek Mah hanya tersenyum. Dia tahu Tia sangat sukakan kuih itu.
Tia baru saja hendak mencapai karipap, ditepis oleh Zane terlebih dahulu.
Tia membulatkan matanya. Dah kenapa pulak ni?
"Baca doa dulu." arah Zane.
"Sorry. Lupa."
Usai membaca doa, Tia terus mencapai karipap dan menggigitnya dengan saiz yang besar.
"Sedapnya nek Mah!" pujinya ketika karipap masih penuh di dalam mulutnya.
"Haih. Cuba lah makan elok–elok. Kau tu perempuan." tegur Zane.
"Try lah. Sedap gila!" pelawa Tia lalu mengambil satu karipap dan dihulurkan pada Zane.
Zane mengambil karipap itu dan merasanya sedikit.
"Sedap gak eh?"
Zane mula makan karipap itu tanpa henti. Sudah mengalahkan Tia pula.
Ada satu lagi di dalam pinggan, baru saja Tia ingin mencapainya, Zane sudah mengambilnya terlebih dahulu.
Tia terus memasamkan muka. Sudahlah karipap itu makanan kesukaannya.
"Pandai nek Mah buat." Puji Zane ikhlas.
"Tak adalah tuan, biasa je." nek Mah merendah diri.
"Kau okay tak?" Soal Zane.
Baru dia perasan yang gadis itu monyok semacam.
"Dah you habiskan karipap I." balas Tia dengan nada kecewa.
Zane tergelak kecil, terhibur pula melihat perangai isterinya yang kebudak–budakkan.
"Nek Mah tengok tuan dengan puan ni, memang serasi sangat. Nek Mah harap korang tak berpisah ya." ujar Nek Mah.
Zane hanya menghadiahkan senyuman kepada nek Mah.
Nek Mah berkata begitu kerana, banyak kali juga dia mendengar Tia meminta cerai. Tapi Zane tabah, dan masih tidak menceraikan isterinya.
"Nek Mah, lain kali jangan panggil puan. Panggil Tia je." arah Tia.
"Tak boleh, nanti tengku marah." tegas Nek Mah.
"Alah, sekarang ni nek Mah berkerja dengan kitorang, bukan dengan mama papa." pujuk Tia.
"Hmm. Iyalah Tia, Zane."
Tia tersenyum. Barulah rasa seperti keluarga, tiada kekok serta pangkat majikan dan orang gaji.
Eh, sejak bila berubah ni Tia?
_____________________
"Weyh, kau rasa Tia tu dah berpunya ke belum?" Soal Azri.
Zane membulatkan matanya. Dah kenapa pulak dia bangkitkan Tia ni? berkenan ke?
"Dia tu kan playgirl." balas Zane.
"Tak ada hal lah, ini Azri. Aku mampu untuk ubah dia." Azri menunjuk lagaknya.
Zane mengeluh berat. Dalam banyak–banyak perempuan, kenapa isteri aku jugak yang kau pilih?
"Zane, tolong aku pikat Tia." Pinta Azri.
"Mana ada orang yang berjaya buat dia terpikat. Hanya dia je yang mampu pikat orang." Zane tersenyum sinis. Kata–kata itu sampai sekarang diingatnya.
Azri mengerutkan dahinya. Pelik mendengar ayat itu.
"Kau dengan dia ada apa–apa ke?" soal Azri inginkan kepastian.
"Ma... mana ada!" Zane meninggikan suara.
"So, 99 peratus untuk aku pikat Tia. Dia tu cantik bro, memang rugi siapa tak memiliki perempuan macam dia."
Zane hanya tayangkan raut wajah menyampahnya. Tia tu dah jadi milik aku, pasangan aku yang halal!
___________________
"Hai Tia, jom lunch?" pelawa Azri.
Tia melihat Zane di belakangnya. Ragu–ragu pula untuk buat pilihan.
"Err... okay." akhirnya Tia setuju.
Membuntang matanya apabila melihat Tia dengan mudahnya menerima pelawaan Azri.
"Bro, aku chaw lu!" Azri mengangkat tangannya sambil melambai–lambai.
Tia dan Azri mengambil tempat duduk di cafe itu. Baru sahaja Azri ingin duduk disebelahnya, ada yang mencelah.
"Zane? you buat apa dekat sini?" soal Tia.
"Jangan duduk berduaan, nanti ada yang ketiga. Syaitan." ujar Zane tenang, dia cuba berlagak alim.
Tia melepaskan tawa hambar. Agak–agaklah, obvious sangat tu!
Azri sudah memandangnya tak puas hati. Orang baru nak beromantik, kacau line betul!
"Tia, you nak order apa?" soal Azri lembut.
"Nasi goreng USA satu."
"Aku mee goreng basah satu!" ujar Zane yang tak menyempat–nyempat.
"Err, saya macam dia ya."
"Tukar!" kuat saja suaranya untuk menukar menu.
"Saya macam dia jugak." ujar Zane.
Tia memandang Zane, dah tak betul ke apa mamat ni?
"Air?"
"Sirap limau untuk tiga orang!" ujar Zane.
Tia memandangnya tak puas hati. Over betul mamat ni!
Azri mengeluh berat. Dia cuba untuk memikat Tia, tapi sering dikacau oleh sahabatnya.
20 minit kemudian.
"I pergi tandas kejap eh?" Tia meminta izin.
Azri hanya mengangguk sambil tersenyum.
Belum pun susuk tubuh Tia menghilang, Zane pula yang bangun.
"Aku sakit perutlah! pergi tandas jap!" Zane terus melajukan langkahnya sebelum kelibat Tia hilang.
Apabila sudah hampir, dia mencapai tangan Tia dan menolak Tia ke satu dinding. Tangan Zane sudah berada di atas kepala Tia di bahagian dinding.
"You... you kenapa ni?" soal Tia. Cemas pula dibuatnya, dahlah ramai orang. Tu, buatnya si Azri tu nampak?
"Ingat. Kau isteri aku, jangan terhegeh–hegeh dengan Azri tu." Zane memberi amaran.
Okay guys, I don't know lah okay ke tak? rasanya macam merapu sikit. Tapi baca je lah! enjoy reading guys! •>•
Share this novel