Kringgggg !!!!!
Berdesing telinga Tia mendengar jam penggera yang begitu kuat.
Dia mencelikkan mata. 5 jam penggera berada di sekelilingnya. Mak aii!
"Dah gila ke laki ni!" jerit Tia.
Dia tak puas hati. Yang paling tak puas hatinya jam baru menunjukkan pukul 6 pagi! tak ada otak ke woi?!
Dia tutup segala jenis penggera yang ada di sekelilingnya. Selepas itu dia menarik selimut dan kembali tidur.
"Woi Tia, aku nak kau bangun sekarang!" bergema satu rumah banglo itu.
Gayanya seperti pakai mike? gilalah!
Tia menekup mukanya dengan bantal. Kacau betullah!
"Tengku Tia Hanari! bangun aku kata!" jerit Zane lagi dengan mike nya.
"Ish gila punya jantan!" jerit Tia.
Dia bangun, lalu membuka pintu seluas–luasnya.
"Lembab! kau nak aku letak 10 jam penggera dekat telinga kau ke?" tengking Zane.
"Mind your own bussiness! You ceraikan I sekarang. Kalau tak I taknak pergi kolej!" tengking Tia pula.
Amboi–amboi, semua dah jadi telinga gajah. Tak ada pekak–pekak dah. Harimau lawan singa, siapa kalah?
"Okay, bersedialah untuk disekat segala kad kredit yang kau pegang. Tengok, kau boleh hidup tak?" sindir Zane.
"Hish!" rungut Tia.
"Dahlah, I nak tidur!" Baru saja Tia ingin masuk ke dalam bilik, Zane menariknya kuat.
"Solat subuh. Apa jenis Islam kalau tak solat subuh?"
Mak ai, berasap telinga Tia tu Zane oi!
"I belum cukup iman lagi nak berubah." balas Tia.
"Tak kesahlah. Aku cakap solat subuh, kau ikut je. Aku suami kau!" tegas Zane.
"I... I dah lupalah." balas Tia perlahan. Nampaknya dia agak sensitif bila part agama.
"Dah biar aku ajar."
Tanpa berlengah masa, Zane dan Tia pergi ke bilik air.
"Ambil wudhuk reti tak?" soal Zane.
"Reti."
__________________
"Ya Allah, kau lindungilah rumah tangga ini dari sebarang musibah. Jadikanlah aku sebagai suami yang bertanggungjawab." Zane berdoa.
Setelah meng-Aminkan doa. Tia berfikir sejenak. Lindungi rumah tangga mereka?
"Macam mana nak jaga rumah tangga ni kalau tak ada kebahagiaan?" soal Tia.
"Tia." ujar Zane sepatah.
"Kita tak bercinta, hati kita langsung tak terbuka untuk satu sama lain. How can we find a hapiness? kenapa you tak ceraikan I je? you boleh cari perempuan yang mampu bahagiakan you. And yang pastinya bukan I." balas Tia seperti memberi hujah gamaknya.
"Siapa kata rumah tangga perlukan cinta untuk bahagia? dengan tanggungjawab pun rumah tangga kita akan bahagia. Lagipun, macamlah kau boleh jatuh hati dengan aku?" Tia terdiam sejenak.
"And lagi satu, kau jugak kata, hanya kau yang boleh tawan hati lelaki. Tapi lelaki tak boleh tawan hati kau. You're such a difficult person. You know?" sambung Zane lagi.
"Apa bezanya you? you pun sama je. Hati batu. Takkan pernah terima cinta, kita tak sama ke?"
"Tak sama. Walaupun aku tak terima cinta, aku tak permainkan hati orang sekeliling macam yang kau buat." Balas Zane.
Tia terdiam lagi. Susah ni, asyik sentap aja dengar ayat yang keluar dari mulut Zane. Bila nak seri?
_____________________
"Makan ya, tuan, puan." Jemput Nek Mah.
"Tak apalah. Saya makan dekat kolej je. And by the way, nek Mah jangan panggil saya puan boleh tak?" baru saja Tia ingin bangun. Zane menariknya supaya kembali duduk.
"Dia lagi muda dari kau ke? hormat orang tua. Makan." ujar Zane.
"Eh suka hati I lah. Dia cuma maid, buat apa I nak respect dia?" balas Tia, geram pula bila disuruh itu ini.
"Dia maid, tapi dia lagi tua dari kau. Lagipun dia yang jaga kau dari kecil kan? tak reti nak hormat?"
"Hish annoyinglah! Jangan kongkong hidup I boleh tak? kita ni hanya perkahwinan atas kertas! jangan over-acting boleh tak?" Tia meninggikan suara.
"Aku kata makan. Suruh makan pun susah ke?"
Tangan Tia langsung tak dilepaskan. Panas aja hatinya dengan tingkah laku Zane.
"Ke nak aku suapkan?" soal Zane.
"I boleh makan sendirilah!" tengking Tia.
Zane hanya tayangkan raut wajah selamba. Ceh, macam ni eh layan isteri?
______________________
"Lain kali pakai baju kurung, yang kau pakai baju seksi macam orang korea ni apahal? nak kena bakar kulit tu?" tegur Zane direct.
"Hish diamlah! annoying tahu tak?" Tinggi saja suaranya membalas. Geram!
"Tia... kau nak aku kerjakan kau dekat dalam kereta ni ke? kita halal tau."
Pantas sahaja dia memberi satu penumbuk pada muka Zane.
"Dah kalau semua benda you nak kontrol, ceraikan jelah I!" Tia terus membuka pintu kereta dan melangkah keluar. Kemudian pintu kereta dihempas kuat.
"Errr tuan okay?" soal Dani. Dia tua 10 tahun daripada mereka.
"Saya okay." pantas Zane keluar dari kereta itu.
Pipinya dipegang akibat tumbukan padu dari Tia. Bukan calang-calang orang tau!
___________________
Loceng ditekan dan pagar terbuka. Tia melangkah masuk ke dalam perkarangan rumah banglo itu. Apabila sampai di hadapan pintu, dia memulas tombol itu.
Namun ianya terkunci.
Tiba–tiba telefon pintarnya berbunyi. Terus dia mengangkat panggilan tersebut.
"Hell..."
"Ini adalah hukuman sebab kau balik lambat dan tumbuk aku masa dalam kereta tadi."
Membulat matanya mendengar kata–kata itu. Hukuman? apa kau merepek ni Zane?!
"Bukalah! you nak I mati keras ke dekat luar ni? buka sekarang!" jerit Tia.
"Kau patutnya dengar cakap aku. Aku ni suami kau, bukan kawan kau." balas Zane tenang.
"You jangan melampau eh Zane. Betulkan apa yang I cakap? lelaki semua sama je! you kahwin dengan I hanya satu sebab, sebab nafsu!"
Zane pula yang panas mendengarnya. Sampai sekarang Tia menganggap dia sama seperti lelaki lain.
"Okay fine! kau cakap aku sama macam lelaki lain kan?" Pantas saja pintu itu dibuka.
Belum sempat Tia membuka mulut, Zane sudah merentap tangannya terlebih dahulu.
"You... you nak apa lagi?!"
"What you said you get back." ujar Zane.
Tia masih tidak faham. Apa yang dimaksudkan sebenarnya.
Zane terus mengepung Tia disatu dinding. Tangan Tia sudah digenggam kuat. Entah apa yang nak dibuatnya.
"Aku sama macam lelaki lain ke Tia? mana yang sama tu? macam ni?" bibir Tia terus dicium kasar olehnya.
Tia meronta–ronta ingin dilepaskan. Tapi Zane buat tak endah dan melayan perasaan marahnya.
Last move, Zane dapat padahnya kerana memainkan tengku Tia Hanari! Bahagian tengahnya disepak oleh Tia.
Terus saja dia terduduk akibat sakit yang teramat. Fuh, senak tu!
"Shitttt!!! melampaulah you ni Zane!" Tia mengesat bibirnya berkali–kali. Terasa dirinya seperti diperkosa.
"You tak cinta I, buat cara tak cinta. Jangan buat I penat hadap hidup ni dengan you." Tia memberi amaran.
Lalu dia terus meninggalkan Zane yang masih lagi terduduk.
"Salah aku jugak..." ujar Zane perlahan.
___________________
Bibirnya masih lagi dikesat. Asyik terbayang saja saat bibirnya diragut oleh Zane.
"Tak logik betul!"
30 minit kemudian. Pintu bilik diketuk, dengan berat hatinya Tia membuka pintu itu.
Kini Zane berada di hadapannya. Tia pula sudah berdebar–debar.
"Betul ke kau nak aku ceraikan kau?"
Share this novel