Zane mengejar Tia yang sudah jauh. Penat dia mengejar, walaupun hanya berjalan. Lajunya membuatkan Zane lelah! Apahal Tia ni!
"Tia kejaplah!"
Panggil Zane di belakang. Tia abaikan, dia terus berjalan. Dah buat salah, sekarang ni nak minta maaflah? Mudahnya!
"Tia!"
Panggil Zane, dia mengah. Tak cukup nafas dah ni!
"Kejaplah. Biar aku explain!" Jerit Zane di belakang. Tia ni ada kuasa Ying ke apa? Apahal laju sangat?
"Tak ada apalah you nak explain. Amboi, katanya hati you takkan tertawan dengan mana–mana perempuan. You are liar!" Marah Tia. Makin laju langkahnya meninggalkan Zane jauh di belakang.
Sementara mereka bertelingkah, ada sepasang mata yang memerhati.
"Ouh, Zane dah ada orang lain ke?" Tanya Adira sendiri. Rasa bengang mula selubung dirinya. Mana boleh! Zane tu aku punya!
"Tia! Please lah. Berhentilah kejap. Aku penatlah!" Rayu Zane. Tak boleh ke berhenti sekejap?
"I lagi penat kena fakehope dengan you!"
"Siapa kata fakehope? Perasaan aku betullah. Aku betul–betul cintakan kau!" Ujar Zane di belakang. Dia cuba betulkan kenyataan perasaannya terhadap Tia.
Akhirnya Tia berhenti. Dia memandang dingin pada Zane.
"Kalau you ikut I lagi. You takkan nampak I lagi!" Marah Tia.
Cepat–cepat tangan Tia ditarik membuatkan Tia terundur ke belakang. Peduli apa dia? Daripada dia hilang kemudian. Baik dia tangkap dulu!
"Bagilah aku explain." Ujar Zane tercungap–cungap.
Tia menjegil mata pada suaminya. Hati siapa tak sakit bila pasangannya digelar 'sayang' oleh orang lain?
"You nak explain apa? Explainlah!" Tia meninggikan suara.
Zane terpaksa tebalkan telinga untuk dengar suara kuat Tia.
"Aku..."
"You apa? You nak minta maaf? No. I takkan maafkan! Sanggup you tipu I? And lagi satu, layanan you pada Adira tu lagi lembut dari layanan you kepada I. Yous sedar tak Zane? Who am I to you? Perempuan simpanan ke?" Bentak Tia.
"Sabarlah! Bagi aku explain!" Marah Zane pula. Orang baru nak explain, dia pula yang potong!
"Tak payah explain! Penipuan you je dah tunjukkan yang you tak serius pada hubungan kita!" Balas Tia terus terang.
"Diamlah kejap! Bagilah aku peluang nak explain!" Marah Zane.
"See. Sebabkan perempuan tu, you marah I! You dah melampaulah Zane. I ingatkan you berbeza dengan lelaki lain. Tapi sebenarnya you sama je!" Bentak Tia. Memang bengang habis. Tak pasal–pasal dia ditengkingnya?
"Tia..."
"Lepaskan tangan I! You jangan ingat I lembut macam perempuan lain." Tia beri amaran.
Zane tetap berdegil. Tangan Tia dipegang tak lepas.
"You yang paksa..."
Terus saja tengah Zane disepak oleh Tia. Automatik Zane melepaskan tangannya dan mengerang kesakitan. Gangster ke apa ni?!
Cepat–cepat Tia berlari meninggalkan Zane. Teksi yang lalu dia cuba hentikan. Lalu terus masuk ke dalam perut kereta.
"Tia! Aduh!" Dia masih mengaduh sakit. Sampai hati betul Tia sepak bahagian tu. Sepaklah tempat lain!
Setelah beberapa minit ditinggalkan. Zane berjalan kehulu–kehilir. Mana nak cari isterinya? Pening. Isteri lari pulak dah!
Lama kelamaan, dia membuat keputusan untuk menghubungi seseorang. Setelah panggilan di angkat, dia menarik nafas dalam–dalam dan mulakan bicara.
"Hello abang..."
"Kau nak apa call aku ni?" Balas Tengku Faiq, suaranya macam tak puas hati.
"Bini..."
"Arghh kau dengan papa sama je, tak habis–habis suruh aku cari bini! Pandai–pandailah aku cari nanti. Sibuk betullah!" Potong tengku Faiq.
Zane menggaru kepala yang tidak gatal, kenapa semua orang suka potong cakap dia eh?
"Bukan bini kau, bini aku lah. Bini aku lari!" Adu Zane serius.
"Huish, bini kau lari? Itulah. Muda–muda lagi dah kahwin. Tengok dah jadi hal." Perli Tengku Faiq.
"Hish kau ni bang! Aku bukan minta kau sindir aku. Aku nak minta pendapatlah!" Marah Zane.
"Masa bini kau lari, kau nampak tak?" Tengku Faiq mula buat sesi soal jawab.
"Nampaklah!" Balas Zane bersungguh–sungguh.
"Dah tu kenapa tak kejar? Aduhhh bendul betul adik aku ni!" Terdengar tengku Faiq mengeluh dihujung talian.
"Aku... Aku manalah tahu." Balas Zane tergagap–gagap.
"Hish. Kau semua tak tahu. Kalau kau kejar, dah dapat dah bini kau tu. Entah–entah, dah lari sampai Bangladesh. Habislah bini kau!" Tengku Faiq cuba menakut–nakutkan adiknya. Namun lain pula yang jadi.
"Betul ke bang?! Tia lari dekat Bangladesh?!" Tanya Zane dengan raut wajah terkejutnya.
"Emang kamu bendul bangat sih!" Tengku Faiq mula guna longhat indon. Bendul sangat adiknya ni! Ada ke dia percaya isterinya lari ke Bangladesh? Tak masuk akal!
"Kau ni betul–betullah bang! Aku tak tahu mana nak cari bini aku!" Rayu Zane.
Tengku Faiq jeda. Zane terus cek telefon kot kot talian terputus. Tapi elok aje. Kenapa diam pulak ni?
"Kau dekat mana sekarang ni?"
"Langkawi!" Cepat saja Zane menjawab.
"Dah tu, kau fikir bini kau akan lari ke Kedah pulak ke? Mesti lah area langkawi jugak! And perempuan ni lain tau. Dia takkan pergi tempat–tempat special, dia akan pergi tempat yang dia rasa selesa. Cubalah cari dulu, kalau tak jumpa jugak, aku minta orang upahan aku cari bini kau." Balas tengku Faiq panjang lebar.
Terangguk–angguk dia mendengar keterangan abangnya. Dia harus tahu semuanya, supaya pencarian isterinya menjadi mudah!
"Kau nak aku bagitahu bonda ke?"
Cepat–cepat Zane menggeleng. Karang apa pula kata bondanya. Mesti Tengku Zane Harraz yang dipersalahkan dan dibebelkan!
"Tak payahlah bang. Kau tau jelah macam mana mulut bonda tu." Ujarnya.
"Hahaha. Goodluck lah Zane, misi mencari bini kau! Aduhh lawak betul korang ni. Aku buat kerja dulu. Bye!" Panggilan terus ditutup.
Zane cuba memikirkan sesuatu tempat. Bersungguh–sungguh dia berfikir, akhirnya timbul jugak idea.
"Taman?"
Zane terus berlari ke arah kereta sewanya, dan terus start enjin. Dia perlu cepat, dia takut isteri hilang lagi!
Dia terus set kan taman berdekatan di GPS. Lalu dia ikut saja arah yang ditujukan oleh GPS.
Apabila sampai. Dia terus keluar dari kereta, dia mencari Tia di merata tempat. Namun hampa, batang hidung pun tak jumpa! Dahlah taman ni besar!
Kali ini tempat yang dipilih adalah shopping mall. Tia kan suka shopping?
Apabila sampai, dia mencari Tia dari tingkat satu sampai tingkat empat. Habis berpeluh walaupun pasaraya itu dipenuhi dengan penghawa dingin.
Zane mencari nafas, hampir separuh mati dia cari Tia. Namun masih tidak jumpa.
"Mana kau ni Tia..."
Habis kawasan pedalaman dia teroka, tapi malangnya. Kelibat Tia masih tidak kelihatan. Dia berusaha bertanyakan orang kampung, namun semua tidak mengenali Tengku Tia.
Setelah habis tenaganya dikerah, dia mengalah. Dia buat keputusan untuk cari esok pula.
Matahari hampir terbenam. Akhirnya dia tiba juga di hotel. Memang apa yang diinginkan sekarang. Rehat puas–puas. Tambah balik tenaga yang dah habis.
Sebaik sahaja tombol pintu dipulas, rasa macam tersekat. Dia cuba pulas lagi sekali, masih tersekat. Macam terkunci. Zane terpaksa turun bawah untuk minta kunci pada penjaga kaunter.
"Ya encik nak apa?"
"Saya bilik nombor 312, pintu tak boleh buka." Adu Zane.
Berkerut muka penjaga kaunter itu. Tak boleh buka? Jarang berlaku masalah macam ni.
"Betullah. Dia dari bilik 312." Ujar lagi seorang penjaga.
"Tak apalah encik, kami bagi kunci pendua. Cubalah dulu." Zane ambil kunci dari tangan penjaga itu.
Lalu dia kembali semula ke bilik, dan cuba membuka pintu. Akhirnya, pintu terbuka juga.
Tapi apa yang dilihat di dalam. Sangat–sangat tidak patut dilihat, tapi inilah yang dicari. Tengku Tia Hanari! Bersama dengan baju T-shirt labuh dan kelihatan seperti tidak berseluar. Agak seksi.
"Opps!"
Tia terkejut. Dia pandang pemilik suara. Terus dia tarik selimut dan menutupi kakinya yang terdedah.
"Baru sekarang you nak balik? Tadi pergi mana? Mesti melepak dengan Adira tu kan?" Teka Tia tak puas hati.
"Kau tak boleh lari jauh lagi ke? Punyalah hampir satu Langkawi aku cari kau, kau duduk dekat sini je?!" Suara Zane mula meninggi.
Habis dia kerahkan tenaga untuk mencari Tia, rupanya dia duduk di hotel?! Memang rasa bengang yang dia sedang rasai sekarang.
Merajuk, pergi hotel? Pergilah jauh–jauh sikit!
"Ooooo supaya I tak ganggu masa bersama you dengan Adira, sebab tu you suruh pergi jauh–jauh?" Ujarnya sinis. Dia tak puas hati dengan soalan yang diberikan. Pergi jauh–jauh? Dah tak sayang akulah tu!
"Bukanlah bengong!" Marah Zane. Nafas masih dicari, dari tadi dia berkejar–kejar. Rasa bengang masih ada. Kenapalah dia tak terfikir untuk cek Tia kalau kalau dia ada di hotel?
"You panggil I bengong eh? You melampau!"
Dada bidang di tumbuk kuat. Dia juga bengang, kemunculan Adira secara tiba–tiba itu buatkan dia terkejut dan cemburu. Mana tidaknya, Zane layan Tia terlalu kasar! Sangat–sangat berbeza!
"Bagi aku rehat dulu Tia, aku penat cari kau seharian. Kenapa kau tak angkat bila aku call? Kau tak kesiankan aku ke?" Ujar Zane, wajahnya memang kelihatan letih.
"Buat apa I nak jawab call you? Dahlah curang dengan I!" Marah Tia.
Rasa penat, lelah semua terhenti apabila terdengar perkataan 'curang'. Dia curang?
"Aku tak curang dengan kaulah!"
Zane terus baring di atas katil bersaiz king itu. Tia bengang, baru saja dia ingin melangkah, tangannya ditarik membuatkan dia terjatuh atas badan Zane.
"Teman aku tidur. Macam mana aku teman kau dekat kapal terbang tadi. Esok aku explain okay?"
Badan Tia ditarik lagi, dia memeluk isterinya se erat mungkin. Kemunculan Adira dalam hidupnya telah memporak perandakan rumah tangga mereka.
Share this novel
tq....sambung lg ...haha