BAB 23

Romance Completed 60718

Zane bangun, dan dapati Tia sudah hilang. Jam baru menunjukkan pukul 2 pagi. Terus dia bangun dan kelam kabut mencari Tia.

"Tia!" Laungnya kuat.

"Tia, kau kat mana?" Tanya Zane gelisah.

Dia cari di ruangan depan, namun kelibat Tia tidak kelihatan.

Dia cari di bilik air, masih tiada. Kemana pula Tia pergi ni?

Dia pergi ke birai katil, lalu dia tersepak sesuatu. Pantas dia tunduk ke bawah, melihat apa yang ada di atas lantai.

Dari bawah sampai atas, Tia rupanya! Dah kenapa pula dia atas lantai ni?

"Tia bangun!" Kejut Zane.

"Diamlah!" Marah Tia dalam keadaan separuh sedar.

"Asal tidur kat lantai, nanti kau demam." Ujar Zane risau.

"I takkan tidur sebelah you." Ujar Tia.

Berubah air muka Zane apabila dikata begitu. Besar sangat ke salah dia ni?

"Tia..." Panggil Zane.

"Tidur sebelah aku please." Pujuk Zane, bahu Tia dipegang lembut.

"No way. Tepi." Dia tolak kasar tangan suaminya. Bengang sangat tu.

"Aku nak explain masa dekat pantai, kau taknak dengar. Perempuan memang macam ni ke?"

"Hello mister Zane! You jangan asyik nak salahkan perempuan je. You kalau tak cari pasal dengan I tak boleh ke? Ya perempuan memang macam ni, sebab lelaki tu lembik sangat! Mana kejantanan you, you patut pertahankan hubungan kita, tapi you diam je!" Marah Tia habis–habisan.

"Sayang... Biy tahu biy salah. But please hear me out."

"Tak payah nak cairkan hati I lah! You..."

Pantas bibirnya dicium sekejap oleh Zane. Membuatkan kata–katanya terhenti.

"You..."

Sekali lagi bibirnya dicium. Kali ini lama sikit. Tia mendengus geram.

"Dengar apa biy nak cakap." Ujar Zane.

Dia tarik nafas dalam–dalam. Wajah itu dipandang, lalu dia mulakan bicara.

"Adira tu sebenarnya anak kawan ayahanda aku."

"Ooooo ni kes jodoh tak jadilah ni?" Tia meneka.

"Bukan. Tak ada kena mengena dengan cinta, jodoh, kahwin semua tu."

Berkerut wajah Tia mendengar penjelasannya. Tak ada kena mengena? Yang Adira mengaku girlfriend Zane tu apa cerita pulak?

"Aku cuma kesiankan dia..."

"Ooooo kesiankan dia sebab terlalu cantik?" Sampuk Tia.

Zane mengeluh berat. Cuba jangan potong cakap aku!

"Tia..."

"Okay fine! Bagitahulah!" Marah Tia.

"Aku kesiankan dia sebab mental dia tak boleh dirawat."

"Maksud you?" Tanya Tia yang mula reda.

"Dia ada penyakit mental yang teruk. Sampai satu hari, dia nampak aku. Dan dia dah ada perubahan sikit. Penyakit mental dia tak seteruk dulu." Terang Zane.

"I don't understand." Ujar Tia.

Tangan isterinya diraih, lalu digenggam.

"I am the antidote for her. Sejak hari tu, biy teman dia setiap hari. Dengan niat, nak tolong sembuhkan mental dia."

"But things become worse."

Tia setia mendengar. Jadi lagi teruk? Teruk macam mana?

"She fell for me." Sambung Zane.

Berubah air muka Tia bila dengar ayat seterusnya. Dia minat Zane? Habis tu Zane pula?

"And you fell for her too?" Tanya Tia.

"Nope. Biy cuma selesa kawan dengan dia. Tapi biy tak tahu benda ni akan jadi lagi teruk." Ada bunyi kesal di hujung ayat.

"Apa dia buat dekat sini? Selama ni dia pergi mana?"

"Biy dah tahu sebenarnya. Lepas biy reject dia, dia lari keluar negara. Dia tak sambung belajar, dia cuma kecewa." Sambung Zane lagi.

"You don't have any feeling for her?" Tanya Tia.

"Tak ada sayang. Macam yang biy bagitahu, hanya sayang dihati biy, sayang orang pertama yang buat biy cair. You are the only one." Ujar Zane sambil hidung Tia dicubit lembut.

"Sampai bila nak guna biy sayang ni?" Tanya Tia, dia cuba menduga suaminya.

"Bila biy rasa biy nak."

Jawapan itu buatkan Tia rasa tak puas hati. Bila Zane nak? Bukan bila dia nak ke? Suami tak romantik langsung!

"I hate you."

Tia terus bangun. Lantas Zane peluk Tia dari belakang.

"You hate me? Are you sure?"

"I hate your face, I hate your voice, I hate your body." Balas Tia serius.

"But you don't hate my lips."

Tia jeda. Lips? Tak benci bibir dia? Apa yang Zane cuba nak cakap.

Pantas saja tubuh Tia dipusingkan, dan bibirnya melekat pada bibir isterinya.

"I love you sayang." Luah Zane.

"I hate your..."

Bibirnya sekali lagi dicium. Tia kalah, dia kalah sebab Zane adalah satu–satunya lelaki yang mampu buat dia cair. Yang mampu duduk di taman hati Tengku Tia Hanari.

Zane meraih pinggang Tia, dia eratkan pelukannya.

"Boleh biy teruskan?" Tanya Zane.

Lagi sekali Tia blurr. Teruskan apa? Apahal Zane ni?

Tanpa banyak cakap, dia tolak tubuh Tia ke atas katil.

"Boleh biy tebus hak biy tak?"

Membuntang mata Tia. Hak dia? Hak apa ni?

"No way! Tepi!" Cepat saja dia tolak badan tegap Zane. Dia cuba bangun, tapi kakinya dah terkunci. Apa Zane ni?

"Isteri kena ikut cakap suami. Nak pahala tak?" Tanya Zane sinis.

"Taknak! Pergilah! Banyak sangat kena gigit nyamuk!" Marah Tia.

Zane tergelak kecil, kena gigit nyamuk? Eh ada nyamuk ke? 

"Can I leave a lovebite here?"

"No way! You jangan macam–macam Zane. You nak kena macam dekat pantai tu ke?" Ugut Tia.

"Try." Cabar Zane.

Tia bertungkus lumus nak lepaskan badannya dari Zane. Apahal kau kunci aku?!

"Eh eh tak boleh sepak ke tu?" Zane menyindir.

Tia bagi jelingan maut pada suaminya.

"Lepaskan I!" Marah Tia.

"Taknak."

"Lepas."

"TAK NAK!"

Tia mengeluh berat. Degil tahap babun!

Mula akal Tia berjalan. Dia cuba fikirkan strategi agar dia tidak selamanya dikunci.

Kepalanya dinaikkan sedikit. Kepala Zane ditarik menggunakan tangannya, pantas bibir Zane dicium.

Zane amati ciuman itu. Bukan selalu bini romantik macam ni!

Yang peliknya, makin erat pulak pelukan Zane ni!

Secara tidak sengaja, Tia juga hanyut. Dia yang rancang, dia sendiri tewas.

Zane melepaskan ciuman itu. Dahi Tia dicium lembut. Lalu dia mulakan bicara.

"Hak sebagai suami ialah, isteri tidur sebelah suami. Bukan tidur atas lantai tu. You know what, fikiran sayang terlalu kuning!" Pipi Tia dicubit.

Kuat jugaklah. Sakit woo!

"Taknak. I taknak tidur sebelah you. Bahaya." Ujar Tia.

"Eleh, I promise. Biy takkan buat apa–apa kecuali peluk dan kiss."

"Peluk dan kiss tak dibenarkan." Bangkang Tia.

"Come on, you want me to be a romantic husband right, I can be one for you." Bisik Zane.

"I don't need it." Balas Tia.

Zane tersenyum manis. Mata Tia direnung dalam–dalam. Dia mahu isterinya cair.

Lain pula jadinya, Tia balas renungan itu. Tia juga tersenyum manis. Rambut Tia diraup lembut ke belakang, membuatkan Zane tergoda.

"You can't endure it?"

"How about this."

Zane membisik sesuatu di telinga Tia.

"Tengku Tia Hanari, I love you. You are my wife forever. Be mine forever." Bisik Zane, membuatkan Tia pula yang cair.

Bila Zane dah jadi romantik, dia memang tak boleh tahan. Cair! Perasaan cinta pada Zane makin kuat.

"You know what. Thank you for everything, your treats, your love, your caring. I love you too tengku Zane Harraz." Ucap Tia.

Tidak disangkakan, malam itu adalah malam terindah bagi mereka. Malam dimana cinta mereka semakin mekar. Hati yang bersatu teguh. Perasaan yang semakin kuat.

Setiap hubungan, pasti ada dugaannya. Setiap yang manis, pasti ada duka. Setiap yang lara, pasti ada bahagianya.

Tamat~

Aip–aip. Saja test korang, belum tamat lagi eh? So jangan kecewa, menangis tak berlagu pulak. Jangan tuduh ms. Lia buat cerita tergantung eh. Cepuk nanti! >< By the way! komen tentang bab kali ni ye, jangan lupa!

Share this novel

Bella Amalin Mahmud
2020-05-19 08:11:49 

bagi aku kau aku antara isteri tak kasar mana pun, cuma dalam keadaan marah tengking2 tu rasa benggang la

Bella Amalin Mahmud
2020-05-19 08:06:39 

romantik hbs semata2 nk pujuk wife

Angah Ajalah
2020-05-07 00:04:11 

tamat,


NovelPlus Premium

The best ads free experience