"Lepas ni kita pergi mana?"
Nia Ellysa buat rolling eyes. Tak cukup–cukup lagi shopping, makan. Nak pergi mana lagi?
"Aku nak baliklah. Penat."
"Eh eh, Nia. Kalau kakak kau lah, sehari suntuk dia shopping pun, takkan kenal erti penat tau." Ujar Haira. Cara paling mudah untuk mengumpan Tengku Nia Ellysa adalah membanding–bandingkan kakaknya dengan dirinya.
"Okay fine. Kau nak pergi mana lagi?" Balas Nia bengang.
"Kita pergi shopping make up pulak eh? Lepas tu pergi spa, lepas tu pergi saloon. Okay?"
Nia mengeluh berat. Macam dah tak ada hari lain!
__________________
"Ehem ehem."
Tia buat tak endah. Dia lajukan langkah. Disebabkan dia tidak mempedulikan Zane, terus tangannya ditarik.
"Eh, kenapa laju sangat tu?" Tanya Zane seakan meyindir.
"Mana ada laju. You yang lambat sangat kenapa?" Tanya Tia semula.
"Aku lambat? Excuse me honey..." Badan Tia mula ke depan, mana tidaknya. Tangannya ditarik oleh Zane!
"Apa?" Tanya Tia bengang.
Zane merapatkan tubuhnya pada Tia. Lalu dia tersenyum sinis.
"Aku..."
"You nak kena tangkap JAIS ke?" Tia mencelah. Eh macam salah je?
"Tak apa. Aku dah bawa kad nikah kita. Apa–apa hal, kita tunjuk je."
Bibir bawah digigit kuat. Tia mengeluh berat, apa bendalah JAIS nya? Dah kahwin woi!
"I akan tunaikan hajat you dekat hotel nanti. Harini kita enjoy la please..." Tia merayu.
Matanya berkelip–kelip sambil bibirnya mengukir senyuman paksa.
"Hotel? Ouh kalau macam tu, aku ada satu hajat je lah." Balas Zane sinis.
Berkerut wajahnya mendengar jawapan Zane. Satu hajat?
"Make sure kau kena tunaikan. Dah jom." Dia tarik tangan Tia dan beredar dari tempat itu.
Sesudah jauh sedikit. Tia berhenti. Dia pandang suaminya.
"Pergi mana?"
"Secret." Balas Zane.
"Eleh. Nak secret–secret pulak."
Zane hanya tersenyum nipis. Dia pandang isterinya, redup saja pandangannya.
"Kenapa tengok I?" Tanya Tia pelik.
"Kau tak boleh nak seksi lagi ke?"
Tia pandang tubuhnya, okay la tu, baju putih jarang bercorak daun, yang menampakkan singlet hitam yang melekat. Bersama dengan seluar jeans hitam yang mengikut bentuk kakinya. Boleh kan?
"Okay lah ni, I'm pretty right?"
"Pretty but I don't like it." Zane berpeluk tubuh.
"Sebelum pergi, tukar baju yang aku bagi dulu." Ujar Zane.
Dia menyerahkan satu beg baju kepada Tia. Tia memandang sepi beg itu, baju apalah agak–agaknya, jubah ke?
"Kita nak pergi mana ni?"
Zane tersenyum sambil menggeleng. Dia enggan beritahu tentang arah tujuan mereka. Biarlah rahsia.
"Pergi tukar baju dekat bilik persalinan." Arah Zane.
Dengan rasa malas. Tia mengatur langkah ke bilik persalinan. Baru je tukar baju tadi! Nasib baik belum make up!
Apabila sampai di bilik persalinan. Dia buka beg pakaian, dan lihat baju apa yang Zane bagi.
"Gaun?"
Dia buka lipatan, dia tengok corak baju tersebut dengan terperinci.
Lalu dia tersenyum, boleh tahan baju ni. Gaun putih bersama corak bunga yang menghidupkan lagi design baju itu. Ada sedikit jerutan di bahagian pinggang, dan bahagian tangan yang kenbang di bawah.
Sesudah pakai, dia lihat dirinya di cermin. Dah macam puteri gayanya. Rambut yang tadi diikat, dilepaskan. Untuk sesuaikan dengan gaun yang dipakainya. Dicalit sedikit make up dan pemerah pipi.
Eyeshadow, eyeliner, mascara, memang alat solek yang jarang dia pakai. Jadi di wajahnya, hanya natural beauty, gincu berwarna merah hati dan pemerah pipi. Sudah menambah lagi kejelitaannya.
Dia melangkah keluar dan terlihat Zane sudah terpacul di depan bilik persalinan.
"Wowww, lamanya tuan puteri kita bersiap." Sindir Zane.
Walaupun matanya sekarang tak lepas memandang Tia, ibarat cinderella. Begitu cantik sekali apabila dia bertukar pakaian.
"Cantik tak?" Tanya Tia sambil berpeluk tubuh.
"Of course. Bini aku memang lawa pun. May I?" Dia melutut serta menghulurkan tangannya. Tia terpaku, awat romantik sangat ni?
"My pleasure..." Tia menyambung lakonan Zane.
Lalu mereka berdua tergelak kecil. Mana tidaknya, baru membuat tayangan perdana pada orang awam.
__________________
Sampai di suatu tempat. Zane berhentikan keretanya, dia toleh sebelah, tidur rupanya Tuan Puteri kita ni.
"Sayang... Bangun." Dia menolak lembut bahu Tia.
"Kat mana..."
"Tengoklah." Arah Zane.
Tia memandang ke depan. Taman? Ini ke tempat special yang dikatakan Zane?
Dia gosok matanya, dan tengok sekali lagi. Alahai, taman rupanya.
"Jom turun."
Tia hanya akur. Dia turun dan melihat suasana di taman, memang aman dan angin sepoi–sepoi itu menenangkan dirinya.
Pemandangan anak–anak kecil sedang bermain, buatkan hatinya rasa sejuk. Sempoi saja suasananya.
"Zane..." Panggil Tia.
"Ye sayang?" Jawab Zane lembut.
"You are different today, something happen?" Tanya Tia.
Entah, dia tengok sikap Zane hari ini, sangat–sangat lain. Macam berbeza dengan Zane yang dulu.
"Different? Mungkin sebab aku dapat luangkan masa dengan orang tercinta kot?" Balas Zane sambil tersenyum.
Ya, senyuman itu. Dari awal pagi sampai sekarang, dia asyik tersenyum. Itu yang menarik perhatian Tia.
"Jom duduk?"
Tia akur, dia duduk di sebuah kerusi panjang bersama Zane.
"Boleh aku nyanyi?"
"Nyanyi? Seriously?" Tia tunjuk raut wajahnya yang terkejut. Nyanyi? First time ni! Macam mana kalau suara dia tak sedap? Dahlah banyak orang dekat sini!
"Errr, betul ke you nak nyanyi?"
Zane angguk perlahan. Tia menghela nafas panjang, lalu dia juga mengangguk.
[You Are The Reason]
"There goes my heart beating
Cause you are the reason
I'm losing my sleep
Please come back now
There goes my mind racing
And you are the reason
That I'm still breathing
I'm hopeless now
I'd climb every mountain
And swim every ocean
Just to be with you
And fix what I've broken
Oh, cause I need you to see
That you are the reason
There goes my hands shaking
And you are the reason
My heart keeps bleeding
I need you now
If I could turn back the clock
I'd make sure the light defeated the dark
I'd spend every hour, of every day
Keeping you safe"
Tia menghayati lagu itu. Suaranya merdu, hingga menusuk kalbu. Tak sangka suara Zane sesedap itu.
"Lagu ni, menggambarkan perasaan selama aku hidup dengan kau. Aku nak kau nampak betapa sayang dan cintanya aku dekat kau."
Tia tersenyum. Walaupun ayatnya kasar, tapi jiwanya tersentuh. Dengan lagu, luahannya lagi.
"Kejap eh aku tukar jadi abang romantik."
Tia tergelak kecil. Boleh pula dia buat lawak!
"Sepanjang waktu biy dengan sayang, sangat–sangat berharga, cinta biy dekat sayang, tulus dan ikhlas. Semalam sayang merajuk, biy macam orang gila. Tak boleh hidup tanpa sayang..." Luah Zane.
Ringkas, tapi Tia tersentuh. Dia faham, Zane bukan suami yang romantik, tapi disebabkan tingkah laku Zane lah, hubungan mereka semakin erat.
"Me too..." Ujar Tia.
"Apa dia?" Tanya Zane lembut.
"I can't lost you too hubby..."
Tangan Tia diraih, dan digenggam erat. Tia hanya menantikan perbuatan seterusnya.
"My gift for you, sempena sebulan lebih sayang jadi peneman biy, suri hati biy." Ujar Zane lalu mengeluarkan kotak kecil berwarna merah.
Tia melihat kotak itu, apa yang ada di dalamnya? Apabila dibuka saja, Tia terkejut. Cincin? Betul ke apa yang dilihat sekarang?
"Ini tanda cinta biy pada sayang." Luah Zane.
Jari manis Tia disarungkan cincin berlian tadi. Memang cantik.
"Uuuuuuuuuuuu!!"
Tia terkejut. Siapa pulak yang bersorak ni?
"Dah ambil gambar ke?"
Tia memandang pada pemilik suara. Gayanya semua orang di taman ini sedang menonton aksi mereka!
"Dah!"
"Cun! Boleh viral! Bukan senang nak jumpa pasangan sebiji macam drama ni!"
Tia meraup kasar wajahnya. Tak boleh cakap kuat lagi ke? Dia terus tutup wajahnya, untuk elakkan mereka dari terus mengambil gambar. Pergi sanalah!
Zane pula dah toleh ke belakang, malu agaknya. Iyalah, nyanyi di tempat umum. Ibarat mereka berdua aje yang ada di taman ni!
Share this novel