"So guys, semua pelajar diminta untuk cari kayu api dan kumpulkan di tengah–tengah ni."
Encik Zahir menunjukkan bahagian tengah yang dikatakan.
Tia juga hanya menurut, dia berjalan pergi mencari kayu api. Tiba–tiba datang seorang lelaki.
"Hye Tia. I remy." sapa lelaki itu.
"You know my name, so we're done." Tia melajukan langkahnya. Dia tidak sedap hati. Kenapa dekat bahagian tak ada orang ni jugak dia muncul?
"Jomlah cari kayu api sama–sama." pelawa Remy.
Tia jadi tidak selesa. Baru tahu nama dah mula rapat dengan Tia.
"No thanks." makin laju langkahnya. Remy juga melajukan langkah untuk berjalan di sisi Tia.
"Tia, be sporting okay. You single kan?" soal Remy.
"No. I AM TAKEN." Balas Tia tegas.
"Yeah lepas tu single balik." ujar Remy.
Eh apa masalah mamat ni?! jerit Tia dalam hati.
"Kalau you jadi milik I. I akan buat apa saja untuk you. You minta apa–apapun I akan bagi. Be mine please?"
Tia menghentikan langkahnya.
"Whats wrong with you?" soal Tia tak puas hati.
"Nothing wrong with me. I just want you." balas Remy.
Tangannya sudah naik dan hampir menyentuh kepala Tia namun ada yang menghalang.
"Kau nak apa?" soal lelaki itu.
Tia palingkan wajahnya. Zane? bagaimana dia boleh berada disini?
"I just want her." balas Remy lagi.
"Stay away from her. She's not a toy anak Tan Sri Datuk Hussein." Tegas Zane.
Wajah Remy dipandang dengan renungan tajam. Remy pula sudah tersenyum sinis.
"Jumpa I malam ni." hidung Tia dicuit sebelum dia beredar dari situ.
Tia juga ingin beredar, namun Zane menarik tangannya yang membuatkan dia berpatah balik.
"Kau tau kenapa Remy kacau kau?" soal Zane serius.
"Entah."
"Sebab baju kau, rupa kau. Thats why..." balas Zane.
"Sama ada I pakai purdah ke tudung ke, lelaki tak guna akan selalu kacau perempuan. Sama je Zane." balas Tia pula.
"Hati–hati dengan Remy, dia bahaya." pesan Zane.
"Bahaya macam mana? sampai tahap merogol ke?" Tia tersenyum sinis.
"Asal senyum?" soal Zane.
"Caring nampak. I pergi dulu."
Zane sudah tidak sedap hati. Diperhatikan Tia dari jauh, dia sangat kenal Remy itu bagaimana orangnya.
____________________
Pada malam itu, satu perempuan yang duduk satu khemah dengan Tia terpaksa dihantar ke hospital kerana migrain.
Kini, Tia hanya tinggal berseorangan di dalam khemah.
Tiba–tiba khemah itu diketuk seseorang.
Dari bayang–bayang, nampaknya seperti lelaki. Zane mungkin?
Tia membuka zip khemah. Terus lelaki itu menerkam Tia di dalam khemah.
"Re... Remy?! you nak buat apa ni?!" Tia berteriak.
Sungguh dia tidak sangka Remy akan menerjah masuk ke dalam khemahnya. Kini dia menindih badan Tia.
Tangan Remy sudah merayap di bahagian perut Tia. Tia cuba menjerit, tapi sempat saja Remy menekup mulutnya.
"Mmmmm!!!" Tia masih cuba menjerit. Baju Tia di bahagian bahu sudah dikoyak sedikit.
_________________
Zane sedang berjalan di kawasan dimana Tia berada. Tiba–tiba terdengar suara perempuan menjerit.
Zane cuba mengesan suara itu datang dari mana. Sebaik sahaja mengenal pasti, dia terus menuju ke arah khemah itu.
"Zane!"
Langkah Zane terhenti. Dia kenal suara itu, Tia.
Dia terus berlari untuk mendapatkan Tia. Sesudah sampai, dia mengetuk khemah itu.
Namun tiada siapa yang membukanya.
Kebetulan dia terjumpa pisau di atas jalan itu. Terus dia mengoyakkan khemah itu.
"Woi bodoh!" jerit Zane sebaik sahaja melihat Remy sedang menindih badan Tia.
"Kau nak apa? jangan kacau aku." Remy memberi amaran.
"Kau fikir aku bangang sangat? lepaskan bini aku!"
Kolar Remy terus ditarik dan akhirnya Remy berdiri menghadap Zane.
"Bini? heh, perasan betul kau Zane!" wajah Zane ditumbuk dan Zane tersandar di bahagian tepi khemah.
"Kau jantan tak guna!" Zane bangun lalu membalas penumbuk itu dua kali ganda kuatnya dari Remy.
Remy jatuh. Zane terus menumbuknya berkali–kali. Tia yang melihat situasi itu terus berlari ke arah mereka.
"Zane... dahlah!" Tia memeluk belakang lelaki itu.
"Kau dah salah orang Remy. Kalau kau kacau Tia, maksudnya kau kena berhadapan dengan aku." Zane memberi amaran.
Zane terus menendang Remy keluar dari khemah.
"Kau tak reti duduk diam–diam ke dalam khemah ni?" soal Zane dalam keadaan marah.
"Zane I..." air matanya menitis.
"I min..." Tia tidak dapat menyambung ayat itu. Dia terlalu sebak, akhirnya keluarlah tangisan perempuannya. Dia menangis tersedu–sedu.
Zane jadi kaku. Tidak sampai hati pula melihat Tia dengan keadaan yang begitu.
Baju sejuknya ditanggalkan dan dibalut pada badan Tia agar dapat menutup baju yang dikoyak oleh Remy tadi.
"I..." sekali lagi dia ingin bercakap. Namun dia tidak boleh berhenti menangis.
"Tia..." Zane bersuara lembut. Kasihan melihat gadis itu.
"Kenapa dia buat I macam ni..." suaranya meleret saja.
"Aku dah kata jauhkan diri dari Remy. Jantan tu bahaya." balas Zane dengan nada perlahan.
"Kenapa mesti I..." Tia terus menangis tanpa henti.
"I'm sorry Tia. Don't cry." dia memeluk gadis itu. Bertujuan untuk meredakan tangisan isterinya.
"I takut..."
"Shhh..." Dia menepuk belakang Tia selembut mungkin.
"I takut Zane, I takut, I takut..." ulang Tia.
"Shhh jangan takut, aku ada." pelukannya semakin erat. Hatinya rasa sakit melihat gadis itu menangis.
Lama kelamaan, Tia terlelap dalam pelukannya.
Zane menggulungkan sehelai baju dan membaringkan Tia.
Dia mengambil telefon dalam poketnya dan menghubungi seseorang.
"Hello, aku nak kau bawak lagi satu khemah kesini." arah Zane pada Dani.
"Okay Tuan." Balas Dani ringkas.
_______________________
Tia membuka mata, disebabkan peristiwa malam tadi, tidurnya jadi terganggu. Dia melihat pada jam, baru pukul 5:30 pagi. Sedang dia memerhati sekeliling, terlihat Zane yang sedang tidur duduk.
"Thanks..."
Dia mengeluarkan selimut yang dibawa, lalu diselimutkan lelaki itu.
Dia duduk menghadap Zane. Walaupun di dalam gelap, dia masih dapat melihat wajah Zane.
"He's different." ujarnya.
Pipi lelaki itu dielus lembut. Dia teringat kembali kejadian malam tadi. Zane seperti sangat mengambil berat tentangnya.
Adakah....
Share this novel