"Eeeee dahlah!" Tia tolak Zane kasar. Tapi tak adalah sampai jatuh gedebuk!
"You love me?" tanya Zane, aik lain macam aje ni.
"I hate you." balasku pendek.
"Say it again." Adam mula mendekat. Ya ampun, tolong aku! dah tak waras mamat ni!
"I... I hate!" pantas aje bibirnya menutup bibir Tia.
"I know that you love me. Ingat tau, kalau aku menang seminggu ni, kau kena kiss aku 55 kali. Arasseo?" hidung Tia dicuit sebelum dia kembali meniarap.
"Kenapa?" tanya Tia.
"Sambunglah urut tu. Sedap."
"Mengada." Tia menjeling Zane.
"Please sayang..." meleret suaranya memanggil sayang.
"Penat." balas Tia selamba.
"Isteri tak baik lawan cakap suami. Nak masuk syurga tak?" saja Zane mempertikaikan status mereka.
"You bukan sayang I pun." ajuk Tia. Dia berpeluk tubuh tanda protes.
"Siapa kata aku tak sayang kau? nak aku buktikan ke?" Zane mendekatkan badannya dengan Tia.
Tia pula mengundur sampai di kepala katil.
"Dahlah! pervert!" marah Tia.
Zane berhenti. Dia memandang Tia. Lalu dia tersenyum sinis.
"Habis cuti sem nanti, aku taknak kau borak dengan Azri." tegas Zane.
Tia pandang Zane tanpa riak. Lalu dia bangun dari katil dan mengambil bathrobe.
"Panas tahu tak layan you? Dahlah, I nak mandi."
Tia baru saja ingin masuk bilik air, Zane ikut sama.
"You kenapa?" tanya Tia pelik.
"Nak mandi dengan kau." pinta Zane tanpa rasa malu. Keningnya diangkat sebelah sambil tersenyum sinis.
"I rasa dah boleh kot I gelar diri you mister pervert. Nanti I tukar nama you dalam contact I eh? shuh shuh. I nak mandi."
Dia menolak Zane yang sudah menghampiri bilik air itu.
________________________
Tia yang sedang kusyuk mandi, terdengar telefonnya berbunyi.
"Zane! angkat fon tu kejap!" jerit Tia dari dalam.
"Taknak! bagi aku 55 kiss dulu!" Jerit Zane dari luar pula. Telefon berbunyi itu diabaikan.
Hish! ada jugak kena sekeh kepala ni karang! Orang tengah mandi ni oi!
"Zane angkatlah!" marah Tia.
"Taknak! jawab dulu, kau nak kiss aku ke tak?" Zane juga tidak mahu mengalah.
"You jangan melampau Zane, angkatlah! mana tahu ada emergency!"
Aduh tak aman dibuatnya! orang baru masuk bilik air 15 minit, takkanlah nak suruh keluar? sekurang–kurangnya kena ada dalam bilik air selama satu jam. Barulah suci dan bersih!
"Okay–okay, jangan lupa kiss aku nanti." akhirnya Zane mengalah.
Dia mengangkat panggilan tersebut.
"Hello Tia!" jerit satu suara.
Zane menjauhkan telefon itu, amboi! pecah gegendang telinga ni karang!
Dia melihat nama di skrin, lalu dia tersenyum kecil. Ibu mertua rupanya.
"Hello ma." sapa Zane.
"Eh Zane? Tia mana?" tanya Tengku Aida.
"Tia mandi." jawab Zane.
"Ni bagitahu Tia, Nia Ellysa nak balik esok. Mama minta diri dulu ya." panggilan ditamatkan.
Zane kaku. Nia Ellysa? siapakah itu? otaknya mula berfikir. Siapakah Nia Ellysa? penting sangat ke perempuan tu?
Setelah 1 jam mandi. Tia keluar bersama bathrobe dibadannya.
"Lain kali tak payah keluar. Duduk dalam tu terus. Sampai satu jam mandi, ada berjuta kutu ke dekat kepala kau?" selamba aja dia bercakap.
Tia sudah menjegil mata memandang Zane. Sakit aje telinganya mendengar!
"Siapa call tadi?" tanya Tia.
"Ouh, ex aku." balas Zane selamba.
Pantas aja kaki Tia menyepak kaki lelaki itu.
"Siapa yang call tadi? cuba jawab elok–elok?" ulang Tia, bengang pula mendengar jawapan Zane. Jealous tahu tak?
"Mama kau call." balas Zane.
"Mama nak apa?" tanya Tia.
"Dia kata Nia Ellysa nak balik. Siapa perempuan tu? artis ke? atau kakak ipar aku?" tanya Zane curiga. Nama boleh tahan.
"Tengku Nia Ellysa, adik ipar you." Balas Tia.
Lalu mukanya bertukah kepada raut wajah serius.
"Kau asal?"
"Nanti cakap dengan mama, I taknak balik."
Berkerut wajah Zane mendengar bicara Tia. Dah kenapa pulak ni?
"Kenapa pulak? kalau adik ipar aku, maksudnya dia masih sekolah lagi lah. Dia asrama eh? jomlah balik. Kau bukan selalu dapat jumpa dia." pujuk Zane.
Tia memberi jelingan maut pada Zane. Yang dia beria–ria ni kenapa?
"Kenapa? you nak menggatal dengan dia pulak? mentang–mentang dia lagi muda dari I." Tia cebir bibir.
Zane garu kepalanya yang tidak gatal. Apa pulak kaitan lagi muda ke tua? tak fahamlah perempuan ni. Complicated betul!
"Kau ni, tengku Nia Ellysa tu adik kau. Kau taknak jumpa dia ke?" tanya Zane.
"Taknak. I have nothing to do with her!"
Tia terus keluar dari bilik. Dia meninggalkan Zane berseorangan disitu. Merajuk nampak?
______________________
"Ma? kak Tia mana?" tanya Nia Ellysa yang baru saja balik tengah hari tadi.
"Dia dekat rumah dialah." balas tengku Aida.
"Aik, rumah mana pulak?" tanya Nia lagi. Pelik dia mendengarnya. Baru umur 18 dah ada rumah sendiri?
"Ouh, mama lupa nak bagitahu kamu. Kak Tia kamu tu dah kahwin. Dah duduk dengan suami dialah."
"What?!" Nia meninggikan suara.
Tengku Azrif yang kebetulan lalu situ terkejut mendengar suara adik bongsunya.
"Kau dah kenapa?" tanya Azrif tak puas hati. Kalau kena heart attack macam mana? eh budak ni!
"Abang tau ke? yang kak Tia dah kahwin?" tanya Nia bersungguh–sungguh.
"Tahulah! kau tu je yang ketinggalan zaman." balas Azrif acuh tak acuh.
"Kak Tia tua setahun je dari Nia. Takkan dah kahwin kot? kenapa awal sangat? Nia nak cari lelaki pun susah tau!"
Mula dah perangai gedik dia tu. Datin Aida mengeluh kecil, kepalanya digeleng beberapa kali. Sorang macam ni, sorang macam tu. Elok sangatlah.
"Dah jodoh, biarlah kak Tia tu."
"Kalau macam tu... Lepas habis SPM Nia nak kahwinlah! teringin nak duduk sebumbung dengan lelaki handsome..." Nia mula berangan.
Azrif yang tak tahan dengan perangai Nia, terus dahi adiknya ditunjal kuat.
"Kau ambil SPM pun belum, dah menggatal! ada jugak makan penumbuk ni karang!" Marah Azrif, Nia menjelir lidah. Dia masih tersenyum memikirkan lelaki idamannya.
"Hish kamu berdua ni! kamu Azrif, tak ada Tia. Nia pulak jadi musuh kamu ya? kamu tu dah besar. Tia dah kahwin, kamu bila lagi?" Tengku Aida bersuara. Dari tadi dia jadi tunggul aja kepada dua beradik ini.
"Haaa abang bila nak kahwin? nanti dah tua, tak ada siapa yang nak tau. Baik abang kahwin awal." Tegur Nia pula. Menyindirlah tu.
"Kau diamlah! sibuk kahwin–kahwin, fokus SPM dulu!" marah Azrif.
"Bisinglah! Ma, bila kak Tia nak balik? tak sabar nak tengok abang ipar Nia, mesti handsome kan?" tanya Nia lagi. Jelas raut wajahnya yang sedang excited tu.
"Kau ni, menggatal je tau!" sekali lagi kepala adiknya ditunjal.
Tengku Nia Ellysa memberi jelingan maut pada abangnya. Fikir tak sakit ke?!
Share this novel