BAB 17

Romance Completed 60718

"Tengku Nia Ellysa, bangun!" jerit Azrif dari luar.

Dah memang tugasnya sebagai abangkan? baik dia kejut dulu sebelum kena bebel.

"Kejaplah bang! 30 minit!" balas Nia di dalam. Eh, bukan tidurpun.

"Nanti mama bisinglah Nia!" marah tengku Azrif.

"Kejaplah."

Dia memandang kamera. Lalu dia menyambung lagi bicaranya.

"Hai korang! Ni Nia nak bagi tips sikit. Siapa rasa nak awet muda, muka tak kusam. Korang kena bangun awal pagi macam Nia? glowing kan muka Nia?" ujarnya ceria.

"Woi abang kata bangunkan?!" jerit Azrif dari luar.

Nia memberi jelingan maut pada bahagian pintu. Terpaksa dia batalkan semula video itu. Hish!

____________________

"Tia, mama suruh balik harini."

Tia yang sedang menikmati sandwich, hilang seleranya apabila mendengar bicara Zane.

"I. taknak. balik!" marah Tia.

Nek Mah yang berada disitu hampir terkena serangan jantung dek suara Tia yang kuat itu.

"Kau ni degil sangat dah kenapa?" soal Zane serius.

"You nak balik, pergilah balik sorang. Pergi pikat Nia tu. Lepas tu kahwin dengan dia." balas Tia dingin.

"Kau jealous?" tanya Zane lagi.

"Mestilah I jealous! you suami I kan? I tak berhak ke cemburu dekat suami sendiri?"

Zane tergelak kecil. Wajah Tia ditenung lama. Comelnya alahai!

"Hati aku milik kau je. Bukan milik perempuan lain. Tak payah risaulah, sekarang ni kita kena balik. Sekurang–kurangnya tunjuk respect dekat parents kita." nasihat Zane pada Tia.

"Nia gediklah. Selagi you tak jumpa dia, you takkan tahu perangai sebenar dia macam mana. She's the worst!" balas Tia bengang. Entah kenapalah dia benci sangat dengan Nia tu.

"Still, she's your little sister."

Tia memandang suaminya, lalu dia mengeluh berat.

"Okay fine! janji you tak curang dengan I?"

"Janji sayang..." Zane menahan tawa. Jealous naw!

_____________________

"Tengku Nia Ellysa!" Panggil Tengku Aida dengan nada suara yang tinggi.

Nia yang berada didepannya agak terkejut. Dia memandang serius pada mamanya.

"Ma, Nia dekat depan mata mama jelah!" marah Nia.

"Siapa suruh pakai macam ni? bukan ke mama dah bagitahu, yang abang ipar kamu akan datang petang ni?" tegur Tengku Aida.

Nia tersenyum sinis. Dia menggintil rambutnya yang halus lalu dipusing–pusingkan serupa perempuan gedik!

"Nia cantikkan?" tanya Nia sambil mengukir senyuman lebar.

"Tak cantik, tak sopan. Tak ada adab! pergi tukar!" marah tengku Aida.

Nia buat rolling eyes. Orang nak melawa pun tak boleh!

"Mama..."Nia mula merengek. Meminta simpatilah tu!

"Nia, takkanlah suami kakak kamu pun nak pikat jugak? respect him as your sisters husband."

Nia pusingkan badan. Lalu dia berjalan dengan gaya malas. Semasa naik ke tingkat atas, dia berselisih dengan tengku Azrif.

"Wo! bintang porno mana datang ni?!" Dia buat–buat terkejut, menyindirlah tu.

"Abang ni kan!" dia tengking abangnya. Ada pula digelar bintang porno?

Apabila Azrif turun ke bawah, tengku Aida sudah berpeluk tubuh sambil memandangs serius pada Azrif.

"Ma? bukan mama dah bagi kad kredit unlimited ke dekat dia? macam orang miskin je pemakaian Nia. Tak cukup kain." ujar Azrif sambil diselangkan gelak tawa.

"Kamu sebagai abang..."

"Okay faham. Azrif faham sangat." Azrif mengangkat kedua belah tangannya tanda surrender.

Tiba–tiba bunyi loceng bergema di rumah banglo itu. Cepat–cepat tengku berlari ke arah pintu utama.

Dia melihat wajah di skrin, lalu dia tersenyum lebar. Mana taknya, Tia dan bakal menantunya sudah berada di hadapan pagar!

Semasa menunggu tengku Aida membuka pintu. Tia sempat lagi berpesan.

"Ingat, jangan pandang pun Nia tu."

Zane mengeluh berat. Apa kenalah isteri dia ni dari tadi berpesan? sakit otak melayannya.

Pintu dibuka, Zane dan Tia menukar raut wajah kepada senyuman. Kenalah tunjuk macam pasangan bahagia kan?

Tiba–tiba Nia berlari ke arah tengku Aida. Lalu dia menyelak rambutnya ke belakang telinga dan menghadiahkan senyuman pada pasangan bahagia tu. Ke dekat Zane sorang je?

"Tia! mama rindu Tia..." tengku Aida memegang kedua belah tangan anaknya.

"Zane apa khabar? kenalkan, ni anak bongsu keluarga kami, tengku Nia Ellysa."

Zane terpaku sebentar. Wajah Nia seakan bercahaya pula dilihatnya, cantik wo! Lalu dia menggeleng laju. Dia terus memegang tangan isterinya.

"Jemputlah masuk."

Tia tersenyum paksa. Dia perhati je suaminya dari tadi. Dah pesan jangan tengok Nia tu!

"Dah, korang pergi rehat dulu, salin baju dulu ke? mama nak siapkan makan petang." arah tengku Aida.

Semasa di dalam bilik. Zane duduk manakala Tia masih berdiri sambil berpeluk tubuh.

"Asal?" tanya Zane pelik.

"Asal KL." Balas Tia serius.

"Kau dah kenapa? dahlah aku nak tidur kejap. penat."

Baru saja Zane hendak baring, Tia menghalang.

"Hobi you memang suka tidur eh?"

Zane meraup kasar wajahnya. Dia pandang Tia, Tia pula balas pandangan itu dengan renungan tajam.

"Asal dengan kau ni. Penat aku nak teka, nak tidur tak boleh. Nak berdiri tak boleh, nak duduk tak boleh. Kau nak aku buat apa?" tanya Zane tak puas hati.

"Jawab soalan I!"

Zane tayangkan muka blurr. Mana soalannya? Aduhai Tia ni!

"Tadi you pandang Nia kenapa?" tanya Tia.

"Terpandanglah!"

"Ooooo terpandang sampai tak berkelip tengok Nia tu, inilah lelaki. Bila tengok perempuan cantik, cair."

"Inilah perempuan. Suka tuduh bukan–bukan!" marah Zane.

"Inilah lelaki, nampak perempuan cantik, mula tengking orang!"

Zane meramas kasar rambutnya. Apa masalah kau ni?!

"Tia, jangan jadi budak–budak boleh tak?" pinta Zane. Dia berharap sangat masalah ini dapat diselesaikan.

"Habis tu, you nak I tutup mata jelah bila you pandang perempuan lain?"

"Bukan macam tu lah, dah memang perempuan dekat dunia ni memang ramai dari lelaki."

"Oooooo, so you nak kahwin lainlah ni?"

"Ya Allah Tia, stop it!" Zane meninggikan suara. Dah kenapalah perempuan ni?

"Ceraikan I kalau you nak kahwin lain!" Tia berpeluk tubuh tanda protes.

Ayat yang tidak dijangka akan keluar dari mulut Tia. Zane menggenggam penumbuk. Apa ni sampai melibatkan cerai?

"Sampai hati kau kan? kau tahukan cinta aku untuk siapa? macam mana kau boleh cakap benda tu dengan mudahnya. Kau tak cintakan aku ke Tia? aku ni sebahagian dari lelaki–lelaki yang kau pernah mainkan ke?" ujar Zane serius.

Jujur, hatinya terasa dengan kata–kata Tia. Mudahnya minta cerai? habis tu perasaan dia nak campak mana?

"Bu... bukan macam tu, Zane I..." tergagap–gagap dia hendak membalas. Dia baru saja kembali waras setelah mengamuk bagai nak gila tadi.

"Kau langsung tak bagi peluang untuk aku jelaskan hal tadi. Aku tak bolehlah Tia, bila kau minta cerai, seolah–olah kau permainkan hati aku." luah Zane.

Tia pula diselubungi rasa bersalah. Cemburu tu boleh, tapi jangan sampai buta.

"I minta maaf." ujar Tia. Dia tak mampu nak kata apa lagi.

"Itu je? kau dah tuduh aku bukan–bukan, lepas tu macam tu je kau minta maaf?"

Tia gigit bawah bibir. Apa yang dia boleh buat? untuk jernihkan keadaan sekarang ni?

"Habis tu you nak I buat apa?"

"Dahlah, aku nak tidur."

Zane baring semula. Dia mengiring menghadap tingkap. Dia tidak mahu memandang wajah isterinya, hatinya masih sakit.

"I minta maaf. Maafkanlah I..." Tia merayu.

Sunyi. Zane tidak membalas bicara Tia.

"Zane..." dia menggoyangkan lengan Zane. Meleret suaranya memanggil lelaki itu.

"Maaf boleh paksa ke?" tanya Zane serius.

"Maafkanlah I, macam you tak pernah buat salah dengan I?" Tia menduga.

"Zane..." sekali lagi dia memanggil lelaki itu. Zane pula yang terasa rimas.

Dia menarik Tia yang membuatkan Tia terjatuh atas badannya.

Zane menjatuhkan Tia disebelahnya. Dia tenung mata Tia.

"Ap... apa?" tanya Tia gagap. Pipinya berona merah.

"Kau nak aku maafkan kau?" tanya Zane.

Tia mengangguk laju.

"Okay boleh, dengan syarat. Kau kena tunaikan permintaan aku, dekat katil ni." Zane tersenyum sinis.

Jeda. Tia tidak faham. Permintaan? Katil? Ting! baru dia faham.

"You melam..."

Zane memeluk erat isterinya. Tia tidak mampu berbuat apa–apa. Badannya yang kurus dibanding dengan badan Zane yang Tough! memang tak boleh lawan!

Tiba–tiba bunyi pintu dikuak. Tia terus mengalih kepalanya menghadap pintu. Terkejut dia melihat seorang perempuan yang tercegat di depan pintu. Nia?!

"Opsss, sorry kacau. Sambunglah."

Nia menutup semula pintu itu.

Tia sudah pandang tak puas hati pada Zane, haih Nia ni pun satu! mak tak ajar ke hormat privacy orang? Eh dia mak aku jugakkan? Aduh!

________________________

Tengku Nia Ellysa memandang sekeliling. Mencari kelibat seseorang.

Apabila tengku Zane berada di sekitar, dia tersenyum.

"Abang! sini kejap!" panggil Nia Ellysa.

Zane terus pergi ke arahnya. Dah kenapa pulak budak ni tiba–tiba panggil?

Apabila Zane duduk disebelahnya. Nia merapatkan jarak mereka.

Dia perhatikan wajah Zane lalu dia tersenyum.

"Abang ni handsome lah. Tak jemu pandang."

Zane membulatkan mata. Asal mesra sangat ni?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience