BAB 11

Romance Completed 60718

Hana : Hello beb, jom ah lepak. Lama tak jumpa.

Tia : Dekat kolej tak jumpa ke?

Tia menjeling sekilas. Menyampah pula mendengar ayat yang dikatakan oleh Hana.

Hana : Itu lainlah. Kita dah lama tak lepak sama–sama. Shopping sama–sama. Outlet sama–sama.

Tia : Haih. Bila nak jumpa?

Hana : Cuti sem nanti. Jangan lupa tau!

Hana terus meletakkan panggilan.

Tia berjalan ke ruang tamu. Lalu mengambil tempat duduk di sofa.

Dia mula berfikir, cuti sem lagi 3 hari. Lalu dia mengeluh berat, entah apa lagi yang difikirkan.

"Haih, tengok wrestling ke?" soal satu suara.

Tia menoleh ke belakang, terlihat Zane dengan secawan kopi sedang berjalan ke arahnya.

"Hmm." hanya itu yang dibalasnya.

"Dahlah. Tak baik tengok wrestling ni, tengok dia pakai spender je. Lucah." ujar Zane serius.

Tia memandang pelik ke arahnya. Lah, wrestling yang bertumbuk–tumbuk dikatanya lucah? pelik bin ajaib!

"Suka hati I lah." balas Tia.

"Tukar." arah Zane.

Tia hanya akur, dia mengambil remote dan tukar siaran lain. Kini siaran kartun pula yang dimainkan.

Tia mula membelek telefon.

Zane melihat siaran di tv, didi and friends? Ya Allah! siaran yang paling dibenci oleh orang dewasa!

"Tukarlah! kau ingat aku budak lagi ke?" arah Zane, bengang pula bila mendengarkan didi and friends dengan lagunya 'mengantuk menganguk'.

"Tukarlah sendiri!" tengking Tia.

'Hoo, nak tidur mana?'

Lirik itu membingitkan lagi telinganya. Lagu paling merapu dia pernah dengar! Nak tidur, tidur ajelah!

"Baklah sini!" tengking Zane pula.

Tia menyerahkan remote pada Zane. Selepas itu dia kembali termenung.

Kali ini siaran bertukar pada TVN. Iaitu siaran yang penuh dengan drama korea.

"Asal drama korea pulak?" Zane mengeluh.

Baru sahaja dia hendak menukar, drama itu menunjukkan adegan 'french kiss'.

Zane menelan liur. Sudahlah ruang tamu itu gelap. Tia lah ni, tak reti nak buka lampu!

Tia yang sedang termenung teralih pandangannya pada kaca TV.

Tia membulatkan mata, tak ada siaran lain ke nak bukak?!

"Tukarlah!" marah Tia.

"Ya.. ya, nak tukarlah ni!" menggigil–gigil dia memegang remote itu.

Selepas itu remote itu terjatuh. Tia menepuk dahinya. Itulah, elok–elok buka wrestling dikatanya lucah! ni pulak macam mana? hampir pergi katil dah tu!

Zane mencari remote tapi tidak jumpa. Nak pergi buka suis lampu, jauh sangat. Nasib baik nek Mah dah balik kerumahnya. Eh nasib baik ke?

"Zane! tukarlah!" arah Tia lagi.

"Tak reti sabar ke?" marah Zane pula.

Tia juga mengambil keputusan untuk mencari remote yang hilang itu. Sedang sibuk mereka mencari, akhirnya kepala mereka terhantuk.

Tia mengusap kepalanya yang sakit.

"Hish! you..." kali ini mata mereka mula bertembung. Kedua–dua mata mereka tidak berkelip.

Dalam masa yang sama, adegan yang bermain di drama tadi masih segar dalam ingatan Zane.

Secara spontan, Zane mendekatkan dirinya pada Tia. Ada satu perasaan yang meronta–ronta ingin keluar.

"You... you dah kenap..." pantas saja bibirnya disambar oleh Zane.

Fuh, inilah penangan drama korea kalau tengok berpasangan. Nasib dah kahwin!

Tia cuba menolak badan sasa Zane, tapi dia tidak mampu. Berat sangat!

Tia sudah berada di hujung Sofa. Badannya terbaring dek kerana tiada keseimbangan.

Zane masih meneruskan french kissnya.

Tangannya perlahan–lahan menggenggam tangan Tia. Tangan mereka berdua sudah bercantum.

Sedang dia cuba melepaskan diri. Akhirnya dia kalah. Matanya juga terpejam.

Secara spontan tangan Tia melingkar pada leher Zane.

Mereka kini berada di dalam kolam nafsu. Atau kolam cinta?

Tia seakan tersedar, lalu dia menolak perlahan badan Zane.

Zane tersentak. Terus dia mengeluh berat. Dia hilang kawalan lagi.

"Sorry." ucap Zane.

"Nothing is forbidden in the marriege. But we're not a lovers. Sebab tu I tolak you. I takut you buat semua ni sebab nafsu." ujar Tia.

"Tia..." panggilnya perlahan.

Zane bangun dari Sofa. Dia menuju ke arah suis lampu dan membukanya.

Suis TV pula ditutup. Susah sangat nak cari remote kan?

"Kalau aku cintakan kau, tak ada gunanya jugakkan?" soal Zane.

"Maksud you?"

"Tak ada guna, one side love. Never find a happiness." balas Zane. Raut wajahnya nampak seperti kecewa.

"Zane. I akan benarkan you jalankan tanggungjawab you sebagai suami lepas kita habis kolej nanti. Hmm, parents kita mesti nak dapat cucu kan?" ujar Tia pula.

Zane hanya diam. Dia tidak membalas bicara Tia.

"Ke... you nak buat... sekarang?"

Zane beralih pandangannya pada Tia. Mata itu ditenung. Pantas Tia melarikan anak matanya.

"Kau fikir aku ni hidup dengan nafsu je ke? Tak ada nya lah. Ikut kau lah. Sampai 100 tahun pun kalau kau tak izinkan, aku tak buat."

Walaupun hubungan mereka bertambah baik. Namun cara percakapan Zane masih tidak berubah. Masih keras seperti awal perkahwinan mereka.

"Kau... tak cintakan aku ke?" soal Zane perlahan.

"Haa?" soal Tia pula. Dia hanya mendengar samar–samar saja.

"Tak adalah. Dahlah, jom dinner." Zane bangun dari sofa.

Tapi Tia masih tidak bangun.

"Asal?"

"Nek Mah kan balik awal harini?" balas Tia.

"Dah tu, kau lah masak." arah Zane pula.

"Hei. Sepanjang I hidup dekat dunia ni, I mana pernah masak. Itu semua kerja orang gaji." balas Tia dengan lagaknya.

"Dah tu kau nak kita kebulur la?" soal Zane tak puas hati.

Bangga betul ya tak pandai masak?

"Order pizza 5 untuk I. Mini pizza." arah Tia.

Panas pula telinga Zane mendengarnya. Sesuka hati je arah orang ya?

"Asal lima? kata diet?"

"Suka hati lah. I laparkan? kenapa? perempuan tak boleh makan banyak ke?"

"Masalahnya. Yang kau guna nanti duit aku, faham tak? order 2 je dah." bidas Zane.

"Taknak. I nak lima." tegas Tia.

"Dua." Zane masih tidak mengalah.

"Lima!" Tia meninggikan suara.

"Aku kata dua. Dua lah!" ujar Zane pula.

"Eh I nak lima lah, you tak faham ke?!" marah Tia.

"Dua aku kata kan?!" Lagi tinggi suaranya membalas bicara Tia.

"I nak lima lah! kalau tak, ceraikan I!" itu dia, ayat keramat sudah datang!

Panas telinga Zane saat Tia meminta cerai. Tia sudah berpeluk tubuh tanda protes.

"Kau jangan melampau eh Tia?"

"Kalau you tak order lima pizza, I packing barang I malam ni jugak!" ugut Tia.

Zane menepuk dahinya. Ya ampun, rumitnya dapat isteri sebegini rupa! korang boleh hidup ke kalau beristerikan seperti Tengku Tia?

"Okay fine!" Zane mengalah. Walhal dalam hatinya sudah membara kerana terpaksa ikut cakap Tia.

________________

Tia mengambil sepotong demi sepotong pizza di hadapannya. Dia makan dengan penuh nikmat, dia tersenyum ketika pizza sudah penuh di dalam mulutnya. Kembung saja pipinya.

"Gelojohnya makan." tegur Zane.

Sedangkan dia sendiri belum habis sekotak pizza, tapi Tia sudah habis 2 kotak pizza. Kini kotak yang ketiga pula dibukanya.

"Sedaplah!" balas Tia lalu terus menyambung makannya yang terhenti.

"Makanlah elok–elok." Tangan Zane terus pergi ke mulut Tia yang terkena cili sos itu. Lalu dia mengelapnya lembut.

Tia terus berhenti makan. Hampir hilang seleranya apabila Zane berkelakuan begitu.

"You tak layaklah jadi pelakon!" tengking Tia.

Zane membulatkan matanya. Dah kenapa pulak tiba–tiba buka topik pasal pelakon ni?

"Eh kira okay tau aku yang jadi suami kau. Sebab aku masih ambil berat tentang kau. Patutlah kau kena kahwin, takut tak laku pulak dah tua nanti. Dengan perangai macam ni." sindir Zane habis habisan.

"You jaga sikit eh mulut you. You ingat you tu handsome sangat ke?!" Tia meninggikan suara.

"Memang handsome pun." balas Zane sambil menyelak rambut pendeknya ke belakang.

"Eh, kalau you dekat sebelah Aeron Aziz, you dah tak ada nilailah. Orang akan pergi dekat Aeron Aziz tu, biar you sorang jadi tunggul dekat sebelah dia. Aeron Aziz jauh lagi handsome dari you!"

Eh eh, dia kaitkan Aeron Aziz pulak dah?

"Tapi Aeron Aziz dah tua, aku muda lagi." Zane mengangkat kening kirinya.

"Hish!" bentak Tia. Asal gaduh je, mesti Zane yang menang. Penatlah macam ni!

"You diamlah! I benci dengar suara you!" Tengking Tia.

Entah kenapa, malam tu dia emo sangat. Zane pun pening kepala melayannya. Tapi yang pasti, Zane tetap juara kalau bab–bab gaduh ni.

Wajah Tia sudah masam mencuka. Aduhai, bilalah rumah tangga ni nak aman ya?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience