"Pengantin, boleh kita buat sesi bergambar sekarang?" soal jurukamera.
Zane dan Tia memandang ke arah juru kamera itu.
"Perlu ke bergambar? kita dah nak cerai pun." ujar Tia.
"Perlu. Kau nak malukan semua orang ke?"
Tia tayangkan muka menyampahnya. Dia berpeluk tubuh, memang dia tidak mahu buat sesi bergambar.
"Isteriku yang dikasihi, jom?" Zane menghulurkan tangan.
Tia pandang Zane, lalu dia memberi jelingan maut.
"Kau jangan mengada, aku menjerit karang." ugut Zane.
Dengan rasa malas, tangannya menyambut huluran Zane.
"Ma? dekat mana nak bergambarnya?" soal Zane. Seperti sudah biasa pula dengan Tengku Aida.
"Ehem... Kita bergambar dekat rumah dulu. Lepastu dekat studio pulak ya?" balas Tengku Aida.
Kedua–dua mereka memandang ke arah Tengku Aida. Studio?
"Eh kejap, studio dah siap ke?"
Jurukamera itu tersenyum lalu mengangguk.
________________________
"Tia, cuba buat possing yang lebih baik, barulah nampak macam pasangan serasi." arah Fakhir. Jurukamera yang berada semasa akad nikah tadi.
Tia menjeling lelaki itu. Suka hati je main arah-arah ya?
"Zane, cuba peluk pinggang Tia pulak. We need a perfect post." arah Fakhir lagi.
Kini Tia mengeluh berat. Banyak betul karenah cameraman ni lah!
"Tia, give him a kiss on his cheek."
Kali ini Tia memberi jelingan maut pada Fakhir. Ini dah lebih!
"Taknak." ujar Tia tegas.
"Tengku, boleh ke kalau kami skip possing yang ni?" soal Fakhir pada tengku Aida.
Tengku Aida tersenyum. Pasangan secocok itu dipandang sekilas lalu menggeleng.
"No no, kita kena buat semua possing, barulah sempurna." bidas Tengku Aida.
Membulat mata Tia apabila mendengar jawapan tengku Aida. Ibu jenis apa ni tak support anak?!
___________________
Zane dan Tia masuk ke rumah baru mereka. Pandangan Tia kepada Zane langsung tidak beralih dari tadi.
Apabila masuk ke ruang tamu. Zane mengambil tempat di sofa itu. Dia duduk sambil menggeliat. Penat sangat tu.
"Bila you nak ceraikan I?"
Zane mengeluh. Kalau ye pun, bagilah dia rehat dulu.
"I need to rest." balas Zane.
"Bukan susah pun nak ceraikan I. Sebut Tengku Tia Hanari, aku ceraikan kau dengan talak 3! senang kan?"
Terbeliak Zane mendengar lafaz itu. Biarpun dia sahaja yang layak melafazkan cerai, dia sendiri terkejut. Gila talak betul!
"Lepas tu kau nak explain macam mana dekat family kita? terlafaz cerai? gaduh-gaduh lepas tu cerai? ter... sebut lafaz cerai dalam mimpi? think la Tia." Zane mula bebel.
Tak puas hati pula dengan Tia yang ambil mudah saja terhadap perkara ini.
"You dah janji!" Tia meninggikan suara.
"Aku tak janji pun." balas Zane dengan raut wajah menyampah.
Tia mencebik. Tak janji? cuba flashback sikit.
"Aku akan ceraikan kau lepas nikah."
Setelah teringat kata–kata itu. Dia menepuk kuat dahinya. Tak cukup dengan itu, kepalanya dihantuk ke dinding berkali–kali.
Zane yang melihat situasi itu terus mendapatkan Tia. Boleh pengsan tu karang!
"Woi woi woi!" Zane cuba menghalang Tia.
"You... you sajakan buat I macam ni?"
Zane mengeluh berat. Wajah direnung sebelum beralih pandangan.
"Aku takkan ceraikan kau dengan apa–apa talak sekalipun Tengku Tia Hanari." ujar Zane tegas.
"Asal pulak? you cintakan I? takkan?"
Soalan itu dibiar tergantung. Zane hanya berdiam. Tak lama itu Zane membalas juga.
"Kenapa pulak aku perlu cintakan kau sedangkan kau takkan pernah cintakan aku? and you are the player, kenapa pulak aku kena bagi hati aku dekat kau?"
"Its been almost a day. But you still didn't divorce me. For what purpose? did you fell for me?" soal Tia.
"Because i have no intention about getting divorce." balasnya dingin.
"So what? you akan menyesal tak ceraikan I harini sebab one day, you akan jatuh hati dengan I but I takkan pernah buka hati untuk you." ugut Tia pula. Kononnya Zane termakanlah.
"Kau akan jatuh pada aku suatu hari nanti. Ingat Tia, kalau soal hati, akulah pemenangnya. Aku takkan tewas pada kau, tapi kau yang akan tewas pada aku." bidas Tengku Zane Harraz pula.
"Ceraikanlah I!" jerit Tia.
Zane memegang bahagian gegendang telinganya yang hampir pecah. Tanpa membuang masa, dia mencempung isterinya dan dibawa ke tingkat atas.
Tia sudah menjerit–jerit minta dilepaskan. Zane tidak peduli, gadis itu telah mengacau ketenangannya.
Dia bawa masuk gadis itu ke sebuah bilik. Lalu dicampak ke atas katil dengan kasar.
"You... you nak buat apa?!" jerit Tia lagi.
Sekali lagi telinganya menjadi mangsa. Ei bingit tahu tak?!
"Diamlah. Aku nak kau diam. Faham tak aku penat?" ujar Zane kasar.
"Ceraikan orang pun penat ke? ceraikan I!" Tia tidak berhenti memberontak.
"Aku dah katakan aku takkan ceraikan kau!" Zane juga meninggikan suara.
"Ouh you nak jadikan I sebagai perempuan simpanan? macam tu?" balas Tia tidak mahu mengalah.
"Ya Allah Tia! aku nak kau rehat. Aku pun nak rehat, takkan tu pun susah?"
"Not until you divorce me!" bentak Tia.
Sudah bermacam cara Zane buat supaya gadis itu diam. Tapi semua tidak berhasil.
Lalu Zane juga naik ke atas katil. Gadis itu sudah gerun, dah kenapa pulak dia naik atas katil?
Zane baring lalu menarik Tia ke dalam pelukannya.
"Tidur." arah Zane.
"Lepaslah!"
Semakin erat Tia dipeluknya. Kali ini mulut Tia sudah mencium dada bidang milik Zane yang berbalut baju. Dia tidak mampu untuk bercakap lagi.
"Kau tidur baru aku lepaskan." dingin saja dia berbicara.
Tidak lama kemudian, Zane dapat rasakan Tia tidak lagi memberontak. Dia melonggarkan pelukan.
Gadis itu mula ditelitinya. Dari lengkuk mata, hidung dan seterusnya mulut. Apabila mengesan satu fikiran yang tidak sepatutnya masuk, dia terus menggeleng.
"Girls are troublesome." ujarnya sebelum dia bangun.
Baru sahaja ingin melangkah keluar. Dia masuk kembali. Dia menghampiri Tia dan menyelimutkan gadis itu.
Eh, kata hati keras? macam dah lembut je?
Share this novel