Adira pandang wajah Zane. Dia tersenyum sinis.
"I tahu you takkan jatuh hati pada I. Dan I okay dengan perasaan you. Tapi tak bermakna you akan terlepas, kalau I tak boleh dapat you, maksudnya, she can't have you too."
Tangannya yang membuka butang baju Zane tadi terhenti.
"If kill you will make her cried, okay. I will kill you." Ujarnya sinis.
"Try to make her cry, you will cry first Adira."
"Why?"
"Because I love her."
"Stop saying that you love her. Only me! The one that you love is me!" Bentak Adira.
"I never once love you. I just pity on you Dira."
"Pity? Guess what, i never pity anybody, I can kill the one that I love too!"
Pisau di ambil dari meja, disasarkan pada badan Zane.
"You're too much."
"Because I love you!"
Zane mengeluh berat. Sampai begitu sekali pengaruhnya kepada Adira. Tidak sesekalipun dia menganggap Adira sebagai musuh. Namun tidak lebih hubungannya dari seorang kawan.
"Orang yang faham erti cinta. Takkan buat macam apa yang you buat sekarang. You sanggup bunuh orang yang you sayang? Thats not love Dira." Jelas Zane.
"I cakap diam!"
Pisau itu terus mendarat pada lengan Zane. Terus keluar cecair merah dari baju itu.
"Ini baru sikit. Nak bunuh rasa tak syok pulak. Kita tunggu orang tu datang dulu." Ujar Adira seperti orang gila.
Zane pegang lengannya yang luka. Dia hanya mampu meraung dalam hati. Takkan sesekali dia tunjuk kelemahan depan orang.
_______________
"What? Zane tak ada dengan you?"
"Tak ada Tengku, bukan Tengku Hadi hire orang lain ke untuk ambil korang balik dari kolej harini?" Ujar Dani bingung.
"What? Hire orang lain? My dad bukan orang yang sentiasa ubah fikiran. Pendirian dia tetap, kalau you yang jadi pemandu kami, jadi tak ada orang lain. Hanya you!" Marah Tia. Risau pula bila tengok Zane tiada bersama Dani.
"Sa... Saya..."
"Dah, cuba locate Zane dekat mana sekarang." Arah Tia.
Dani mengangguk laju. Tak pernah lagi dia dimarah oleh Tengku Tia. Gerun pula yang dirasakan sekarang.
___________________
"Tia, kenapa tiba–tiba datang sini ni?" Tanya tengku Hadi. Terkejut bila nampak anaknya yang tiba–tiba ada di depan mata.
"Zane hilang pa!"
"Haih, korang gaduh lagi ke?" Sampuk tengku Aida.
"Memanglah gaduh. Masalahnya Dani tak ambil Zane pun harini!"
Dia bagi jelingan maut pada Dani, dani hanya mampu memandang lantai.
"Kenapa pulak?" Tanya tengku Hadi pelik.
"Sebab Dani kata, papa dah hire orang lain untuk ambil kitorang harini!"
"Eh, bila masa pulak papa hire orang lain?"
"Pa, Tia risaulah. Dani cuba locate Zane, tapi tak dapat. Papa cubalah..." Rayu Tia.
Tengku Hadi mengeluh berat. Lalu dia menghubungi seseorang untuk menolong Tia cari Zane.
_________________
"Auragold hotel? Dia buat apa dekat sini?" Tanya Tia pelik.
Mulalah fikiran negatif muncul di benak fikiran. Sabar Tia, jangan bertindak melulu.
Dia terus masuk ke dalam dengan hati yang berat. Apabila menuju ke kaunter, dia terus bertanya.
"I nak cari Tengku Zane Harraz."
Penjaga kaunter saling berpandangan, Zane Harraz? Tak pernah wujud pun dalam rekod buku itu.
"Tak ada pun cik." Balas Tania perlahan.
"Tak ada?! Tapi dia ada dekat hotel ni, my dad dah locate dia, dia ada dekat sini!" Marah Tia.
"Teng.. teng..."
"Apa?!"
Terkejut orang yang berada di sekelilingnya.
Lalu baru dia dapat akal. Dia pandang serius pada Dani.
"Kenapa tengku?" Tanya Dani takut.
"You tahu tak nama orang baru yang papa hire tu?" Tanya Tia.
"Errr, nama dia... Nama dia... Faiz!"
"Tolong cek nama Faiz dalam rekod tu." Arah Tia.
Dani pula yang pelik. Kenapa nak cek nama Faiz pula? Pecah otaknya berfikir.
"Ada cik, tapi, kami tak boleh beritahu hal peribadi orang yang tempah hotel dekat sini."
"Bagi je lah tahu! Berapa nombor bilik dia? Ayah I tengku Hadi, kawan baik owner hotel ni. You know what thats mean? You boleh kena pecat!" Ugut Tia.
Membulat mata Tania apabila dengar nama yang disebut. Tengku Hadi?!
"Sorry cik, ini nombornya, dia duduk satu bilik dengan perempuan nama Adira." Jelas Tania.
"What? Adira?? Dia buat apa dekat sini?!"
Belum sempat Tania menjawab. Tia sudah menapak ke depan dan mencari lif.
Sebaik sahaja sampai di bilik nombor 40, dia ambil nafas dalam–dalam. Hatinya tak keruan apabila nama Adira keluar dari mulut penjaga kaunter itu.
Dia ketuk pintu, memandangkan bilik itu masih terkunci.
Seseorang terus membuka pintu itu, dan tersenyum sinis.
"Akhirnya kau sampai? Dah nak mati suami kau ni, tak sayang laki eh?" Ujar Adira penuh sinis.
Pisau di tangan tak lepas–lepas dari tadi. Tia terkejut melihat situasi itu, dia pandang lelaki yang berada di kerusi, Zane? Lengan dia berdarah?!
"Kau buat apa dengan Zane?!" Tengking Tia.
Dia terus berlari ke arah Zane, dipandang sayu wajah itu.
Ikatan tali di badan Zane, dia cuba buka, belum sempat tali itu terlepas, dia dipukul menyebabkan dia terduduk sekali.
"Arghh!" Belakangnya di pukul dengan kayu hokey.
"Jangan risaulah, dah nak mati pun laki kau ni. Tak sabar nak tengok kau sengsara."
"Tia... Kenapa kau datang? Kau tahu tak bahaya?! Adira! Please stop it!" Tengking Zane.
"You are stupid Adira. You fikir you boleh bunuh dia?" Intonasi percakapan Tia kembali normal. Tenang semacam.
"You know what, if you kill him. I will you too. Jangan fikir, you akan selamat Adira."
"Wow, playgirl sekarang acah badgirl. How cool!" Sindir Adira.
"I'm serious." Balas Tia dingin.
"Kalau you lepaskan Zane, I takkan buat apa–apa dekat you. If you sentuh Zane, I tak teragak–agak nak sentuh jugak."
"Kau fikir kau boleh bunuh aku?" Tanya Adira, hatinya mula panas.
"Untuk orang yang I sayang, I sanggup buat apa saja, termasuk balas dendam." Balas Tia lagi.
"Sebenarnya kan, aku boleh bunuh kau, tanpa senjata."
Zane pandang Tia, isterinya nak bunuh orang? Serius?
"Tia, sudahlah! Kau keluar, biar aku settle dengan Adira." Zane cuba masuk campur.
"Kau di... !" Lagi sikit pisau itu hendak menikam perutnya, Tia sepak tangan Adira yang menyebabkan pisau itu terlepas.
"Aku dah kata! Jangan buat aku hilang sabar Adira! Cukup aku hilang kawan. Aku tak boleh nak hilang suami aku pulak!" Perut Adira ditendang berkali–kali.
"Tia! Stop it!" Jerit Zane.
Badannya masih terikat. Dia buntu, apa yang perlu dia buat sekarang?
"Aku tak suka orang sentuh orang yang aku sayang. Aku dah katakan? Aku boleh bunuh kau, tanpa guna senjata!"
Tia cangkung, leher Adira dicengkam kuat.
"Tia dahlah! Kau nak masuk penjara ke?!"
Hampir separuh mati Adira dikerjakan.
"Dia dah buat tangan you berdarah. Mana boleh lepaskan macam tu je!"
Dia masih tak berhenti mencekik.
"Lepaskan akulah bodoh!" Adira cuba bersuara.
"Kau dah kenapa Tia, siapa yang gila sekarang ni?!"
Jeritan Zane dibuatnya tak endah. Zane terpaksa membuka ikatan tanpa melihat. Susah! Kalau ikat dekat depan, sekejap aje dah buka!
Apabila Adira hampir pejamkan mata, ada tangan yang menghalang perbuatan Tia.
"Kau gila ke? Kalau dia mati macam mana?"
"You are stupid! You patut fikir, kalau you mati, I macam mana?!"
Air matanya terus mengalir. Tidak lama itu badannya terus rebah.
"Aku tak sangka kau akan jadi macam ni..." Bisik Zane dalam hati.
Adira sudah terkulai, nasib dia belum mati. Kalau tak, mahu Tia dihukum gantung!
Share this novel