"Abang, nak tanya something boleh?" tanya Nia sambil menyisipkan rambutnya ke belakang telinga.
"Tanyalah." balas Zane.
Dia menjauhkan sedikit jarak mereka. Kalau Tia nampak ni? Fuh!
"Kenapa korang kahwin?"
Zane terdiam. Kenapa mereka kahwin? takkan nak jawab sebab kena tangkap JAIS? Jangan cari pasal!
"Sebab kami saling mencintai?" balas Zane gagap.
Nia tergelak kecil. Saling mencintai ya?
"Yelah tu, akak Tia tu dia mana suka kahwin awal. Dia suka enjoy hidup bujang. Enjoy dia tu, sampai tahap mainkan hati lelaki. She's playgirl you know." terang Nia. Macam ada niat tak baik je?
"Memanglah dia playgirl. Tapi manusia boleh berubah." balas Zane serius.
"Takkanlah berubah secepat ni? abang, ex dia tu tak boleh nak kira. Malah lebih handsome dari abang pun ada tau?" Terang Nia lagi.
"Tapi dah hati dia terbuka untuk abang. Past is in the past la Nia. Jangan ungkit lagi, kami dah bahagia sekarang ni." tegas Zane.
Nia tergelak lagi. Lalu dia menyambung bicara.
"Abang yakin akak Tia dah tinggalkan hobi dia? be carefull abangku sayang. Manusia boleh berubah, tapi susah untuk berubah. Nia pergi dulu, ada date dengan kawan. Bye, muah!"
Dia tinggalkan Zane yang masih terdiam tanpa jawapan. Kata–kata Nia itu sedikit sebanyak mengusik hatinya. Betul ke Tia dah berubah? betul ke Tia dah tinggalkan hobi dia?
Nia sudah tersenyum lebar. Misinya untuk merampas Zane dari Tia sudah berjaya sedikit.
______________________
"Hello?"
Zane memandang Tia yang sedang menjawab panggilan. Dia pandang penuh curiga.
"Esok? tak sure lah." balas Tia.
Berkerut dahi Zane. Apa yang tak sure?
"Iyalah, busy ni. Bye." Tia meletakkan panggilan.
"Siapa tadi tu?" tanya Zane.
"Kawan." balas Tia sepatah.
"Lelaki ke perempuan?" tanya Zane lagi. Selagi tak dapat jawapan yang tepat, selagi itu dia curiga.
"Salah ke kalau I kawan dengan lelaki?" tanya Tia tak puas hati.
"Salah. Kau dah ada suamikan?"
"Ouh habis tu, I kena menghadap you sorang je lah? I langsung tak boleh bercakap dengan lelaki lain?" soal Tia dingin.
"Tak boleh. Kau boleh bercakap dengan aku je."
"Habis tu macam mana pulak you dengan Nia? Bukan main sopan lagi bila depan dia. I ni apa? patung?" Tia pandang mata Zane dalam–dalam.
"Dia tu adik ipar aku je. Yang kau nak jealous asal? dia adik kau kan?"
"Memanglah dia adik I. Tapi kemungkinan besar you akan jatuh hati dengan dia. Dahlah! I malas nak bertekak dengan you!" Bentak Tia.
Baru sahaja dia ingin keluar bilik. Zane menjerit memanggil namanya.
"Tia!"
Tia menoleh. Pantas bibir mulusnya dicium oleh Zane. Tia terkejut. Dia terus menolak badan lelaki itu.
"Apa you ni?!" marah Tia.
"Aku nak buktikan, tak ada perempuan lain yang boleh buat aku jatuh hati selain kau. Hanya kau je Tia! Aku cintakan kau sorang je! kenapa kau selalu tak yakin dengan aku?" soal Zane tak puas hati.
Bagaimana lagi dia hendak membuktikan cintanya kepada Tia?
"I tak percayalah Zane! kalau you boleh tenung Nia tu lama–lama. I dah mula tak yakin dengan you! I tak yakin dengan cinta you!"
Alahai, gaduh–gaduh, bila nak berdamai ni?
"Kau nak aku buktikan ke?"
"Apa? dengan cara apa lagi you nak buktikan?" tanya Tia.
Pantas saja tubuh Tia dipeluk, dalam sekelip mata. Bibirnya mula melekat pada bibir Tia.
Zane menutup mata, manakala Tia memberontak ingin dilepaskan. Lama kelamaan, dia turut pejamkan mata.
Zane membuka semula matanya.
"Dia cintakan aku." bisik hatinya.
Tubuh Tia dipeluk erat. Tangan Tia sudah melingkar pada leher Zane.
Selepas itu Zane mengakhiri ciuman itu. Tubuh Tia masih tidak dilepaskan.
"I love you sayang, only you. Biy tak pandang rupa dan pakaian perempuan tu. Biy pandang sifat dia. Cara dia melayan biy. Hanya sayang je yang mampu buat biy cair. I love you so much. Trust my love for you. Trust me, I will make you happy sayang." bisik Zane dengan suara menggoda.
Tia terdiam. Wajahnya berona merah. Panas? ya macam tengah demam panas sekarang ni! malunya woi!
Luahan dia ni, betul–betul mencairkan hati milik tengku Tia. Pelukan itu menambahkan lagi rasa cintanya pada Zane. Dia cintakan Zane, dan dia tidak mahu kehilangan Zane, atau Zane dirampas dalam hidupnya.
"Lepaslah... nak mati dah ni..." ujar Tia perlahan.
Zane tergelak kecil, seronok pula peluk isteri sendiri. Berat hatinya untuk melepaskan.
"Taknaklah. Biy nak peluk sayang sampai malam." bisik Zane lagi.
"I tak boleh bernafaslah... you ingat I bantal peluk ke?" ujar Tia tak puas hati. Memang tak cukup oksigen sekarang ni!
"Yep, sayang lagi empuk dari bantal peluk." balas Zane selamba.
"Lepaslah..."
"Kejaplah."
Rambut Tia dielus lembut. Entah kenapa, dia rasa makin sayang bila berpelukan sebegitu.
"Balas dulu." ujar Zane.
Tia buat muka blurr. Balas apa pulak ni? lalu dia terfikir sesuatu.
"I taknak cium you!" ujar Tia geram.
Zane sudah tergelak. Alahai perasannya!
"Aku nak kau balas cakap aku tadi. I love you, cepat balas." arah Zane.
"Taknak."
Zane mendiamkan diri. Pelukan masih belum dileraikan.
Lama kelamaan, Tia mendekat mulutnya pada telinga Zane.
"I love you too biy..." bisik Tia dengan suara manja.
Zane pula yang merah pipi. Romantik sangat ni!
"Susahlah nak lepaskan sayang. Sayangkan milik biy, bagilah biy peluk sampai malam." Zane tetap berdegil.
"Nanti you menyesal..." ugut Tia.
"Takkan menyesal. Sayang ni pakai minyak dagu ke apa? kenapa susah sangat biy nak lepaskan sayang ni?"
Tia mengeluh berat. Sampai bila nak peluk aku ni!
"I goda you nanti, baru you tau." ugut Tia lagi.
"Godalah. Halalkan?" Zane tersenyum sinis.
"Okay... you force me..."
Tangan Tia mula melingkar pada leher Zane.
Zane pula hanya menanti tindakan seterusnya.
Lalu Tia merapatkan wajahnya, dan akhirnya bibir mereka bersentuhan. Zane pejamkan mata. Pelukannya mula terlerai. Tia masih dengan adegan French Kiss.
Makin mereka mengundur, akhirnya Tia menolak Zane ke atas katil.
Terbuntang mata Zane dengan tindakan Tia. Betul ke perempuan ni?
Tia datang mendekat. Dekat dan dekat lagi, lalu dia merendahkan badannya.
"Fall for my trick again hubby?" Tia terus menjarakkan dirinya. Dan keluar dari bilik itu secepat mungkin.
Zane memandang kelibat Tia yang sudah hilang. Hish! melepas!
Share this novel