BAB 2

Romance Completed 60718

"Mama rasa tak sedap hatilah Az..." Tengku Aida mundar–mandir di ruang tamu.

"Kenapa? mama risau Tia buat hal ke?" soal Tengku Azrif.

"Ya... mama ingat nak ke kolej Tia lah, jom teman mama?" Pelawa tengku Aida pada anak lelaki bongsunya.

What? Tia tu dah besarlah ma. Janganlah asyik–asyik terlibat dengan akademik dia je. Aduh!

"Ma... Az bukan apa, karang Tia pulak yang merajuk macam mana?" Az cuba mengubah niat mamanya.

"Mama risaulah sayang... jom?" ajak Tengku Aida lagi.

Buntu Azrif dibuatnya. Kalau mamanya pergi dengan pemandu tak apa juga, ini dia pergi dengan Tengku Azrif! sudah tentulah Tia akan target dirinya.

Selepas lama mengelamun. Tengku Azrif terpaksa ringankan kaki untuk membawa mamanya ke kolej Tengku Tia.

___________________

"Shit!!" jerit Zane.

Mulutnya dikesat beberapa kali. Jijik! seumur hidupnya, tidak pernah lagi dia terkena sentuhan fizikal yang begitu!

Memikirkan apa yang Tia katakan tadi, buatkan hatinya makin panas. Sengaja Tia berbuat demikian supaya Zane tidak jejakkan kaki ke bilik itu lagi.

"Kau tunggu perempuan! aku akan buat kau terima balasan yang setimpal!" tangannya menggenggam penumbuk.

Sudahlah dia benci perempuan, bibir sucinya pula menjadi mangsa ciuman tengku Tia. Semua perempuan tak guna!

Semasa dia ingin melangkah, terlihat seorang wanita berumur bersama dengan lelaki berbadan sasa menuju ke arahnya.

"Hye, ni aunty nak tanya, bilik rakaman cctv dekat mana ya?" soal wanita berumur itu.

Tanpa membuang masa, Zane menunjuk bilik rakaman cctv yang betul–betul berada di belakangnya.

Wanita berumur itu kemudian berterima kasih lalu masuk ke dalam.

Sedang dia melayan perasaan, dia baru sedar, perbuatan tak senonoh tadi ada di rakaman cctv. Cepat saja dia melangkah masuk, terlihat wanita berumur itu sedang bertanyakan sesuatu pada penjaga itu.

"Kenal tak dia ni?" soal wanita berumur itu atau dikenali sebagai Tengku Aida.

"Ouh dia ni, kenapa dengan dia ya puan?" soal penjaga itu.

"Saya nak tengok semua rakaman dia untuk hari ini." arah Tengku Aida.

"Pe...pengawal! ada perompak!" jerit seseorang.

"Mana? mana?!" pengawal itu terus keluar dari bilik rakaman cctv.

Datin Aida kaku, baru sahaja dia mahu menyiasat anaknya.

"Young man, awak kenal tak dia ni?" soal Datin Aida pada Zane pula.

"Ouh... sa... saya kenal. Nak saya tunjuk dia dimana ke?" pelawa Zane. Dia tidak mahu tengku Aida melihat video tidak berpakej itu.

"Boleh jugak." Tengku Aida setuju.

Haa sudah! macamlah aku tahu kat mana perempuan tu sekarang!

Zane terpaksa menjadi penunjuk arah yang tidak tahu arah. Dia bawa tengku Aida ke kelasnya, dia berharap Tia sama kelas dengannya supaya dirinya tidak dimalukan.

Sampai sahaja di depan kelas, terpacul wajah Tia di hadapan pintu menghadap mereka.

"Eh, anak mama baru nak masuk ke?" soal tengku Aida.

Tia terdiam. Apa pulak mamanya buat disini? mahu menyiasat lagi? tiba–tiba dia menekup mulutnya serta menjerit kecil.

"Kenapa Tia? ada orang buat Tia ke?" soal Tengku Aida risau. Mulalah macam–macam perkara negatif berada di benak fikiran.

Tia pandang manusia di belakang, itulah lelaki tadi! lelaki yang baru sahaja hampir menghancurkan masa depannya.

"Dia dah bagitahu pasal hal tadi ke?" omel Tia dalam hati. Riak wajahnya tampak gusar.

Zane membalas pandangan itu dengan jelingan maut. Wow, meremang bulu roma dibuatnya!

"Tia? kenapa diam je? ada siapa–siapa buat Tia ke?" soal tengku Aida lagi. Risau pula melihat anaknya membisu dari tadi.

"Aunty, sebenarnya..." belum sempat Zane habiskan bicara, disampuk oleh Tia.

"Tak ada apa–apalah. Mama ni, berapa kali Tia cakap, Tia dah besar. Abang, tak bagitahu mama ke yang Tia ni dah boleh urus diri sendiri?" dia cuba sorokkan rasa gementar.

Tengku Azrif tayangkan muka kelat. Dah agak, mesti dia akan terlibat sekali.

__________________

"Woi! Tengku Tia Hanari!" jerit seseorang dari jauh.

"Ya saya, Tengku Zane Harraz?" balas Tia seraya tersenyum sinis.

"Hutang kau dekat aku, belum langsai lagi." sambung Zane lagi setelah mengambil tempat duduk di hadapan Tia.

"Eh, tadi I nak bayar, you marah–marah I. Now, you tanggunglah. Duit tak dapat, apa pun tak dapat." chicken chop yang terhidang dihidu aromanya, kemudian dia memotong secebis kecil daging ayam lalu masuk ke dalam mulutnya.

"Kau belum kenal aku lagi Tia..." ujar Zane.

"I dah kenal you lah. Tengku. Zane. Harraz." balas Tia selamba.

"Oh, ye ke dah kenal?" Tia angkat kepala memandang lelaki itu. Lain macam aje ayatnya.

Tiba–tiba Zane bangun lalu mendekati Tia. Serta–merta makannya terhenti.

Dengan selamba, kaki Tia dipanjangkan ke tepi membuatkan lelaki itu tersungkur, hampir saja jatuh, tapi selamat apabila terjatuh di dalam dakapan Tia.

"Shit!" jerit Tia.

"Lepas sekarang!" arah Tia. Zane menggenggam penumbuk. Sejujurnya dia malu, malu kerana dirinya menjadi perhatian ramai.

"Kau boleh duduk diam tak?" pinta Zane.

"Dah kenapa pulak? ei lepaslah!" terasa badannya sudah terkunci. Ei kau ni Zane, memang saja cari pasal!

"Kau tengku, aku pun tengku. Dalam berapa saat je, kes ni boleh jadi viral satu malaysia. Kau nak ke?" kata–kata itu menghubungkan semula sel–sel otak yang terputus tadi.

"Habis tu you nak I buat apa? peluk you sampai kiamat?!" balas Tia tak puas hati.

"Tak, aku nak kau tundukkan muka. Lepas tu kita berdua terus cabut dari sini." rancang Zane.

"Lagipun kau kena ingat Tia, semua kejadian hari ni berpunca dari kau. Ingat..." ugut Zane pula.

Tia mengeluh berat. Nak tak nak, dia harus mengalah juga. Ya, sudah terbukti yang dia bersalah. Satu hari saja, dia sudah mencipta tiga kesalahan!

Seperti yang dirancangkan, mereka tundukkan wajah dan perlahan–lahan, Zane genggam tangan Tia lalu cabut dari situ.

"Im sorr..." tiba–tiba telefon Tia berdering lagi.

Pantas Tia menjawab panggilan itu.

"Apa lagi?!" tengking Tia.

"You curang dengan I ke? sampai hati you baby!" luah seorang lelaki.

Zane juga dapat mendengar perbualan itu, lelaki di dalam telefon itu seperti melepaskan semua yang terpendam.

"Dah tahu I kaki curang, kenapa couple dengan I? dahlah kita putus!" sekali lagi panggilan dimatikan.

"Playgirl..." Zane pandang serius wajah Tia.

"Hello, semua manusia tak sempurna okay."

Tia akui, memang perangainya membuatkan orang kutuk depan–depan. Tapi, sudah menjadi hobi untuk 'BERTUKAR GANTI'. Memang susah untuk hentikan hobi itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience