BAB 15

Romance Completed 60718

"You stop be like this. We are still 18. I baru habis SPM, lepas tu I kahwin dengan you. Lepas tu sekarang, you nak anak? stop drive me crazy Zane!" marah Tia. Nafasnya tidak teratur, dia terlalu marah dengan lelaki dihadapannya.

"Maksudnya you tak boleh terima perkahwinan ni?" tanya Zane serius.

"Apa lagi you nak I buat? I dah luahkan perasaan I dekat you, I dah cakap I cintakan you. I sayangkan you. Itu tak cukup buat masa sekarang? ke you tak yakin dengan cinta I?" tegas Tia berbicara.

"Aku yakin dengan cinta kau tapi..."

"Tapi apa? you dah tak cintakan I?" ujar Tia serius.

"Aku minta maaf. I'm sorry okay?" Ucap Zane. Dia pula rasa bersalah sekarang ni.

"Dahlah, tepilah..." Tia menolak perlahan badan Zane, baru sahaja dia jalan selangkah, ada tangan yang melingkari tubuhnya.

"Lepaslah, geli." marah Tia.

Dia cuba merenggangkan pelukan Zane.

"Maafkan aku dulu." bisik Zane. Wajah Tia sudah berona merah, amboi romantik habis!

"Macam tu je? mudahnya minta maaf." Tia masih berpura–pura keras, walhal hatinya sudah gugup.

"Habis tu, kau nak aku minta maaf macam mana? bawak kau pergi katil?"

Tia blurrr. Bawak pergi katil? lama–lama baru dia hadam ayat itu. Gatal betul kau ni Zane!

"Dahlah lepaslah. Geli!" Tia meninggikan suara. Struggle dengan pelukan Zane, macam kena lilit dengan ular!

"Eleh, geli ke suka?" makin erat pelukannya. Bahu Tia kini menjadi alas dagunya.

"Hish, you jangan macam–macam Zane!" marah Tia. Ketat betul, rimas!

"Sayang... forgive me please." Habis suara menggoda jantannya digunakan. Tia sudah hampir tewas, tapi dia tidak mahu mengalah. Senang–senang je ye maafkan orang?

"You panggil I apa tadi?" serentak itu, pelukan dilepaskan.

"Panggil apa?" tanya Zane. Eh tanya balik pulak dia!

"You panggil I sayang tadi." balas Tia.

"Kau salah dengar tu." Zane masih lagi menafikan.

Tia terus berpeluk tubuh tanda protes, salah dengar apanya? Tia tu belum pekak lagi encik Zane oi!

"Okay, I will forgive you but... in one condition."

"Apa syarat dia?" tanya Zane serius.

"Selama seminggu, setiap hari. You kena panggil I sayang, no more aku kau." jawab Tia sambil tersenyum sinis.

"Okay, apa rewardnya?" tanya Zane semula.

"Reward dia I maafkan you." balas Tia.

"Tak cukup." bangkang Zane.

Tia buat muka pelik. Aik, kenapa Zane pulak yang tetapkan? ini dah lebih!

"Reward dia, tak susah pun. Aku nak kau kiss aku 55 kali dalam dua minggu. Amacam?" Zane berlagak sempoi. Amboi!

Membulat mata Tia mendengar apa yang dipertaruhkan. Kiss? 55 kali? Korang sanggup ke?!

"Kalau tak, aku taknak tukar panggilan." balas Zane sambil berpeluk tubuh.

Macam mana ni? sejujurnya dia terbuai bila Zane panggil dia sayang, asyik kau aku je, macam gangster pulak!

Jadi sekarang ni dia memang hendak mendengar sekali lagi perkataan 'sayang' rasa macam ada suami. Eh memang ada pun kan?

"Kalau you fail. You tak boleh peluk I tanpa kebenaran." Tia berdebat lagi.

"Okay deal." balas Zane, terus dia tersenyum lebar. Tak sabarlah tu!

"Tapi!" Tia bersuara lagi.

Zane terus memandang Tia, senyumannya belum hilang lagi.

"55 kiss over tahu tak?" bentak Tia. Iya, memang over, mengalahkan drama korea!

"Okay. Aku panggil aku kau je lah dengan kau." Zane tetap berdegil. Biasalah, mana nak kalahkan?

"Okay fine!" Dia mengalah. Sakit jugak telinga hari–hari guna aku kau! orang dah kahwin selalunya abang sayang, tak ke gitu?

___________________

"Sayang..." dia berbisik di telinga Tia.

Tia seakan terganggu, pantas menjauhkan badannya. Dia kembali tidur.

"Sayang... bangunlah..." kejutnya lagi.

"Sayang... kalau you tak bangun, I ngap you." ugutnya dalam berbisik.

Tia sudah separuh sedar, terdengar saja ayat ngap pantas membuatkan matanya terbuka luas.

"Tepi!" Tia menolak Zane sehingga jatuh ke atas lantai.

"Aduh pinggang aku..." Zane mengaduh sakit.

"You gila ke?"

"Dah kau... dah sayang yang suruh panggil sayang. I hanya jalankan tugas je." balas Zane, jujurnya dia masih tak biasa dengan panggilan baru ini. Sungguh membelitkan lidahnya!

Zane masih pegang pinggangnya yang terasa sakit. Tia yang memandang situasi itu jatuh kasihan. Kuat sangat dia tolak agaknya.

"You... you okay ke?" tanya Tia.

"Entahlah..." balas Zane. Macam sakit sangat je?

"Meh lah sini, I sapu ubat." Dia tepuk tilam itu untuk suruh Zane duduk disebelahnya.

"Arhh!" Zane cuba bangun, tapi tidak berdaya.

Tia turun dan memimpin Zane naik ke atas katil.

"Buka baju tu." arah Tia.

"Taknak. Nanti sayang tergoda." ujar Zane dengan gaya macho.

"Erk. Buka je lah! Orang nak sapukan ubat." Tia bertegas.

Akhirnya Zane akur dan buka t-shirt hitamnya. Tia menelan liur, fuh. Otot berketak–ketak. Ada sixpack! Badan macam lelaki! eh–eh come to your sense Tia!

"Meniarap lah. Susah nak sapu ubat." arah Tia lagi.

Zane akur, dia meniarap seperti yang diarahkan.

"Lain kali janganlah kejut I macam pervert." sambil dia sapu, dia urut sekali.

"Hmm." balas Zane. Dia terasa tenang, jari jemari Tia memang sesuai dalam bidang mengurut. Sedap aja badannya diurut.

"Sakit tak?" tanya Tia sambil menekan jarinya di bahagian pinggang Zane.

"Arghh!" jeritnya kuat. Fuh, sakit sangat tu!

"Tahanlah sikit. Jantan ke pondan you ni?"

Dia terus mengurut. Zane yang tadi hendak marah, kembali tenang dengan urutan Tia.

"Tia... nak peluk?"

Tia menekan pinggang Zane lagi.

"Arghh sakitlah!" aduh Zane.

Tia tersenyum sinis. Buatlah perkara tak senonoh, pinggang ni jadi mangsa.

"Duduk diam–diam." arah Tia.

"Aku... maksud aku, I..." tergagap–gagap dia nak bercakap.

"Tak apalah, I kasi you guna ayat kau aku untuk harini."

Sebaik saja Tia berkata begitu, dia tersenyum lebar.

"Aku sayang kau. Aku cintakan kau. Aku boleh jadi gila pasal kau. So, kau jangan lari dari aku. Setia dengan aku tau?" Zane berterus terang.

"Kalau I tak setia?" Tia cuba menguji.

Pantas saja tangan Tia yang ralit mengurut itu ditangkap oleh Zane.

Terus Zane bangun dan menolak badan Tia ke atas tilam. Tia terbaring, Zane pula sudah berada di hadapannya.

"Kau perempuan yang paling aku sayang, make sure. Kau setia dengan aku."

Tia mahu bangun, tapi badannya sudah terkunci pada kaki Zane. Aduhai, apa jenis possing ni!

__________________

Guys, doakan novel ni masuk carta please. Dah berbulan buat, susah sangat nak masuk carta, teruk sangat ke novel ni. Kena ada 18+ dulu ke? haha emo jap. Apa pun, doakan novel ni dapat masuk carta >< I LOVE YOU READERS!

Share this novel

Angah Ajalah
2020-02-05 23:05:30 

best2 cerita ni..sambung lg pleas..haha tq

Angah Ajalah
2020-02-05 23:05:24 

best2 cerita ni..sambung lg pleas..haha tq

Angah Ajalah
2020-02-05 23:05:21 

best2 cerita ni..sambung lg pleas..haha tq


NovelPlus Premium

The best ads free experience