BAB 10

Romance Completed 60718

Zane celikkan mata. Dia terasa badannya seperti dibalut sesuatu. Apabila pandangannya lebih jelas, terlihat satu selimut berada di badannya.

Dia mencari kelibat Tia, namun tiada. Dia melihat jam di tangan, baru pukul 7 pagi. Kemana pula gadis itu pergi?

Setelah merayau–rayau mencari isterinya, akhirnya jumpa juga.

Terlihat isterinya sedang menghayati pemandangan serta menghirup udara segar.

"Ehem..."

Suara itu membuatkan Tia menoleh ke belakang, kali ini wajahnya dengan Zane hampir berlaga. Terlalu dekat.

"You... you..." tergagap–gagap untuk dia mulakan bicara. Terkejut mungkin.

Secara automatik, lelaki itu mengukir senyuman. Wajah Tia berona merah, terus dia menjarakkan dirinya.

"Sorry." ujar Tia.

"Asal pulak? kau buat apa dekat sini?" hairan pula apabila gadis itu meminta maaf.

"Saja menikmati keindahan alam."

Tia berpeluk tubuh sambil kepalanya didongakkan. Dia tersenyum, rasa tenang saja.

Zane melihat kelakuan Tia, serta merta dia menyebut perkataan yang tidak sepatutnya disebut.

"I love you." perkataan itu terlepas dari mulutnya.

Tia membulatkan mata. Dia dengar, sangat jelas lelaki itu sedang menyatakan perasaanya.

"Ap... apa dia?" soal Tia. Dia ingin memastikan apa yang didengarnya adalah betul.

"Tak ada apalah. Kenapa tak pakai baju sejuk? nanti kau demam. Udara dekat sini bukannya sejuk biasa tau."

Itu dia, Zane sudah mula membebel. Tapi kali ini kedengarannya seperti mengambil berat tentang Tia.

"Rileks Zane, kita bukan dekat negara orang putih. Angin dekat sini masih normal." ujar Tia tenang.

Angin sepoi–sepoi itu terlalu mengasyikkan. Susah untuk timbul rasa marah dan apa–apa perasaan negatif.

"Kalau diberi pilihan, kau nak kahwin dengan siapa?" Soal Zane tiba–tiba.

"No one." jawabnya ringkas.

"Kenapa?" soal Zane lagi.

"Cause my heart is a rock. I cuba untuk hadirkan perasaan cinta. Tapi tak boleh. Susah. That's why, orang tengok I keluar dengan macam–macam lelaki. I nak test hati I, malangnya hati I tetap tak ada ruang untuk diorang." balas Tia panjang lebar.

"Bukan sebab kau player?"

"Nope. I kekurangan satu, perasaan yang patut ada pada semua orang. Tapi I tak ada rasa cinta tu."

Zane terangguk–angguk mendengar penjelasan Tia.

"You pulak? kalau diberi pilihan, you nak kahwin dengan siapa?" soal Tia pula.

"No one too."

Tia tersenyum. Kalau soal hati, mereka terlalu sama. Tapi kalau soal perangai? sangat–sangat berbeza.

"Kenapa?" Tia tetap bertanya.

"Aku tak percaya pada cinta. Bagi aku, ada banyak lagi benda lain yang boleh buat aku bahagia."

Tia mengangguk perlahan. Tapi adakah perkahwinan mereka akan kekal dan bahagia tanpa cinta? boleh ke begitu?

"Bukan ke bila isteri tu cintakan seorang suami akan buatkan lelaki tu lebih bahagia?"

"And you're not a type like that Tia. You will never love me. And I will never love you."

Entah kenapa hatinya sakit bila berkata–kata. Entah kenapa hatinya ingin mendengar luahan cinta dari Tia yang bergelar isterinya sendiri.

"Mungkin kita tak ditakdirkan bersama Zane..." ujar Tia perlahan.

Dia rasa kasihan. Dia rasa serba salah kerana tidak dapat membuka hatinya kepada Zane yang bergelar suami.

"I think better..." belum sempat Tia berbicara, Zane menyampuk.

"Aku tak kesah pasal hati ni. Asalkan kita tak bercerai." balas Zane serius.
Keadaan mula jadi tegang.

"You tak menyesal ke kahwin dengan I?"

"Kalau aku menyesal, maksudnya aku tak terima dengan takdir yang dah ditetapkan."

Tia terdiam. Sedikit sebanyak telah menyentapkan hatinya. Hari–hari dia minta cerai, bermaksud dia tidak boleh menerima takdir yang sudah ditetapkan.

"Zane. Im sorry, sampai sekarang I masih tak boleh terima perkahwinan ni. I tak paksa you untuk ceraikan I, tapi kalau rasa susah untuk hidup dengan I, ceraikanlah I. Untuk ketenangan hidup you." Jelas Tia.

"It's okay, bukan salah you sorang je." Zane memberi senyum nipis.

Tapi adakah mereka akan berubah?

____________________

"Tia. Esok kau report pasal Remy tu dekat pengetua." arah Zane.

"Tak payahlah. Dia tu anak Dato Sri Hussein, kita ni boleh ke beat dia?"

"Tak kesahlah. Dia dah buat salah. Kau kena report jugak." tegas Zane.

"Zane... Dia tahu yang I ni isteri you tau. Nanti dia sebarkan dekat satu kolej macam mana?" bidas Tia pula.

"Suka hati dialah. Yang kau takut sangat kenapa? kita dah kahwinkan?" balas Zane tak puas hati.

"Memanglah dah kahwin. Tapi I takkan bagitahu diorang yang kita dah kahwin. This marriege, we have to keep it a secret." tegas Tia.

"Asal pulak? dah kahwin, eloklah hebohkan. Tak adalah orang kacau kau." balas Zane lagi tidak mahu mengalah.

"Hish you ni, cuba sekali tu dengar cakap I?"

"Macamlah kau pernah dengar cakap aku." Zane menjeling Tia.

Masing–masing tidak mahu mengalah. Ada saja pendapat yang berbeza.

"Zane!" Tia meninggikan suara.

"Eh tak baik tau tinggikan suara. Aku ni suami kau." ujar Zane.

"Memanglah you suami I... hish!" Tia mengeluh.

"Isteri kena ikut cakap suami, syurga isteri bawah tapak kaki suami tau?" Zane menghentak–hentak kakinya ke lantai.

"Ouh isteri je lah kena ikut cakap suami?" soal Tia tak puas hati.

"Yup. Hanya isteri SAHAJA." balas Zane sambil berpeluk tubuh.

"Eh tak adanya eh, you jangan ingat I nak ikut cakap you kalau you tak ikut cakap I!" Tia merengus kasar.

"Nerakalah tempatmu wahai isteri." sindir Zane.

"Neraka jugalah tempatmu wahai suami, kerana tidak berlaku adil pada sang isteri." sindir Tia pula.

"Asal pulak?"

"Sebab you tak pernah layan I elok–elok." Tia juga memalingkan wajahnya tanda protes.

"Aku nak anak. Kau boleh bagi ke?"

Soalan itu serta merta mengundang rasa marah dihatinya.

"Zane!" jerit Tia.

Ada ke situ pulak soalannya. Baru umur 18 oi!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience