BAB 28

Romance Completed 60718

*5 COMMENTS REQUEST TO UPDATE NEW CHAP*

"Well well... Dira dah nak berjaya dah bang, Zane will become my husband."

Adira tersenyum sinis. Membulat matanya mendengar ayat Adira, Husband?

"What? Husband? Why?" Tanya Amran serius.

"Adira nak tukar kolej." Balasnya tanpa riak.

"What? Crazy huh? Dad dah hantar kolej paling ternama, kau nak tukar kolej mana pulak? Ingat, dad pentingkan imej tau!"

"Or, I will kill myself." Ujarnya sinis.

"Kau ni kan! Sebab ni lah abang taknak ada kaitan dengan Dira, sebab Dira tak pernah berubah!" Marah Amran. Senang-senang je cakap nak bunuh diri. Gila ke?

"I want my Tengku Zane."

"Not yours. Dia milik Tengku Tia sekarang ni. Jadi matang okay?"

"Whatever. Dira akan merayu dekat papa untuk tukar kolej."

Adira meninggalkan abangnya di ruang tamu.

Amran meraup kasar wajahnya. Dia ingatkan penyakit mental Adira dah pulih, rupanya makin teruk!

___________________

"Pakailah!"

"No!"

Tia campak jaket itu setiap kali Zane menutupi badannya.

"Jangan degil Tia!"

"Oh no, what to do. I don't want to wear this jacket! Its hot! Kalau you nak I mati awal. Buatlah!" Ugut Tia.

Wajahnya diraup kasar. Boleh ke mati disebabkan jaket ni? Over menggunung betul lah kau Tia!

"Pa..."

"Hey Tia!"

Zane terdiam. Siapa pulak yang menyapa isterinya? Ex? Abang? Sepupu? Kawan? Argh! Handsome pulak tu!

"Hey Edward! You dah balik malaysia?" Balasnya mesra. Mulutnya sudah tersenyum lebar.

Zane disebelah sudah panas hati. Dahlah Tia tak pakai jaket sekarang ni!

"Hehe, cepatkan I balik. Tiba-tiba je Daddy suruh belajar dekat malaysia. Suruh ikut jejak mummy katanya."

Tia tergelak kecil. Wajah persis mat saleh, bermata biru itu dipandang mesra. Dia memang kacak, mungkin dah boleh kalahkan Zane?

"Your mat salleh face tak pernah berubah kan?" Tanya Tia.

"Eh of course. My father is mat Salleh. Ofcourse I pun mat salleh jugak. Makin handsome kan?" Usik Edward mesra.

"No way! Jangan perasan eh?" Bangkang Tia.

Edward tergelak kecil. Sementara sepasang mata ini tidak lepas dari memandang mereka. Umpama menonton wayang, sikit pun tidak berkelip.

"Who is this Tia?"

"Ouh, this is... My friends! A really good friends. Zane, this is Edward. Edward, this is Tengku Zane Harraz." Tia kenalkan kedua-duanya sekali.

Zane berpeluk tubuh. Kawan? Sejak bila aku ni kawan kau?!

"What a perfect match! Tengku to Tengku huh? Are you sure you're just friends? Not more than that?" Edward mengusik. Lengannya ditepuk lembut Tia.

Mata Zane membulat. Kau sentuh lelaki tu? Depan aku?!

"Tia." Panggil Zane dingin.

"What?" Tanya Tia.

"Ayahanda call." Balas Zane.

Tia buat muka tidak percaya. Tu bukan panggilan dia kepada ayahnya. Nak kena betul Zane ni!

"Ayahanda? Bukan you call your dad papa ke?" Tanya Edward pelik.

"Err, biasalah tu. Zane suka perli-perli orang. Okaylah Edward. I have to go, see you next time."

Edward angguk sambil tersenyum. Wajah gadis itu, memang sudah lama buat hatinya cair. Sejak kali pertama mereka bertemu.

__________________

"Jealous?" Tanya Tia apabila balik saja ke rumah.

"Tak ada masa lah aku nak jealous! Kau tu. Kau tu isteri aku. Kau buat aku macam tunggul apahal?" Marah Zane.

"What. Samalah macam you dengan Adira." Balas Tia pula. Dia tayang wajah meluatnya, sambil berpeluk tubuh.

"To make me jealous, you flirt with other guys?"

"I don't have intention to get you jealous! You are just jealous about everything!"

"Kalau tak jealous, maksudnya aku bukan suami kau!"

Dua-dua terdiam. Tia mengeluh berat, manakala dahi Zane pula sudah berkerut menahan rasa marah.

"Look, I dengan Edward kawan lama. Kawan yang dah lama tak jumpa, and we are just friends. Yang you nak jealous kenapa?" Tanya Tia pelik. Rasanya dia tak adalah over mana pun dengan si Edward tu. Hang yang melebih pasaipa!

"That handsome guy, is your friends?" Tanya Zane sinis.

"Yeah, I pretty girl deserve a handsome man right?"

"My pretty wife just deserve me. Not other guys."

"Okay. We're event okay? No fight? Its time to be a mature husband and wife." Ujar Tia.

"Mature husband and wife?" Ulang Zane pula.

"Yeah, I rasa sepanjang kita kahwin ni, penuh dengan gaduh. Tak ada romantik langsung. I want to be a real wife to you."

Zane tersenyum lebar. Real wife? Seriously?

"Real wife, like what?"

"Macam, kejut you bangun pagi semua tu." Balas Tia selamba.

"Iyeke, we'll see, siapa kejut siapa esok."

"Deal."

Tia angguk setuju. Keningnya terangkat-angkat. Kau cabar aku ye?

________________

"TENGKU ZANE HARRAZ, BANGUN!" Laung Tia menggunakan mike.

Seperti yang dibuat oleh Zane masa awal perkahwinan mereka.

10 jam loceng ada di sekeliling Zane.

"Ring!!"

Pekak telinganya menahan rasa sakit di gegendang telinga. Kuatnya bunyi! Kau nak aku mati awal ke Tia?!

"Shit."

Itu ayat pertama yang keluar. Dia mencarut di pagi hari. Macam ni ke yang kata nak jadi isteri yang baik?

"Bangunlah!" Jerit Tia.

"Ba..."

Terhenti katanya apabila Zane sudah terpacul di wajahnya.

"Eh cepatnya bangun." Ujar Tia sambil tersenyum.

"Morning kiss."

Bibir Zane dikucup sekejap. Lalu dilepaskan. Zane tergamam seketika, betul ke ini Tengku Tia?

"Pergi solat. I cuti." Ujarnya.

"Kau saja kan bagi morning kiss, sebab taknak aku marah?" Tanya Zane.

"Nope. I ikhlas. Dah, biy pergi solat. Sayang siapkan breakfast." Nadanya sehabis lembut digunakan.

Hati Zane mula tergerak. Cairlah pulak! Aku baru nak marah kau sebab jahanamkan telinga aku!

Usai solat. Zane turun ke bawah. Dia tengok Tia masih bertungkus lumus memasak.

"Hubby, cepatlah turun. Tercegat dekat situ kenapa?"

Zane yang terdiam, meneruskan langkahnya ke dapur.

"Kau masak?"

Tia angguk ceria. Apa yang dilihatnya, mihun goreng yang masih berada di dalam kuali.

"Masak mihun? Seriuslah? Bukan nek Mah buat?" Tanya Zane tidak percaya.

"Hish, betullah! Nek Mah mana ada. Dia kan cuti!" Bentak Tia. Orang dah masak, percaya ajelah!

"Okay-okay. Pandai jugak kau masak. Let me have a taste." Zane tersenyum kecil. Isteri dia masak? Dia masih tidak percaya.

Tia ambil mihun dalam kuali, lalu diletakkan ke dalam mangkuk kaca bersaiz sederhana. Iyalah, mereka dua orang aje. Buat apa nak masak banyak-banyak?

"Bismillah..."

Dia ambil sesenduk mihun, lalu dimakan dengan berhati-hati. Kenapa mesti berhati-hati? Tengku Tia yang masak kot! Bahaya!

Apabila selamat masuk dimulutnya, dia terus tak cukup nafas. Lalu diambilnya air dan diteguk rakus.

"Fuh!" Zane mengeluh berat.

"Kenapa?"

Zane terus menuju ke singki selepas minum air jus oren yang dibancuh Tia.

"Woww! Kau letak garam dalam air?" Tanya Zane tidak percaya. Terseksa tekaknya diperlakukan begini!

"Garam? You gila ke?"

Cepat-cepat Tia rasa jus oren yang dibuat. Lalu dia juga menuju ke singki dan meluahkan semula air itu. Masinnya!

"Mihun kau, kenapa manis sangat?!" Tanya Zane bengang.

Tekaknya sedang terseksa sekarang ni. Ingatkan minum air untuk hilangkan rasa manis tu, rupa-rupanya jus oren menambah lagi rasa pelik dalam tekaknya!

"Mana ada I letak gula!" Marah Tia.

Dia rasa pula mihun yang dah siap terhidang, cepat-cepat dia telan. Manisnya! Sejak bila aku letak gula?!

"You lah ni!" Marah Tia.

"Asal salah aku pulak?" Tanya Zane pelik. Dia yang buat, kita yang kena?

"Bekas garam dengan gula sama je. Kenapa you tak letak bekas lain-lain?"

"Boleh bezalah garam dengan gula." Balas Zane tak puas hati.

"Mana boleh beza! Garam putih, gula pun putih!" Tia masih mempertahankan dirinya.

"Tapi gula kasar, garam halus sikit!" Marah Zane pula.

"You nak salahkan I lah ni?"

"Inilah akibat tak pernah jejak dapur. Kan dah silap garam dengan gula. Nasib bukan bonda yang makan tau!" Balas Zane.

Tia memberi jelingan maut. Sedap betul mengumpat aku!

"You tau nak marah I je, semua benda I buat. Semua salah!" Tia terus naik ke atas.

Dia bengang, dalam dua tiga hari ni. Zane memang tak berhenti marah dia.

Zane jadi bingung, aku tegur je pun! Takkan nak berselindung pulak!

_________________

"Hai guys, I'm Adira, can call Dira. I newbie dekat sini. Selamat berkenalan!"

Mulut Zane terlopong habis. Adira? Apa dia buat dekat kolej ni?

Share this novel

Angah Ajalah
2020-05-30 02:19:10 

lawa betullah laki bini ni....tq update..


NovelPlus Premium

The best ads free experience