"Haish!" Tia mengeluh.
Kalau ikutkan, dia sudah raikan hari penceraiannya dengan Zane. Tapi disebabkan satu punca ni, Zane terus tak jadi lafaz!
__________________
"Betul ke kau nak aku ceraikan kau?"
"Yup. You ceraikan je I, tak rugi apa–apa pun." Tia mula berlemah lembut.
"Aku..."
Tiba–tiba telefonnya berbunyi. Pantas dia melihat pada skrin.
'Video call from Bonda'
Eh? dah kenapa pulak buat video call tu? Zane mengangkat panggilan itu.
"Hello bonda..."
Kelihatan skrin bondanya sedikit bergoyang. Seperti ada seseorang yang ingin turut serta.
"Hello! Bakal menantu bonda mana?" soal Tengku Aulia senang hati. Senyumnya lain macam.
"Ni dekat sebelah." Zane menjauhkan sedikit skrin telefon supaya mereka berdua muat di dalam skrin itu.
"Haaa ni mama kamu, tengku Aida. Bonda ada dekat rumah mama kamu sekarang!"
Tia terkejut. Dah kenapa pula Tengku Aulia datang ke rumah mamanya? ada party yang mereka tidak tahu ke?
"Bonda buat apa dekat situ?" soal Zane. Dia cuba melihat sekeliling, kelihatan bukan hanya mereka berdua, malah dua buah keluarga ini sedang berjumpa di rumah tengku Aida.
"Amboi sejak kahwin ni, taknak datang rumah kami ya? seronok sangat ke berdua?" perli tengku Aulia. Tengku Aida yang berada disebelahnya turut melayan.
"Bu... bukan bonda..." baru saja Zane ingin menafikan, Tengku Aulia menyampuk lagi.
"Cepat–cepat dapat anak ya? bonda tak sabar nak timang cucu, kan Aida kan?"
Tergamam Tia mendengarnya. Nak dapat cucu? amboi-amboi, ini dah lebih!
"Eh korang ni, tunggulah budak–budak tu habis belajar dulu." sampuk tengku Arman.
Tia tersenyum nipis, ada juga yang memahami situasi mereka.
Setelah 1 jam bervideo call, akhirnya tengku Aulia menamatkan panggilan.
"Haih." Tia mengeluh.
"Tia?" panggil Zane.
"Kita tak payah cerai. Lagipun ini yang diorang nak. Hanya dengan perkahwinan kita, diorang akan bahagia." ujar Zane.
"Ouh kebahagiaan diorang je lah? kita ni? yang tak akan bahagia ni pulak macam mana?" Soal Tia tak puas hati.
"Lagipun, selagi suami tu tak seksa kau, mana boleh minta cerai. Aku ni masih bertanggungjawab dalam perkahwinan ni. Bukannya aku sambil lewa."
Eh eh nak gaduh nampak? tak apa, tak apa. Meh sini Tia berbicara pulak ya?
"Ouh tak seksa eh? habis tu semalam? lepas tu selama hari ni, pernah ke you layan I elok–elok? cakap dengan I pun macam musuh. This is not the type of husband! you're not meant to be a husband!"
Zane terdiam. Nampaknya dia juga sudah buntu. Tapi begitulah layanannya kepada insan yang bergelar 'wanita' melainkan mereka sudah pangkat makcik dan nenek.
"See, you're not a real husband to me!" ujar Tia lagi.
"Real husband mean, kena adil dalam zahir dan batin. Kau nak ke?"
Tia terdiam. Dia faham maksud itu. BILIK.
"Ooooo itu aje lah yang you fikir eh?" soal Tia curiga.
"Apa yang aku fikir? apa yang kau tengah fikir tu." Dahi Tia ditunjal ke belakang.
Eh kita pulak kena balik!
__________________
"Zane..." panggil Tia lembut.
Zane yang sedang minum kopi hampir tersedak, dah kenapa pulak ni?
"I nak minta satu benda boleh? lepas tu I janji, akan tunaikan segala permintaan you!" Tia menunjukkan 5 jari.
"Apa dia?"
"Ceraikan I please..." Rayu Tia.
Zane mengeluh. Eh perempuan ni, dah tak ada benda lain ke nak minta? bagi kaki ni karang!
"Tak boleh." balas Zane keras.
"Zane..." Tia mula merengek.
"Eh diamlah, kau rosakkan rasa kopi ni tau tak?"
Tia terus tarik muncung. Dengan cara baik pun tak menjadi juga. Sampai bilalah dia harus berada disini?
"Makan. Penat nek Mah masak." arah Zane.
"Taknak." balas Tia tanpa memandang ke arah Zane.
"Asal?"
"Diet." balas Tia lagi.
"Eh kau tak payah nak diet–diet, nak jaga body tu untuk siapa? jangan nak menggatal dengan lelaki lain. Ingat, kau tu isteri orang." Zane mula menjadi guru disiplin.
Tia memberi jelingan maut padanya. Semua benda kena control ni, korang boleh tahan ke?
"Suka hati I lah. Hish penatlah minta cerai!" rungut Delya sambil suaranya ditinggikan.
"Dah tu tak payah minta cerai. Makan. Diet pun ada cara dia, bukan tak makan langsung. Kau nak mati kelaparan ke?"
Ya Allah kuatnya dia bebel. Mengalahkan mak orang!
"Yelah suamiku.Yelah. Untuk suami tercinta, I sanggup tadah telinga dengar you punye bebel!" Tia melepaskan geram.
"Su...suami tercinta?" ulang Zane. Dia tidak pernah mendengar ayat itu sebelum ini.
"Hish you ni, semua benda anggap serius. Dahlah, I makan dulu!" Tia menyuap makanan dihadapannya rakus sambil matanya memberi jelingan maut pada Zane.
"Kau cinta aku?"
Tia tersedak mendengarnya. Terus dia mencari air. Zane ingat dia hanya mengomel dalam hati, rupanya dia bercakap pulak.
"Nah..nah!" Zane menghulurkan segelas jus oren kepada Tia.
"Bu... buat apa I nak cintakan lelaki yang tak ada hati dengan I?" Ujar Tia terbatuk–batuk. Terkejut sangat tu.
"Kau yang kata tadi." balas Zane selamba sambil berpeluk tubuh.
"I gurau. Faham tak GURAU?" Tia tekankan ayat itu. Pening kepala dia melayan Zane yang sudah sama level dengan lurus bendul.
"Kau dengan aku belum cukup rapat lagi nak gurau." Zane tayangkan muka menyampah.
"Okay fine! Tapi jangan ambil serius hal tadi, I takkan jatuh hati dekat you lah! no need to worry." Tia mengangkat telapak tangannya. Dia yakin, tidak akan sesekalipun dia jatuh hati pada tengku Zane Harraz!
_______________________
SEMINGGU KEMUDIAN
"Kepada pelajar, lusa akan diadakan perkhemahan bagi meraikan kejayaan sekolah kita kerana telah berjaya mendapat nombor 3 di dalam senarai kolej di malaysia." ujar pensyarah Yaakob kepada pelajar di kelas itu.
"Semua kena pergi ke?" soal Tia.
"Yup, semua kena pergi. Melainkan ada alasan kukuh, baru dikecualikan dari program perkhemahan." balas Pensyarah Yaakob.
"Nenek saya meninggal!" Ujar Tia tanpa berfikir apa-apa.
"Tia..." Pensyarah Yaakob memberi amaran.
Walaupun Tia baru berada di sini selama 2 minggu, dia sudah masak dengan perangai Tia.
"So, prepare yourself okay?" pensyarah Yaakob terus melangkah keluar dari kelas itu.
___________________
"Nek Mah, kami pergi shopping dulu!" Ujar Tia keriangan.
Perempuan kan? siapa tak suka shopping?
"kita pergi sama–sama." arah Zane.
Tia memandang serius pada Zane.
"Hello, we are not real okay."
"Our marriege is REAL." Zane tekankan ayat itu.
"Hish yelah, yelah!"
Sampai sahaja di shopping Mall, Tia terus meluru ke arah butik kegemarannya.
Dia mengambil apa saja yang dia rasa berkenan.
"Woi woi, kita nak pergi berkhemah. Bukan melancong!" Zane menghalangnya tegas.
"Suka hati I lah." bidas Tia.
"Blouse ni letak, yang ni letak, yang tu letak, letak, letak! Tak pernah dibuat orang pakai blouse dalam camp!" baju yang ada di tangan Tia semua dirampas.
"Bagilah balik!" Tia meninggikan suara.
"Pergi cari t-shirt yang sopan! jangan mengada nak pakai seksi ke, pakai blouse ke, kita pergi camping, bukan pergi tackle hati orang!"
Tia mencebik. Dah serupa bapak yang marahkan anak perempuannya. Malah lebih dari itu! Seksanya!
Tia pergi ke butik lain dan mencari T-shirt seperti yang diarahkan oleh Zane.
Sesudah mengambil pakaiannya, dia meletakkan ke dalam troli.
"Wait, wait, boxer siapa ni?" soal Zane sambil mengangkat seluar berwarna hitam itu.
"Boxer? tu jeans pendek lah!" marah Tia. Ada ke patut dia panggil boxer?
"Letak! Aku kata jangan pakai seksi-seksikan?" arah Zane lagi.
"Hish! I taknak pergi camp!" bentak Tia. Sambil itu dia berpeluk tubuh tanda protes. Mana taknya, semua yang dia pilih semua dibangkang oleh Zane.
"Kau ni IQ low betul! kalau kau pakai jeans pendek tu, lepas tu nyamuk gigit. Gatal. And yang paling teruknya, kalau nyamuk tu nyamuk aedis macam mana? guna otak tu Tia."
Eh kasarnya bahasa dia. Merah telinga Tia mendengarnya. Pipinya juga merah, malu diperlakukan begitu!
Bila di dalam kereta. Tia mengambil keputusan untuk berdiam diri. Merajuk.
"Ada apa–apa nak beli lagi ke?"
Sunyi. Tiada jawapan yang keluar dari mulut gadis itu.
"Aku tanya ni, ada nak beli barang lagi tak?" ulang Zane. Dah kenapa dengan perempuan, pekak ke?
"Woi Tia!" terkejut Tia apabila dipanggil begitu.
Dia sudah tidak dapat menyembunyikan rasa gelabahnya. Eh jantan ni karang!
"I nak beli shampoo!" balas Tia dengan nada tinggi.
"Dah gila ke? dekat camp tak payah nak bershampoo bagai. Orang dekat sana mandi cowboy je!"
Tengoklah tu. Dia sound kita lagi! Aduh geramnya!
"Okay fine. Buatlah apa you nak! I will keep silence. Don't ask me anything!" balas Tia. Bengang dia tu dah tahap maksimum.
Dah boleh digelar suami paling annoying!
Share this novel