BAB 32

Romance Completed 96820

Sekarang kandungan aku sudah masuk usia 7 bulan. Sepanjang aku mengandung ni Tengku Amri sudah jarang keluar untuk outstation. Rumah kami pun dah ada pembantu rumah, tapi bab masak selagi aku kuat, aku nak masak sendiri. Tak rela aku, suami makan air tangan pembantu rumah, kecuali bila aku dah bersalin nanti aku dah tiada pilihan lagi.

Wani pun dah kahwin sekarang ni. Aku tak tahu pulak dia dengan abang Fikri tu sempat tukar nombor telefon ketika di Langkawi dulu. Pantas betul mereka. Aku pernah usik abang Fikri kalau Wani gemuk lagi dia nak buat apa? Jawapan dia menyebabkan dia merasa makan sepit ketam free dari Wani. Hehe..dia kata “Baguslah gemuk, tak payah guna tilam. Tak sakit badan abang.” mulanya aku tak faham maksud dia, tapi bila Wani cubit dia dan dia ketawa terbahak-bahak, aku hanya mampu geleng kepala. Hampeh betul abang Fik ni!

Tengku Amir Hanif dan Syarifah Haslinda pun bahagia sekarang ni. Mereka belum ada rezeki lagi untuk menimang cahaya mata memandangkan Linda masih baru menjalani pembedahan membuang ovari. Barahnya sudah merebak namun doktor memberi jaminan untuk mereka, selagi ovari sebelah lagi masih berfungsi, mereka masih berpeluang untuk melahirkan zuriat sendiri.

Tengku Mahani semakin menyayangi aku, apatah lagi aku bakal beri 3 orang cucu serentak kepadanya. Aku sendiri teruja campur takut untuk melahirkan 3 orang kembar serentak. Bermacam-macam perkara yang sudah bersarang dalam kepala aku sekarang ni. Kalau sudah rezeki kami, nak kata apa lagi. Alhamdulillah..Allah nak beri, kami terima dengan senang hati. Sekarang ni aku sudah ditempatkan di wad sakit puan. Walau usia kandunganku baru 7 bulan, kemungkinan aku akan melahirkan awal. Doktor cakap aku perlu dipantau setiap masa agar aku dan bayi-bayiku kekal sihat.

Jangan tanya mana aku tahu aku sedang mengandungkan kembar tiga. Dalam zaman serba moden ni semuanya serba boleh. Doktor sudah mengesan ketika kandunganku berusia empat bulan lagi. Selepas itulah Tengku Amri mengambil pembantu rumah dan tentulah kak Yanti orang yang aku pilih. Aku dah kenal hati budi dia.

Bekas drebar abah pun dah sedar dari koma, cuma masih dalam rawatan. Diakan cedera parah. Aku pernah melawat dia beberapa kali selepas berkahwin ni dan sebahagian duit hantaran yang Tengku Amri beri aku hadiahkan pada Pak Hassan sebagai pampasan. Kita jangan nak kedekut sangat dengan harta benda yang kita ada. Orang lain pun berhak untuk hidup bahagia. Aku dah bersyukur dapat Tengku Amri dan keluarganya. Inilah harta aku yang tak ternilai harganya. Bukan kekayaan mereka yang aku maksudkan, tapi kasih sayang mereka yang dicurahkan untukku.

“Assalamualaikum..” aku bangun dan bersandar di kepala katil. Setiap kali time melawat, bilik aku mesti dikunjungi. Ramai kawan-kawan sekerja, saudara mara dan jiran tertangga yang datang melawat. Bahagianya bila ramai yang prihatin.

“Aini sihat hari ni?” bonda orang pertama yang bertanya khabar. Encik suami sudah mula merenung sayu ke arahku. Melihat perut aku yang memboyot sakan ni pun dah buat dia simpati. Katanya kalau boleh bertukar tempat, sudah lama dia buat. Aku menyakinkannya, aku cakap aku masih mampu untuk menghadapi semuanya ini demi cintaku padanya. Ayat mesti mau power beb!

“Alhamdullilah, sihat sangat bonda. Cucu-cucu bonda ni saja yang nakal sikit.” aku menjawab sambil tertawa kecil. Pinggang yang terasa nyilu aku gosok perlahan. Macam inilah aku sejak baby semakin membesar dalam rahim aku ni. Kadang-kadang, ulu hati aku ni sakit sangat. Kaki aku jangan tanya, memang membengkak sakan. Inilah pengorbanan seorang wanita yang bergelar isteri dan ibu. Kesakitan dan kesengsaraan itu bukanlah sesuatu yang rumit untuk dihadapi. Bagi aku cukuplah kalau aku ini dihargai sebagai seorang isteri dan ibu. Wanita memang dilahirkan dengan ketabahan.

“EnTAH-EnTAH papa ni jangan nakal-nakal sangat tau. Kesian kat mama..” Tengku Amri usap perut aku. Bonda sudah memandang pelik ke arah kami. Yang lain hanya tersenyum.

“Entah-entah?” aku tertawa mendengar bonda menyoal begitu.

“Bonda tanyalah menantu bonda tu, dia yang bagi nama tu kat Am. Kalau papa jadi EnTAH, anak-anak kenalah jadi EnTAH-EnTAH.” aku mencebik. Bonda semakin pelik memandang kami silih berganti.

“Tak adalah bonda, tu gelaran masa baru nikah dulu. Nama singkatan untuk abang, Encik Tengku Amri Hazif. Abang berkeras nak beri nama anak-anak macam nama dia jugak. Wajib ada T.A.H macam dia.” aku menerangkan pada bonda. Baru bonda ketawa disusuli yang lain.

“Kalau macam tu Ayu dengan abang Hanif pun EnTAH jugaklah?” Hidayu menyampuk. Ruang wad aku riuh sekali lagi.

“Eh..Ayu bukan EnTAH tapi Ayu CikTAH.” aku gelak dengan ayat sendiri.

“Oit..bahaya tu kak Aini. Nanti kalau orang kurang pendengaran dengar, tentu CikTAH dah jadi cheetah. Tak maulah Ayu jadi harimau bintang.” sekali lagi bilik wad aku diriuhkan dengan gelak tawa.

“Hahaha..tak apalah cheetah yang ayu.” aku ketawa lagi. Ayu sudah memasamkan muka. Tapi sekejap saja, lepas tu dia turut sama ketawa.

Beginilah kehidupan aku sejak kahwin ni. Saudara mara sebelah keluarga mertua sentiasa menceriakan aku. Kalau ada pun yang memandang rendah padaku, aku buat tak peduli saja. Hidup ini kena sentiasa ceria untuk menceriakan orang di sisi. Tak ada orang yang sempurna dalam dunia ini, jadi sentiasalah memberi kemaafan pada orang lain. Contohnya macam Ayuni, dia dah datang meminta maaf dengan aku kerana menghina aku. Sebenarnya dia cuma anak seorang petani. Dia datang bekerja di Kuala Lumpur untuk menyara adik-adiknya yang ramai setelah ayahnya meninggal. Katanya dia cemburu dengan aku kerana aku rapat dengan Tengku Amri. Dia hairan bila kali pertama melihat aku dengan Tengku Amri, sebelum dia tahu aku adalah isteri Tengku Amri.

Dalam hidup ini kita jangan terlalu memandang pada harta kebendaan, darjat dan pangkat yang kita ada. Semua itu hanyalah perhiasan di dunia semata-mata. Kalau kita miskin, janganlah pula rasa rendah diri yang keterlaluan. Kita jadi diri kita sendiri. Siapa kita, tidak penting di mata manusia. Kita harus ambil kira siapa kita di sisi Allah. Layakkah kita menghuni Jannahnya. Kalau kita tinggal di banglo mewah atau istana sekali pun, jangan kita rasa bangga diri dengan apa yang kita ada di dunia ini. Akhirnya tempat kita hanyalah liang lahad sesudah mati.

Kisah aku akan berakhir di sini. Aku masih menanti kelahiran kembar-kembarku ini. Dalam ceritaku, nasibku terletak di tangan penulis. Kalau Putri Quratul Aini ini hidup bahagia, ini kerana jasa penulis, tapi andai kata ada penghalang dan air mata, penulis juga penyebabnya. Hehe..terimalah puisi terakhir dariku untuk cerpen Aku Bukan Sang Pujangga ini.

Aku Bukan Sang Pujangga
Hanya seorang insan yang menyusun bait-bait ayat menjadi satu madah bernada,
Menggunakan porsi bakat yang Allah beri, aku masih seorang insan kerdil.
Ujian datang pelbagai sudut ku gagahi,
Meski pahit mahupun manis ku tempuh dengan senyuman.
Sesungguhnya aku bukan pemujangga jalanan,
Hanya berpuisi untuk meluah rasa,

Sungguh Aku bukannya pemujangga!
Namun aku suka mengisi hari dengan puisi,
Puisi yang membuat aku terlupa dan leka akan segala kepedihan,
Memberiku kepuasan minda dan jiwa,
Untuk aku terus meluah segala rasa,
Jutaan rasa yang membuku di jiwa.
Pada siapa harus ku lepaskan selain pada Allah dan membiarkan bait-bait ini terbang di angkasa, pergilah, terbanglah jauh-jauh segalah leretan rasa.
Ku bebaskan engkau pergi agar aku bebas dari rantai belenggu rasa ini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience