BAB 27

Romance Completed 96818

Jarum jam terus berputar. Hari terus berlalu dengan begitu pantas sekali. Kami akan bertolak awal pagi, tapi apa yang dirancang selalunya tak menjadi seperti yang diharapkan. Hari yang sama, tiba-tiba Tengku Amri ada hal. Dia suruh aku ikut rombongan menaiki bas. Dia akan menyusul kemudian. Aku terpaksa mendengar arahannya kerana dia tak membenarkan aku untuk tarik diri. Pakaian dia, aku masukkan bersama pakaianku dalam satu beg.

Aku diambil oleh pemandu syarikat di rumah dan menuju ke Syarikat Tengku Amir & Sons. Ketika aku sampai, sudah ada beberapa orang pekerja yang sedang menanti bas di hadapan pejabat. Jantung aku berdebar kuat bila aku melihat yang menunggu hanyalah orang atasan. Huarghh..aku dah stress. Dalam hati berdoa, mudahan Adlene ikut sekali. Ada juga geng aku. Geng cleaner, dah sahlah takkan ikut. Mungkin tak mampu atau sebaliknya. Dengar kata, tambang pergi dan balik syarikat yang sponsor, termasuk penginapan 3 hari 2 malam kami di Langkawi, cuma makan dan shoping saja sendirian berhad.

“Ain..you ikut jugak ka? Waa..ini manyak bagus ma.” aku urut dada bila Adlene tiba-tiba menyergah aku. Bibir aku melebarkan senyum akhirnya. Yess, ada geng. Tapi..sekejap cuma senyuman itu mampu menghiasi bibirku bila melihat Andy sudah tersenyum dari jauh. Kekasih amoi ni ikut sekali daa..huhu..

“Eh..macam mana kau pun boleh ikut sekali ni? Ini trip untuk orang yang kerja office saja. Kau tu cleaner saja pun. Layak ke? Lagi pun kau dah kena pecatkan? Jangan-jangan kau ni perempuan simpanan Tengku. Apa yang kau dah bodek Tengku tu hah?” Ya Allah, minah Ayu yang tak ayu mana ni, mulut dia busuk macam longkanglah. Nak jawab ke tak? Nak jawab ke tak? Aku masih memikirkan kata-kata apa yang harus aku jawab bila bas datang. Ahh, tak payah layanlah minah ni. Buang karan saja.

Aku angkat beg dan memasukkannya ke dalam tempat yang dikhaskan. Aku terus melangkah untuk menuju ke pintu bas bila baju aku ditarik. Aku berpusing dan memandang si pelaku. Apa lagi la yang minah ni nak?

“Kau pernah cermin muka kau tak? Tentu tak pernahkan? Kalau kau sedar diri tentu kau tarik diri dan balik ke rumah buruk kau tu. Kalau kau tak tarik diri, nampak sangat kau ni memang jenis muka tak malu.” aku kerut dahi. Apa masalah minah ni sebenarnya?

“Kau ni kenapa? Apa masalah kau? Setahu aku, aku tak pernah hutang apa-apa pun dengan kau? Aku pun tak pernah cari pasal dengan kau.” aku berkata sambil berlalu. Perut bas aku masuki tanpa memandang ke belakang lagi. Lantak kau la minah. Malas aku nak melayan orang macam dia. Mentang-mentanglah aku ni tak suka dressing lebih-lebih, boleh pula dia nak judge aku macam-macam.

Bas mula bergerak. Tak ramai pun orang. Dalam sepuluh orang saja termasuk aku. Aku ambil tempat di tengah bas. Tiada teman di sebelah. Adlene dengan Andy semestinya. Ayu duduk di sebelah Normala, setiusaha Tengku Amri. Yang lain-lain tu aku tak kenal. Macam bawa keluarga saja. Ada tiga orang kanak-kanak yang turut serta, mungkin anak-anak pekerja atasan ni. Ahh..malas aku nak ambil tahu. Lebih baik aku buat hal sendiri.

Aku keluarkan telefon dari beg tangan. Aku mula login Fac. Dah lama aku tak menulis puisi. Sementara ada kesempatan ni, apa kata aku asah minda sikit. Sebelum aku mula mengarang puisi, aku chek dulu notification dan mesej dalam peti masuk. Beginilah aku setiap kali login fac. Notification dan mesej selalu aku utamakan. Manalah tahu ada berita-berita terkini. Kalau mesej dari rakan lelaki memang aku tak berani nak layan dah sekarang ni, walau aku masih approve kalau ada yang add aku.

Selepas aku respon apa yang patut aku mula masuk timeline sendiri. Teringin pula nak tukar gambar Profil. Aku muat naik gambar baby senyum. Aku jadikan gambar profil sambil bibir pun turut menguntumkan senyum. Tanganku usap perut. Aku perasan dah dua minggu period aku lewat. Mudahan ada berita gembira yang menanti.

Aku mula klik pada kotak share. Apa pula tajuk puisi aku hari ni? Apa perasaan yang ingin aku luahkan? Otak aku ligat berfikir. Bila sudah mendapat apa yang aku nak, bibirku sekali lagi menguntum senyum tanpa sedarku.

Anggerik Desa
Aku Tunggu Hadirmu

Sayang..
Hati ini meronta lagi,
Bukan derita yang ku rasa,
Tapi bahagia yang memayungi diri,
Aku sudah tidak sabar menanti hadirmu,
Di dalam diriku ini,

Sayang..,
Alangkah bahagianya perasaan ini,
Andai apa yang ku duga benar belaka,
Tak sabar hati ini menanti,
Hadirmu pasti bererti,
Buat aku dan dia,

Sayang...
Mungkin hadirmu terlalu awal,
Tapi, tidak mengapa,
Kerana hadirmu memberi bahagia,
Hadirmu bakal menyempurnakan segalanya,
Aku tunggu hadirmu sayang!
Dengan sepenuh hatiku. :D

Aku Yang Sedang Bahagia
~PQA~
Feeling-Happy :)

Aku terus post tanpa rasa berbelah bahagi. Biarlah aku kongsi rasa bahagia ini bersama rakan-rakan facku. Aku melepaskan nafas lega. Aku memandang keluar tingkap. Bas sudah lama bergerak. Sudah keluar dari kesibukan Kuala Lumpur. Sekarang sedang bergerak laju di Lebuh Raya.

Aku memandang lagi skrin telefon bila ada notification yang masuk. Terkejut aku bila salah seorang yang like dan komen adalah Putera Amri. Aku mula berfikir yang bukan-bukan. Dia memang bertolak awal tadi. Ya, dia keluar dulu sebelum aku. Katanya ada kerja. Kalau sedang buat kerja, takkan ada masa untuk online time ni. Aku tengok jam di skrin telefon. Baru pukul 10.30 pagi. Aku keliru sekejap. Komen di wall aku tak reply pun. Bukan nak menyombong, tapi kalau yang komen hanya buat thumb up dan tanda soal, habis tu aku nak balas apa?

24/1110.30am
Anggerik Desa
Abang di mana ni? Boleh pulak online? Kata tadi ada kerja?

Aku hantar mesej ke peti masuk Putera Amri. Sambil tu aku buka timeline dia. Tak ada pula status terbaru. Yang ada hanya tag rakan-rakan Facnya dan post rakan-rakan baru ke timelinenya. Aku tengok gambar profil. Dia juga sudah menukar gambar profil. Gambar motor berkuasa tinggi. Macam minat sangat, tapi tak pernah pula aku tengok dia naik. Dia pernah cerita dengan aku, dulu dia pernah berkonvoi bersama kawan-kawannya menjelajah Semenanjung Malaysia dengan motor besar ni. Siap tunjuk gambar lagi. Nak tunjuk buktilah kononnya tu. Aku hanya mencebik. Jangan-jangan hanya pose saja lebih. Hehe..

24/1110.35am
Putera Amri
Biarlah rahsia! Puisi Ain kali ni untuk siapa pulak?

Putera Amri baru reply mesej aku. Aku mendengus geram. Nak berahsialah pula. Hurm..dia nak berahsia sangatkan. Tunggu!

24/1110.39am
Anggerik Desa
Biarlah Rahsia! Ain nak out dah. Tidur lagi best. Bosan, dalam bas ni tak ada kawan. Abanglah ni. Huhuhu..orang lain semua couple tau! Ain jer sorang2 ni :(

Tanpa menunggu balasan mesej dari Putera Amri, aku terus logout. Aku pandang lagi keluar tingkap, menyaksikan permandangan luar. Kepala aku lentokkan ke kusyen bas sambil melayan lagu-lagu syahdu yang diputarkan oleh dj Sinarfm. Radio dipasang dalam bas ni. Walau pun orang lain sibuk berbual dengan couple, anak dan isteri masing-masing, sekurang-kurangnya suara dj yang ke udara mampu juga menghiburkan hati aku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience