BAB 13

Romance Completed 96818

Hasrat aku untuk keluar mencari kerja hari ini tidak kesampaian, kerana aku tiba-tiba tiada mod untuk keluar rumah. Sedih sangat kena tinggal. Macam ternampak saja wajah EnTAH aku dalam rumah ini. EnTAH! Aku seru lagi nama tu dalam hati. Kenapa dengan aku ni? Takkan sebegini mudah aku jatuh cinta? Kalau dia kahwin dengan Syarifah Haslinda, kemudian dia ceraikan aku, macam mana?

Anggerik Desa

Kenapa?
Hati ini sepi lagi,
Rindu?
Siapa yang harus ku rindu?
Dia?
EnTAH..

Kenapa?
Minda aku bercelaru,
Merusuh selalu,
Serba tak kena,
Sakit jiwa!

Kenapa?
Jiwaku resah,
Ketenangannya terganggu,
Aku keliru!

Kenapa?
Bayangan itu hadir lagi,
Menyakitkan hati,
Mengusutkan minda,
Meresahkan jiwa,
EnTAH...
Pergilah! Jangan mendera perasaanku.

~PQA~

Feeling-confused :(

Aku post lagi puisi luahan perasaan hatiku. Aku tak berharap untuk rakan fac aku like atau pun komen. Ini caraku untuk menghilangkan bosan. Daripada aku post status mengutuk dan menyindir orang, lebih baik aku berpuisi saja. Lantaklah orang nak faham ke tidak, nak baca ke tidak. Aku tak paksa pun.

Putera Amri
Rindu kat EnTAH ke?

Anggerik Desa
:p

Aku terkejut bila Putera Amri like dan komen. Selalunya kalau aku online siang, dia tak pernah tegur aku. Dia tak kerja ke? Dia cakap nak balik Penang, takkan dah sampai Penang kot? Aku tengok jam di dinding, baru pukul 11.00 pagi. Mungkin dia balik naik kapal terbang kot?

13/1011.02am
Putera Amri
Dah dapat kerja?

13/1011.05
Anggerik Desa
Tak!

13/1011.16
Putera Amri
Kenapa?

13/1011.19am
Anggerik Desa
Ada orang baik hati. Dia dah bagi cash 2 ribu. Malas pulak nak pergi kerja. Nanti boleh keluar belanja pakwe, tengok wayang. Mesti best... :p

13/1011.21am
Putera Amri
Abang tak izinkan! Jangan sampai abang pasang spy Ain!

13/1011.22am
Anggerik Desa
;p

13/1011.23am
Putera Amri
Ain!

13/1011.25am
Anggerik Desa
Awal on9? Selalu tak pernah terserempak dengan encik waktu siang ni. Ada di mana? Dah sampai penang? Tak kerja?

13/1011.30am
Putera Amri
Abang rindu dengan puisi cik penyair. Abg baru sampai. Syarikat di KL, adik abang akan ambil alih. Nanti cuti, abang balik jumpa Ain. Abang kena out. Ain take care ya. LUMU..bye.

Aku garu kepala. Hah? LUMU tu apa? Puas aku berfikir dan akhirnya bibir aku ukirkan senyuman.

13/1011.50am
Anggerik Desa
LUMUT ;D

13/1011.51am
Putera Amri
Ngaku pun!

13/1011.56am
Anggerik Desa
Kata nak out?

13/1011.59am
Putera Amri
Buatkan puisi cinta untuk abang, untuk buktikan LUMUT Ain tu!

Aku geleng kepala, sambil bibir terus mekar dengan senyuman. Aku mula mengarang Puisi Cinta khas buat EnTAHku. Aku send dalam peti masuk facnya. Mana boleh post dalam wall. Mampuih, kena gosip.

13/1012.20pm
Anggerik Desa
Ada Cinta Dalam Hati

Sayang..
Dalam diam hati ini bergetar,
Dilanda badai asmara,
Oleh renungan matamu yang memukau,
Oleh senyummu yang mengoda,
Oleh gayamu yang mempesona,

Sayang...
Mengertikah kau apa maknanya cinta?
Cinta itu sakit!
Kerana, bila ada cinta,
Pasti ada rindu yang bertamu,
Bila ada rindu,
Pasti mengocak kalbu,

Sayang...
Dalam diam aku mencintaimu,
Dalam diam aku menyayangimu,
Dalam diam aku merinduimu,
Apakah semuanya ini?
Sungguh, aku tak mengerti!
Jelaskan padaku!

Aku yang menanti jawapanmu!
~YWF~

13/1012.25pm
Putera Amri
Sayang buat abang nak fly balik KL la..

13/1012.27pm
Anggerik Desa
Laaaa...tak out lagi? Ain out dulu. Dah lapar, nak makan.

Aku logout dah off lappy. Perut dah berlagu keroncong. Pagi tadi aku tak sarapan sebab tak berselera. Ni baru rasa lapar sangat. Bila aku jengah dapur, cuma ada meggi dengan roti saja dalam cabinet dapur. Masak dan makan dulu apa yang ada, petang nanti baru aku keluar shopping. Taman perumahan kami ni dalam pekan, Giant, Jusco, KFC, Md Donald dekat saja.

Selepas aku makan, aku rehat sekejap sementara nak tunggu solat Zohor. Tinggal seorang diri di rumah, aku bebas berbuat apa saja. Kalau aku rindu kat EnTAH, aku akan masuk bilik dia dan memakai minyak wangi yang dia tinggalkan. Aku tidur sekejap dalam bilik dia. Aku masuk bilik bacaan. Tak banyak pun buku dia, semuanya pasal bisnes dan majalah orang lelaki. Aku selongkar bilik dia. Semua laci tak berkunci. Cuai betul orang tua ni. Kalau ada barang penting yang hilang, aku juga yang bakal kena ni.

Selongkar punya selongkar, aku jumpa sebuah album gambar di dalam laci bawah sekali. Di depan sekali ada beberapa keping gambar pernikahan kami. Tak perasan pula aku ada jurufoto hari tu. Aku belek lagi album tu, satu muka demi satu muka. Yang lainnya, lebih kepada gambar keluarga. Ada sekeping gambar yang menarik minatku. Gambar seorang perempuan cantik yang sedang disarungkan cincin. Gambar terakhir, couple dengan pakaian sedondon. Macam pengantin pun ada juga. Aku belek gambar tu dengan lebih teliti. Ada mirip Putera Amri aku. Diakah?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience