BAB 23

Romance Completed 96820

Anggerik Desa

Yang Indah Hanyalah Sementara

Mengapa begini?
Sepi ini menjerut diri,
Rasa sesak nafasku ini,
Kerana keindahan itu tiada lagi,
Apa salahku sayang?
Adakah kau sudah berubah hati?

Apa mahumu?
Menghadiahkan rasa sepi ini untukku,
Tega benar dirimu,
Menghancurkan jiwaku,
Aku perlukan kasih sayangmu,
Aku perlukan dirimu sayang,
Jangan tinggalkan aku!

Sayang...
Kembalilah, kerana sepi ini buat aku rindu,
Rindu ini buat aku sakit,
Sakit ini buat aku terluka,
Hanya kau yang mampu merawatnya.

~PQA~
Feeling-Alone :(

Aku post lagi puisiku untuk kesekian kalinya. Tiba-tiba aku teringin menulis cerpen lagi. Aku pilih tajuk cerpen aku Aku Bukan Penyair, gara-gara Tengku Amri memanggil aku Cik Penyair. Aku tulis kisah hidup aku selepas kehilangan ibu dan abah, juga kisah cinta aku dan Tengku Amri. Sekarang ni aku cuba mendalami perasaanku andai aku ditinggalkan Tengku Amri.

“Siapa yang kena tinggal? Sayang buat puisi untuk siapa tu?”Tengku Amri menegur. Bila masa pula dia ada kat belakang aku ni? Aku menoleh, dia siap jungkit kening lagi sambil merenung tajam ke wajahku. Bibirku lantas melebarkan senyuman. Idea bertindak pantas untuk mengenakan dia.

“Untuk rakan FB baru. Semalam kami chat sampai pagi, dia cakap dia nak pergi luar negeri.” aku menjawab sambil berpusing mengadap skrin kembali. Aku dengar Tengku Amri sudah mendengus kasar. Tak puas hati letew?

“Ain memang degilkan? Kan abang dah larang Ain, jangan chatting dengan lelaki lain selain abang. Kalau abang yang chatting dengan perempuan lain, Ain marah tak? Tentu Ain akan cemburukan?” Tengku Amri sudah duduk di sebelahku. Aku main-main saja. Dia pula ambil serius dengan gurauan aku tu. Aku toleh ke sebelah sambil mengenyitkan mata. Dia ketuk kepala aku dengan majalah.

“Sakitlah, abang ni..suka ketuk kepala Ain. Ain gurau je la. Ni puisi untuk cerpen Ain. Dah lama Ain tak tulis cerpen. Saja ja Ain nak asah minda.” aku mengosok kepalaku sambil menerangkan keadaan sebenar kepadanya. Cemburu bangat ini suami. Suami siapa entah? Hehe..

“Pandai ke Ain tulis cerpen? Nanti siap bagi abang baca, nak tengok cerpen Ain tu taraf sekolah rendah ke sekolah menengah?” Tengku Amri tersengeh. Aku memasamkan muka. Aku tahulah, aku ni bukan pandai pun.

“Oh..Ain gurau dengan abang boleh. Abang gurau dengan Ain, pandai pulak nak tarik muncung?” Tengku Amri tarik hidung aku. Aku tepis pantas. Sakit kot.

“Dah, dah..seri 1-1. Ni..Ain nak tanya abang, dah lama dah ni. Abang kelentong apa dengan ustaz Akil dan ustazah Zainab tu, sampai mereka nak nikahkan kita, siap buat kenduri untuk kita lagi?” aku berpusing dan mengadap Tengku Amri, cerpen aku yang baru nak bermula aku biarkan dulu. Isu ni lagi penting aku rasa. Giliran encik suami pula tarik muka. Aku buat tak peduli.

“Bila masa pulak abang kelentong? Malam tu lepas Isyak abang berbual dengan ustaz Akil. Abang cakap kat dia abang nak sewa rumah Ain. Dia ajak abang ke rumah dia, tapi abang tak mahu. Dia panggil beberapa orang jemaah masjid. Kebetulan salah seorangnya kenal dengan abang, jadi dia buat saranan kepada abang suruh abang kahwin saja dengan Ain.” aku dengar dengan teliti .Macam cerita tergantung saja. Aku suruh dia cerita lagi.

“Apa jadi selepas tu?” aku menyoal Tengku Amri. Masih tak berpuas hati.

“Abang minta tempoh. Abang cakap abang nak buat solat Isthikarah dulu. Abang tanya mereka pasal Ain. Siapa Ain, keluarga Ain dan sebagainya.” Tengku Amri menarik nafas sebelum menyambung kembali.

“Malam tu abang tak dapat tidur. Selepas buat solat Isthikarah pun abang tak mendapat jawapannya. Abang pujuk hati, dan untuk menghilangkan serabut kepala abang, abang on Fac dan chat dengan Ain, tapi puisi Ain pulak macam orang baru jatuh cinta saja..” Tengku Amri berhenti berkata-kata dan ketawa. Aku pula yang rasa berbahang. Hiesy..boleh lagi dia nak ketawakan aku.

“Puisi tu untuk abangkan? Maknanya dalam marah-marah Ain tu, Ain dah suka kat abang la ya?” dia soal aku sambil ketawa. Geram pula aku.

“Elehh..biarlah untuk siapa pun. Ingat abang sorang saja rakan Fac Ain?” aku tak mahu mengalah. Sengaja aku nak mendera perasaan encik suami ni. Kelat jugalah wajah dia selepas itu.

“Ain..serius sikit boleh tak?” aku tersengeh. Tengok wajah Tengku Amri yang dah merah tu, aku tau dia sedang marah. Aku capai tangan dia dan bawa ke bibir. Aku cium tangannya setulus hati.

“Yer, puisi tu memang untuk abang pun. Ain pun tak tahu, bila abang tanya pasal puisi, Ain akan tulis puisi macam tu. Err, status abang malam tu untuk siapa ya? Apa yangabang jumpa?” bila dia tanya pasal puisi, baru aku teringat pasal status dia malam tu.

“Jumpa Ainlah. Hanif cabar abang, dia kata abang dah lepaskan Linda untuk dia, jadi dia nak abang mencari seseorang untuk naik pelamin bersama dia. Bila abang buat keputusan untuk menikah dengan Ain, abang anggap abang dah jumpa apa yang abang cari.” Tengku Amri menghentikan ceritanya sambil menarik tangan aku supaya berdiri. Aku panik.

“Eh, nak ke mana pulak ni? Ain nak tulis cerpenlah abang.” aku tetap berdiri walau bersuara memprotes. Tengku Amri simpan manuskrip cerpen aku dan off laptop. Aku dah bercekak pinggang. Dia heret aku ke bilik, sempat aku mengerling jam di dinding, baru pukul 10.30 malam.

“Abang dah bagitau Ainkan pasal mas kahwin Ain ni. Kenapa Ain tak ambil buku akaun ni dan simpan?” masuk saja ke bilik, Tengku Amri serahkan aku buku akaun bank. Aku tercenggang juga. Mungkin dia pernah bagitau, cuma aku yang terlupa.

“Erkk? RM12,120.13?” aku garu kepala sambil duduk di birai katil. Tengku Amri ikut duduk di sebelah aku sambil merangkul bahuku.

“Dua belas ribu, seratus dua puluh ringgit, tiga belas sen bersamaan 12.10.2013 okey tak? Abang tak tahu nak bagi banyak mana, abang tanya ustaz Akil, dia cakap ikut suka. Pagi kita nikah tu abang sibuk berkejar ke sana sini. Abang bagi duit untuk ustaz Akil buat kenduri dia tak mahu. Dia kata Ain dah macam anak kandung mereka. Semua hantaran dan cincin ustazah Zainab yang siapkan. Abang cuma bagi duit saja.” aku menghela nafas berat. Terasa berdosa lagi. Aku siap sumpah seranah dia lagi sebab dia paksa aku nikah.

“Ain tak fahamlah bang, selalunya nak menikah ni kena ambil masa beberapa hari untuk siapkan semua hal, tapi kita senang pulakkan?” aku bertanya ragu. Aku bukannya tahu apa-apa pun. Tahu-tahu dah jadi isteri orang. Macam bermimpi pula.

“Yang senang tu Ain. Abang ni yang teruk kena interview masa nak isi borang nikah tu. Abang minta maaf sebab abang curi I.C Ain. Siapa suruh Ain letak I.C Ain merata-rata.” aku berfikir sejenak. Bila masa pula dia curi I.C aku ni? Aku pandang tepat ke wajahnya.

“Bila abang curi? Ain tak tau pun..” aku blurr. Tengku Amri sudah naik ke katil dan merebahkan badannya. Aku angkat kedua kaki dan duduk bersila mengadapnya.

“Ain, Ain..sampai tak perasan. Nasib baik abang yang baik hati ni yang curi. Pagi tu abang datang rumah Ain nak minta I.C ,tapi abang tak jumpa Ain. Abang jumpa I.C Ain atas meja sofa, abang ambil sajalah. Pintu pun Ain tak kunci, kalau pencuri masuk macam mana?” aku imbas balik hal pagi tu. Seingat aku, aku tengah isi resume untuk minta kerja secara online. Aku tinggalkan sekejap sebab pergi bilik air. Aku tepuk dahi tiba-tiba.

“Tidurlah Ain. Abang letih ni. Esok nak kerja lagi.” aku tak membantah. Aku bangun dan turun dari katil. Lampu tidur aku on dan tutup lampu bilik. Aku naik ke katil semula dan rebahkan badan di sebelah encik suami.

“Good my girl. Macam ni baru boleh bagi cucu kat bonda cepat.” aku menjeling manja ke arah encik suami. Suka letew aku ikut arahan dia tidur awal malam ni. Alahai EnTAHku!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience