BAB 10

Romance Completed 96818

Dia menunaikan janjinya, membawa aku berjalan-jalan. Atas permintaanku dia bawa aku ke Cameron Highland. Aku nak imbas balik kenangan terakhir aku dengan ibu dan abah. Kami bercuti di sini sebelum ibu dan abah buat keputusan untuk pergi umrah. Lelaki sebelah aku yang sedang memandu aku renung. Mungkin dia perasan dengan renungan aku dia menoleh sekilas lalu, kemudian dia memandang semula ke jalan raya.

“Kenapa Ain pandang abang macam tu? Ain baru perasan abang ni handsome ke yang pandang abang sampai tak berkelip mata?” aku ketawa mendengar kata-katanya. Selalunya statement macam tu hero-hero dalam novel dan cerpen saja selalu cakap. Almaklumlah, semua penulis nak jadikan hero dan heroin mereka tu perfect. Payah nak jumpa hero dan heroin yang tak kacak dan tak cantik. Kalau ada pun, ending cerita mesti akan berubah juga jadi cantik. Hmm..nama pun cerita imaginasikan?

“Kalau Ain tanya, jangan marah ya?” aku teragak-agak untuk bercakap. Takut dia marah atau ketawakan aku.

“Okey..” dia angguk perlahan.

“Errr, encik nama apa erk? Semalam Ain blurr plus blank tahap tak ingat. Ain pun tak tau macam mana Ain boleh angguk. Mungkin sebab Ain hormat ustaz Akil dan ustazah Zainab yang membuatkan Ain dengan mudah bersetuju untuk nikah dengan encik.” lancar saja aku meluahkannya. Dia menghela nafas sebelum menjawab.

“Ain..sebelum tu abang minta maaf, sebab paksa Ain nikah dengan abang. Abang terdesak sangat sebenarnya. Malam yang abang tak balik tu abang tidur di masjid. Puas abang berfikir macam mana abang nak masuk ke rumah Ain. Akhirnya hanya nikah dengan Ain saja jawapan yang abang dapat. Lagi pun, abang belum terikat dengan mana-mana perempuan. Err..bukan tak ada langsung. Err, abang, abang..macam mana nak cakap...” aku pandang lelaki yang sedang memandu sebelah aku ni. Cakap aje la, bukan aku nak makan dia pun. Dah la, lain yang aku tanya lain pula yang dia cerita. Panjang berjela pula tu.

“Abang dah bertunang sebenarnya, cuma...”

“Encik! Ain cuma tanya nama encik saja kan? Yang encik bercerita semua riwayat hidup ni kenapa?” aku memangkah kata-katanya. Nak cerita tapi tergagap-gagap, baik tak payah cerita!

“Erm..Tengku Amri Hazif. Nama suami sendiri pun tak tahu ke Putri Quratul Aini?” aku mencebik. Kalau tak pernah kenal langsung, tup-tup kena paksa nikah, mana nak tahunya.

“Ain, betul ke tak ada Fac?” hah? Aku tersentak mendengar soalannya.

“Apa kena mengena dengan Fac pulak ni?” aku menyoal balas. Nak stalk aku ke? Aku berdialog di dalam hati.

“Tak adalah, abang tanya saja, sebab abang selalu chatting dengan perempuan ni. Alah, tak perlu ceritalah. Ain bukannya teringin nak tau punkan?” aku menjeling tajam ke arahnya. Eleh, perli aku letew?

“Encik ada Fac ke? Nick name encik apa erk? Nanti Ain buka akaun Fac boleh Ain add encik.” aku pura-pura macam orang tak ada fac, pada hal friendlist fac aku dah nak mencecah 3,000 orang.

“Putera Amri..” gulp..aku telan liur sambil memandang ke arahnya.

“Err..gambar profil dengan gambar cover encik gambar apa erkk?” berminat pula aku nak tahu. Dengar nick name fac dia pun aku dah mengelabah giler. Janganlah dia Putera Amri tu..

“Aik, kata tak ada Fac? Semua pasal Fac Ain tahu pulak?” adoi..ini yang aku malas ni. Aku tanya dia, boleh pula dia tanya aku balik.

“Dulu ada, tapi dah kena block sebab ada masalah dengan e-meil.” aku tak tipu okey. First fac, aku guna nama sebenar Putri Quratul Aini, tapi fac tu dah tak aktif dah.

Kereta berhenti dilampu isyarat. Dia pandang aku dan ukirkan senyuman. Aku tak tahu apa ada dalam minda dia. Aku pandang ke hadapan, memerhatikan kereta yang berderet melepasi lampu isyarat.

“Ain memang semulajadi suka menipu ke?” soalan dia buat aku tersentap lagi. Aku menoleh lagi ke arahnya yang masih fokus memandang ke jalan raya. Dia mula menekan minyak dan membelok ke kanan.

“Semalam, selepas Ain tak keluar makan abang naik ke bilik Ain dalam pukul 11 lebih macam tu. Abang panggil Ain tak menyahut, abang pulas tombol pintu. Tak berkunci, abang pun masuk cari Ain. Abang tak sengaja tertengok laptop Ain. Anggerik Desa tu Ainkan? Jangan tak mengaku Ain. Setiap kali Ain tulis puisi, mesti Ain tulis PQA di bawah puisi tu kan? Puteri Quratul Aini?” erkk..kantoi! Kenapa la boleh kantoi awal sangat? Kalau dia Putera Amri tu maknanya semalam? Huarghhh! Stress!

Aku menoleh ke arah luar kereta. Tak mahu lagi pandang dia. Tentu dia dah baca semua puisi-puisi yang aku post. Puisi-puisi luahan hati aku. Macam mana ni?

“Tak sangkakan cik penyair, kita selalu berchatting dalam Fac, tau-tau sekarang dah jadi suami isteri. Puisi Ain semalam, Ain tuju untuk abang ke? Ain memang benci sangat ke dengan abang? Sorry...” aku mengeluh lagi. Aku dah tak ada idea untuk membalas lagi dah.

“Dalam Fac, Anggerik Desa ni akan menjawab setiap patah kata Putera Amri, takkan di alam nyata cik penyair sudah kelu seribu bahasa kot?” banyak pulak songehnya. Alam maya dengan alam nyata takkan pernah sama. Macam cerita reality dengan imaginasi. Dalam dunia imaginasi penulis adalah pengarah jalan ceritanya, sedangkan cerita reality, apa yang kita rancang mungkin takkan terjadi, kerana sebaik-baik perancang kehidupan kita adalah Allah. Aku mula membebel di dalam hati.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience