BAB 21

Romance Completed 96818

EnTAH aku bawa aku masuk bilik dia selepas makan. Katanya dia nak denda aku sebab buat dia risau. Teruk dia kena usik dengan yang lain. Dia boleh buat selamba saja. Aku tak mahu ikut, tapi biasa sangatlah. Dia memang juara memaksa dan mengugut. Dia bisik aje ugutan dia tu.

“Kalau Ain nak selamat, baik Ain jangan degil. Kalau tak, siaplah Ain.” macam ni la ugutan dia. Malu aku dengan usikan saudara maranya. Satu hal lagi yang buat aku mengelabah bila bonda cakap aku dan Tengku Amri akan naik pelamin juga esok, sebab aku belum diraikan lagi sebagai menantu dalam rumah ini. Kelu seribu bahasa aku. Nak menolak memang tak mampu. Dah kena cop sebagai budak degil pun.

Melangkah saja masuk ke dalam bilik, aku sudah berdiri kaku di depan pintu. Apakah ini? Gambar aku bersama Tengku Amri berlambak tergantung di dinding. Gambar pernikahan kami paling besar digantung di kepala katil.

“Cantik tak sayang?” EnTAH menyoal sambil memeluk dan mencium pipiku. Aku dengar bunyi klik dekat pintu. Aik, takkan siang-siang hari nak kurung aku dalam bilik kot? Aku sekeh jugak kang. Aku mula curiga bila melihat renungan nakal EnTAH kepadaku.

“Ain banyak nak soal abang ni, sebab Ain tengah blurr sangat ni. Macam mana semua orang dalam rumah ni tahu Ain ni isteri abang?” aku bertanya lancar bercampur geram dengan gelagat dia selepas masuk ke bilik. Letih pula aku menepis. Suka pula dia bila aku marah dia dengan gelagat nakal dia tu.

“Semua orang dalam rumah ni kenal Ain. Ain saja yang tak kenal orang dalam rumah ni. Bonda dah banyak kali jumpa Ain di Kuala Lumpur. Dah banyak kali tengok Ain cuci toilet, mop lantai bagai, cuma Ain tu saja suka buat hal sendiri. Bukannya reti nak panggung kepala tengok orang sekeliling.” aku termanggu. Malunya, bonda kenal aku rupanya. Kenapa dia tak perkenalkan diri? Dia nak uji aku ke? Hailah nasib..

“Jadi, selama dua hari ni bonda tahulah, Ain ni isteri abang?” EnTAH mengeleng.

“Bonda cakap, dia tak perasan pun perempuan yang dia jumpa kena ragut di Lapangan Terbang, siap menangis-nangis, merayu-rayu dia minta kerja tu menantu dia. Bonda bawa Ain balik pun sebab wajah Ain seiras wajah kawan baik dia sejak zaman sekolah dulu, tapi dah terputus hubungan.” EnTAH bercerita, aku dengar, dan dia terus sambung cerita dia.

“Abang sampai di Kuala Lumpur semalam. Abang pakat dengan Hanif dan Ayu untuk buat susprise kat Ain. Ingat nak sambut Ain ala-ala tuan puteri. Abang sewa kereta berhias untuk jemput Ain ke KLIA, tapi abang frust, bila tak jumpa Ain. Puas abang call, tak dapat. Abang online dan tinggalkan mesej dalam inbox.

Bila nak makan tadi abang orang paling happy bila nampak Ain. Abang bagitau bonda siapa Ain di depan semua. Kami semua sedang berlakon buat-buat tak kenal Ain tadi, tapi hati abang pula terbakar, bila tengok Ain buat don't know kat abang, walaupun abang dah berdiri di sebelah Ain.” aku ketawa mendengar ayat terakhirnya. Boleh pula dia gigit telinga aku. Lepas geram katanya. Dah lama dia nak buat, sebab aku ni terlalu degil. Huh, yalah sangat.

“Err..yang abang cakap 3 in 1 tu untuk apa? Ain cuma tak dapat jawapan terakhir. 1.Buat perhitungan. 2. Nak lepas rindu, yang ke 3, apa pulak?” selagi tak dapat jawapan, aku takkan berpuas hati. Tanya tetap tanya.

“Takkan Ain tak tahu?” dia tanya sambil merenung aku. Ada senyuman herot di bibirnya. Siap jungkit-jungkit kening lagi.

“Kalau dah tau, buat apa Ain tanya lagi?” aku jawab sambil mendengus geram.

“Abang nak padamkan rindu Ain yang sedang membara tulah. Takkan dah lupa dengan puisi terakhir Ain?” EnTAH menjawab dan menyoal aku balik. Erkk..aku kelu sekali lagi dan pergerakanku juga turut kaku bila EnTAH semakin bertindak nakal.

“Jom!” dia bersuara perlahan.

“Pergi mana?” aku tanya ragu-ragu.

“Turun bawah, kita solat jemaah di bilik solat.” dia berkata sambil membuka pintu dan keluar dari bilik. Tinggal aku seorang yang masih termanggu-manggu dengan sikapnya. Bila EnTAH sudah menghilang barulah aku tertawa seorang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience