BAB 9

Romance Completed 96818

Hari ini aku bercadang nak keluar cari kerja. Aku bersiap awal pagi dan turun kebawah. Nasib aku tak berapa nak baik pula. Aku terserempak dengan lelaki tu di muka pintu dengan bungkusan di tangan. Nampak macam makanan saja. Rajin pula dia keluar beli makanan pagi-pagi ni.

“Awal Ain, nak ke mana ni?” dia menyoal aku sambil memandang tepat ke wajahku. Aku toleh ke arah lain. Nak bagi tahu ke tak? Huarghh..payah juga bila dah ada suami ni, semuanya nak kena report. Minta izin bagai..

“Keluar, cari kerja.” aku bagi tahu dia juga. Takut juga aku, pagi-pagi lagi dah buat dosa, keluar tanpa izin suami.

“Dah! masuk makan sarapan dulu. Nanti abang bawa Ain, lagi pun hari ni hari minggu, mana ada orang cari kerja hari minggu.” dia memegang tangan aku dan mengheret aku masuk. Aku meronta. Rasa macam nak bagi penendang free saja kat mamat ni.

“Lepaslah encik! Yang nak pegang-pegang tangan Ain ni kenapa? Cakap saja tanpa sentuh, tak boleh ke?” dia tergelak. Aku pula yang bengang, dia asyik nak cari pasal saja. Nasib baik aku masih ingat lagi dia ni dah jadi suami aku.

“Okey, okey..hari ni saja abang nak control Ain, sebab kelmarin ketika isi borang nikah abang perasan hari ni birthday Ain, so abang nak bawa Ain jalan-jalan. Hari ni saja. Sambil-sambil tu, boleh kita berkenalan dengan lebih dekat lagi. Mulai esok baru kita buat hal masing-masing, cuma Ain kena la report dulu kat abang. Kalau jadi apa-apa, senang abang nak cari Ain.” bibir aku yang dah nak senyum pada mulanya, terus tak jadi bila mendengar ayat terakhir. Kata buat hal masing-masing, tapi still nak kena report dengan dia. Baik tak payah! Huh!

“Lagi satu, abang rasa abang lagi tua dari Ain, tak boleh ke Ain hormat abang sikit. Tak payah nak berencik sangatlah! Panggil abang boleh?” dia tayang senyum gatal. Aku mencebik.

“Ain tak mau! Encik yang cakap semalam, encik bernikah dengan Ain kerana nak sewa rumah ni saja. Buat apa nak berabang-abang bagai?” aku masuk ke rumah, tuju ke dapur dan buat milo panas untuk aku. Aku keluarkan roti dari cabinet dapur tanpa pedulikan dia yang mengikut aku masuk ke dapur.

“Ikut suka Ainlah. Kenapa makan roti? Abang dah beli nasi lemak banyak ni..” dia menuangkan nescafe 3 in 1 ke dalam mug. Aku perhatikan dia. Sekejap saja, aku kembali fokus dengan roti dan milo panas aku.

“Diet...” sepatah aku menjawab. Sebenarnya, terbau aroma nasi lemak tu saja dah buat aku kecur liur. Hanya kerana malu, sebab dia yang beli aku tak berani nak memandai-mandai.

“Badan macam cicak kobeng pun ada hati nak diet?” dia bersuara perlahan. Aku kebam bibir. Dia ingat aku ni pekak gamaknya? Dia duduk di sebelah aku, buka nasi lemak yang berlaukkan sambal sotong dan bilis goreng. Perghh..tak tahan aku tengok. Macam nak sambar saja sebungkus.

“Sedap giler. Rugi kalau Ain tak makan.” dia bersuara tanpa menoleh ke arahku. Aku perhatikan gelagatnya yang sedang makan. Nampak benor nipunya. Dari reaksinya tu macam orang sedang berlakon nak bagi aku terliur saja.

“Ain tak makan sotong. Alergik.” Ceh..dari mana aku belajar menipu ni? Sedangkan sambal sotong tulah favourite aku, lebih-lebih lagi kalau ibu yang masak. Ibu, air mataku bergenang di tubir mata tanpa sedar. Aku rindukan ibu dan abah.

“Tengah makan pun sempat lagi nak feeling Ain?” aku buat-buat tak dengar soalan dia. Aku habiskan baki air milo dan membawa mug ke singki. Aku seka air mata yang mula mengalir. Aku pun tak tahu, kenapa aku nak emosional sangat pagi ni.

Hidup ini memang pelikkan? Sejak sebulan yang lalu aku seorang diri di rumah ini. Dalam sekelip mata, rumah ini sudah ada penghuni lain yang berlainan jantina denganku. Yang paling tak boleh nak percaya, dia dah jadi suami aku. Mungkin bukan suami tercinta, tersayang atau yang sewaktu dengannya, tapi kalau ikut hukum, kami memang sudah sah bergelar suami isteri. Dia sekarang dah jadi mahram aku pun. Aku melepaskan keluhan. Kita hanya merancang tapi Allah jua penentu segalanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience