BAB 4

Romance Completed 96820

Aku tunggu penyewa baru tu sampai pukul 10 malam, tapi bayangnya pun tak nampak. Aku masuk ke bilik utama, beg pakaiannya masih ada. Aku buka almari baju yang telah aku kosongkan. Sudah siap tergantung beberapa helai baju lelaki itu di dalamnya. Aku bingung sekejap. Pagi tadi beriya-iya dia nak menyewa rumah aku, dah malam tak balik pula. Bagus juga dia tak balik, taklah aku seram sangat tinggal serumah dengan dia malam-malam ni. Aku bermonolog dalam hati.

Dalam aku serabut memikirkan perihal lelaki tu aku login fac. Dah lama aku tak berbual dengan Putera Amri. Apa khabar dia agaknya? Selepas login Fac, aku ronda dulu laman utama untuk membaca status terkini rakan-rakan Facku. Dalam Fac ni ada juga status yang boleh diambil pengajaran dan iktibar. Ada juga motivasi dan keagamaan. Sambil berfac, boleh juga membaca terjemahan Al-Quran dan Hadis.

Putera Amri
Aku dah jumpa. Perfect, tapi agak tegas. Aku masih mencari jalan bagaimana caranya untuk masuk ke dalam hidupnya.

Aku terbaca status yang telah dikemaskini oleh Putera Amri. Aku klik namanya. Biasalah, aku memang selalu stalk Fac dia pun setiap kali aku online. Bila aku masuk timeline dia aku jadi pelik. Sebagaimana aku yang tak online sebulan, begitu juga dengan Fac dia. Status terakhir dia sebulan yang lalu. Yang aku baca tadi baru beberapa minit dipos. Aku malas nak tegur dia. Biarlah dia yang tegur aku dulu.

10/1011.05pm
Putera Amri
Hai cik penyair. Malam ni takde puisi ke?

Panjang pula umur hamba Allah ni. Aku baru sebut-sebut dalam hati, dia dah PM aku. Bibir aku mengukirkan senyuman tanpa sedar.

10/1011.08pm
Anggerik Desa
Ada..Lima belas minit lagi saya update. In syaa Allah.

Aku balas mesejnya. Sambil tu aku klik nama aku sendiri dan masuk ke timeline aku semula. Aku klik kotak untuk update status dan mula mengarang luahan hatiku.

Debaran Sukma

Berdegup jantung ini kala mata bertentang mata,
Entah siapa namanya,
Aku pun tak pasti,
Hadirnya memberi irama di hati ini,
Kenapa?
Aku tertanya sendiri,

Hati ini, resahnya mengila,
Tak pernah lagi ku rasa,
Debaran sekencang ini,
Dia, ada aura tersendiri,
Kenapa?
Adakah itu namanya cinta?
Entahlah!
Aku tiada jawapannya...

Hati ini berdebar sekali,
Matanya menikam kalbuku,
Mengocak naluri,
Terbias di hati,

Suaranya menampar jiwa,
Aku terkesima,
Ada rasa dalam jiwa,
Apakah ia?

~PQA~

Aku post puisi aku tanpa ragu-ragu. Puisi pertamaku yang menimbulkan tanda tanya untuk diriku sendiri. Entah kenapa, bila menulis puisi tu aku terbayangkan wajah lelaki siang tadi. Parah sudah! Takkanlah aku dah jatuh hati kat dia?

Putera Amri
Who?

Komen dan pengelike pertama yang aku terima adalah Putera Amri. Laju pula dia, baru dua minit aku kemaskini status tu.

Anggerik Desa
Entah!

Aku jawab komen Putera Amri. Aku pun tak tahu, tiba-tiba saja idea macam tu datang. Aku belasah tulis saja. Dia yang tanya pasal puisi. Alang-alang dah tulis, aku tulis saja apa yang ada dalam mindaku. Hanya wajah lelaki itu. Aisey...

Putera Amri
Macam tu pun boleh?

Anggerik Desa
Hihihi..apa-apa pun boleh!

Dia terus buat smiley dan kami sambung berbual dalam peti masuk sampai aku tak sedar dah pukul 1 pagi. Itu pun dia yang mengalah dulu, sebab dia cakap esok dia ada kerja penting yang perlu dia selesaikan. Malas pula aku nak tanya lebih-lebih. Aku terus balas ok saja dan logout. Aku masuk bilik dan tidur selepas itu.

Sudah sebulan lebih aku tinggal seorang diri dalam rumah ni. Aku dah terbiasa sangat. Perasaan gerun tu dah semakin hilang. Kalau ini sudah suratannya aku terima saja.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience