BAB 16

Romance Completed 96820

“Dato, Apa khabar?” Tengku Amri menyapa seseorang. Aku dengan Wani yang tertinggal di belakang turut sama memberikan perhatian. Bukan tertinggal sebenarnya. Aku malas nak berkepit dengan Tengku Amri, jadi aku suruh dia jalan dulu. Aku bergandingan dengan Wani di belakang sambil berbual.

“Ha, CEO muda..how are you? Macam mana dengan Tengku Amir? Dah lama tak jumpa dia.” mereka bersalaman. Aku dan Wani hanya memerhati. Perbualan orang-orang bisnes, lebih baik tak payah masuk campur. Bukannya tahu apa-apa pun.

“Alhamdulillah Dato, papa pun sihat.” Tengku Amri menjawab ramah. Lelaki yang dipanggil Dato tadi memandang pula ke arahku.

“Putri, Takziah. Uncle dengan aunty minta maaf sangat, sebab tak dapat balik ziarah arwah. Putri tinggal dengan siapa sekarang? Kerja tak?” aku senyum. Pandangan pelik Tengku Amri pada aku, aku buat tak faham saja.

“It's okey uncle. Putri tak kisah pun. Uncle sihat? Aunty mana?” aku tanya uncle Burn balik. Nama betul uncle Burn Dato Abu Bakar.

“Kita masuk dalam dulu. Boleh berbual panjang. Kami pun baru dua hari balik dari London. Uncle ingat nak ajak aunty pergi jumpa Putri. Ehh, Jomlah..kita masuk dulu.” kami masuk ke restoran. Uncle Burn membawa kami masuk ke sudut exclusive. Sudut ni memang di khaskan untuk jamuan keluarga. Aku ambil tempat di sebelah Wani. Ketika masuk tadi aku perasan pandangan-pandangan luar biasa dari pelanggan restoran kepadaku. Lantak koranglah, tengok saja la sampai juling pun.

“Putri...” aunty Sarimah datang dan menegurku. Aku bersalaman dengannya. Wani juga. Aunty Sarimah duduk di sebelah kananku.

“Putri sihat?” aunty Sarimah bertanya sambil mengusap perlahan bahuku. Aku angguk. Pura-pura tabah di depan mereka. Aku tahu betapa akrabnya aunty Sarimah dengan ibu. Abah dengan uncle Burn. Anak-anak mereka pun dah macam abang-abang aku. Abang Fatah dengan abang Fikri. Abang Fatah dah kahwin dan dah ada dua orang anak. Abang Fikri baru 25 tahun.

Aku rapat dengan abang Fikri sejak kecil, cuma aku terputus hubungan dengan dia selepas dia pergi belajar di Australia. Aku remove dia dari senarai rakan fac aku, sebab dia panggil aku sayang. Aku cakap, perkataan sayang tu aku nak simpan untuk suami aku saja. Orang lain tak berhak nak panggil aku sayang. Aku merajuk dengan abang Fikri sejak kejadian itu, dan sehinggalah dia membawa diri ke Australia.

Makanan kami dihidangkan. Abang Fatah dan kak Sarah, serta anak-anak mereka Intan Lyana dengan Ijmal Syafik join kami makan. Aku terperasan dengan seorang pelayan restoran yang membawa hidangan untuk kami. Macam biasa tengok saja mamat ni?

“Fik, dahlah tu, marah sikit-sikit..” aunty Sarimah bersuara. Aku tergelak sambil memandang abang Fikri. Dia buat tak kenal saja dengan aku.

“Hodohkan aunty, orang tua merajuk? Dahlah hodoh dah..” aku memancing kemarahan abang Fikri. Dia menjeling ke arahku. Wani mencuit, aku menoleh ke arah Wani.

“Aku blurr plus blank dah ni...” aku faham maksud Wani. Tak ada masa aku nak jelaskan. Aku rasa bukan dia saja yang blurr plus blank, rasanya Tengku Amri yang berada bertentangan dengan aku ni pun tumpang blank sama. Tentu dia pun nak tahu apa hubungan aku dengan keluarga uncle Burn.

“Putri bila lagi nak makan nasi minyak?” kak Sarah bertanya tiba-tiba. Tengku Amri sudah tersedak. Aku yang disoal, orang lain pula yang makan cilinyer yer?

“Kak Sarah, nasi orang kampung lagi sedap kot dari nasi minyak.” sengaja aku tukar topik sambil menceduk sambal sotong di depanku.

“Ain, kenapa Ain makan sambal sotong tu? Bukan Ain alergik ke? “ aku baru nak menyuap, Tengku Amri sudah menegur. Adoi..kantoi lagi!

“Sorry..Ain tipu abang saja hari tu.” aku tayang muka tak bersalah sambil terus mengunyah. Erk? Aku panggil dia abang ke tadi? Alahai..macam mana boleh tersasul pula ni?

“Tengku dengan Putri, memang dah kenal ke atau macam mana ni?” uncle Burn menyoal sambil memandang aku dan Tengku Amri silih berganti. Aku buat-buat tak dengar. Aku terus menyuap sambil mengerling Wani di sebelah, yang hanya makan salad buah-buahan dan jus oren.

“Putri..uncle tanya ni.” uncle Burn bersuara tegas. Semua orang memandang aku. Aku memandang Tengku Amri. Tak ada tanda-tanda dia nak menjawab. Aku pun buat keputusan untuk menjawab bagi pihaknya.

“Tengku Amri bos Putri uncle, kebetulan tadi nak balik kerja, bos Putri yang baik hati ni nak belanja makan. Putri ikut jer la. Orang kata rezeki jangan ditolak. Musuh jangan dicari. Tak gitu abang Fik?” abang Fikri langsung tak pandang aku. Dia terus menyuap nasi dengan selamba. Wajah Tengku Amri sudah keruh mendengar penjelasanku. Aku pun tak berani nak memperkenalkan dia sebagai suami. Maunya dia reject aku, atau pun uncle Burn kenal keluarga dia, habislah kami.

“Bos? Tapi panggil abang?” abang Fikri akhirnya bersuara. Sinis bunyinya.

“Jangan dengar sangat budak degil ni cakap. Nak bergurau tak bertempat.” Tengku Amri menyampuk. Aku malas nak cakap apa dah. Biarkan dia pula yang bercerita. Semua orang menumpukan perhatian kepada Tengku Amri. Aku sudah selesai makan. Uish..dalam asyik berbual, berbalah, licin juga nasi sepinggan. Apa nak kata...

“Maksud Tengku Amri?” giliran abang Fatah pula menyoal.

“She’s my wife.” aku tersenyum. Mengaku pula. Abang Fikri pula tersedak. Aunty Sarimah mengusap perlahan belakangnya.

“Betul Putri? Uncle tak tahu pun. Err..bukan Tengku dah bertunang dengan anak Syed Sahlan ke?” Uncle Burn menyoal aku dan Tengku Amri serentak. Aku buat isyarat nak zip mulut kat Tengku Amri. Ngko jawablah Tengku!

“Tak! Bukan saya tapi dengan Hanif!” aku pula yang cengang. Siapa pula la Hanif ni?

“Oh! Tengku Amir Hanif, kembar Tengku Amri..” abang Fatah bersuara. Aku pula yang blurr plus blank. Hidup ini memang penuh dengan misteri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience