BAB 24

Romance Completed 96820

Pagi tadi aku dihubungi oleh seorang pegawai polis. Polis tu meminta aku untuk menuntut kad pengenalan aku yang telah ditemui. Maknanya aku kena pergi ke Pulau Pinang. Macam mana ni? Tengku Amri terlalu sibuk sejak berpindah semula ke Kuala Lumpur. Dia dengan Tengku Hanif bertukar tempat. Tengku Hanif balik bertugas di Penang. Memandangkan rumah inilah satu-satunya harta yang abah dan ibu tinggalkan untuk aku, aku berdegil dan tak mahu tinggal di Penang. Bonda dan papa tak menghalang. Kata mereka keputusan di tangan Tengku Amri.

Selepas kami kahwin, aku tanya Tengku Amri kenapa dia berpindah balik ke Penang, sedangkan dia yang beria-iya untuk sewa rumah aku hingga paksa aku kahwin dengan dia. Jawapan dia buat aku terdiam sejenak.

“Abang yang minta tukar dengan Hanif. Abang macam dalam dilema masa tu, antara keliru dan rasa serba salah. Abang keliru dengan perasaan abang sendiri. Abang juga rasa bersalah kerana paksa Ain kahwin. Tapi selepas abang balik Penang, abang asyik ingat kat Ain, terutama kenangan kita di Cameron Highland dan malam tu. Abang bangun awal pagi tu. Bila abang tenung wajah Ain, abang rasa hati abang ni sakit sangat sebab terpaksa tinggalkan Ain.

Bila abang login Fac dan baca puisi Ain, abang rasa gembira. Abang dah agak Ain pun sukakan abang. Masa tu abang rasa keputusan abang paksa Ain nikah dengan abang bukan satu kesilapan, tapi Allah memang anugerahkan Ain untuk abang. Bila Ain post puisi ke inbox abang tu, abang rasa macam nak terus balik Kuala Lumpur, tapi bila abang bagitau bonda pasal Ain, bonda suruh abang bersabar dan bagi peluang pada Ain untuk terima abang perlahan-lahan.”

Ya Allah, disebalik ujian yang Kau turunkan, tersembunyi Hikmah yang aku tak nampak. Betapa beruntungnya aku mendapat keluarga mertua yang begitu amat memahamiku. Di rumah ini tersimpan seribu satu kenangan bersama ibu dan abah. Rumah ini takkan aku jual atau sewakan pada sesiapa pun, biar apa pun akan berlaku selepas ini. Aku berjanji dengan diri sendiri.

Asyik aku melamun hingga terlupa dengan panggilan yang aku terima tadi. Aku bingkas bangun dan menuju ke bilik. Aku bersiap ala kadar dan bercadang untuk ke pejabat Tengku Amri. Setakat ini tiada siapa yang tahu aku ini isteri Tengku Amri rasanya. Hari persandingan kami dulu, tiada seorang pun rakan sekerja yang hadir termasuk Wani.

Bercakap pasal Wani, aku simpati dengan nasib kawan baik aku tu. Hari kami berkahwin, tunang Wani memutuskan pertunangan mereka sedangkan majlis nikah mereka cuma tinggal tiga hari saja. Kononnya, tunang Wani yang baru mendapat tahu Wani yang pernah gemuk akan kembali gemuk selepas kahwin. Dangkal sungguh fikirannya. Nampak sangat dia menerima Wani kerana rupa. Manusia begini tidak pernah mengunakan otak sebelum bertindak. Walau apa pun aku tabik dengan Wani. Dia tetap Wani yang ceria. Wani kata..

“Biarlah Putri, Allah Maha Mengetahui. Mungkin dia bukan jodoh aku. Mungkin jodoh aku datang macam kau. Siapa tahukan. Dapat Tengku lagi..” sempat lagi Wani berseloroh. Sebagai kawan aku hanya mampu mendoakan Wani, semoga dia mendapat seorang lelaki yang benar-benar mencintainya, kerana hatinya bukan kerana rupa dia yang dah jadi ayu lagi anggun tu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience