BAB 8

Romance Completed 96820

Aku tak dapat nak lelapkan mata. Perut aku perit. Badan aku letih. Dah banyak kali aku cuba tidur, tapi mata tetap tak mahu pejam. Dalam rasa sakit yang mencengkam, aku boleh lagi on lappy dan login fac. Aku terus masuk timeline sendiri. Malam ni aku nak lepaskan perasaan sepuasnya. Aku nak luahkan semua perasaan sakit hati aku.

Parah Hatiku Menahan Rasa

Hatiku menjerit kuat,
Aku benci kau!
Kau ibarat belati tajam,
Yang menikam hatiku,
Tanpa belas kasihan,
Namun, tiada yang mendengar,
Lalu, aku luahkan di atas kanvas sepi ini,

Parah hatiku menahan rasa,
Terseksa dan merana,
Aku tak suka dipaksa,
Tapi kau sungguh tega,
Membuat aku begini,
Aku benci!

Pertemuan kita puncanya derita dan lara,
Hatiku kau robek tanpa belas,
Dalam sekelip mata aku jadi milikmu,
Tanpa pintaku kau beriku gelaran,
Tanpa relaku kau beriku harapan,

Hatiku parah sudah,
Kelmarin ku sangka itu namanya cinta,
Dalam diam aku terkena,
Cinta yang ku sangka rupanya derita,
Derita yang datang tiba-tiba,
Bersama menemani juraian air mata,
Aku terseksa!

Yang belum dapat menerima kenyataan
~PQA~

Aku post puisiku bersama juraian air mata dan pedih perut yang semakin berbisa. Aku perhatikan jam di sudut kanan lappy, sudah pukul 11.45 malam. Aku tak tahan, akhirnya aku keluar juga dari bilik dan menyusup perlahan turun ke bawah. Mungkin lelaki itu sudah tidur, memandangkan hari sudah lewat malam.

Aku buka cabinet dapur dan mengeluarkan dua bungkus meggi dan sepaket roti. Aku rebus meggi dan masukkan dua biji telur. Aku bancuh satu mug milo panas dan masukkan dalam dulang air panas. Meggi yang sudah siap dimasak aku masukkan dalam mangkuk besar. Kesemuanya aku masukkan ke dalam dulang dan membawanya untuk masuk ke bilik.

“Ain, tak tidur lagi? Takkan makan mee segera saja Ain? Kan abang dah beli nasi goreng tu..” aku tersentak. Tak tidur lagi ke mamat ni? Aku perhatikan diri aku, masih lagi dengan pakaian tadi. Habislah aku. Tanpa mempedulikan teguran lelaki itu aku berjalan laju menuju tangga.

“Ain nak dengar cakap abang ke atau nak abang..” dia memandang aku sambil senyum pelik. Dijungkitkan keningnya beberapa kali. Aku cuba berlalu tapi dia lebih pantas menghalang laluanku.

“Tepilah! Kalau Ain tak makan meggi ni kan membazir pulak.” aku cuba mempertahankan meggi aku tu. Aku dah la tersangat lapar. Boleh lagi dia nak cari pasal dengan aku.

“Minta abang mee segera ni. Abang pun lapar jugak. Ain pergi panaskan nasi goreng Ain tu. Ada, abang letak atas meja dapur tu..” dia capai mangkuk meggi aku dan dibawanya ke ruang tamu. Wajah aku yang mula mencuka, dia buat tak peduli. Aku membentakkan kaki dan menuju ke dapur kembali. Nasi goreng yang masih berbungkus aku panaskan. Dalam tiga minit cukup. Tak payah nak lama sangat. Aku dah la kebulur tahap gaban. Selesai, aku terus makan saja di dapur. Alang-alang dah terserempak mamat tu malas pula aku nak bawa naik atas.

“Seksi jugak isteri abang ni kan. Tergoda pulak abang tengok tengah-tengah malam macam ni.” tersembur nasi yang sedang aku kunyah. Sejak bila mamat ni masuk dapur? Lapar punya pasal, aku makan pun dah tak sedar ada orang lain di dapur ni. Aku panggung kepala dan memandang tajam ke arahnya.

“Encik! cakap bebaik sikit haa, kan sekali dengan mangkuk meggi tu masuk ke mulut encik!” aku melepaskan amarah. Boleh pula dia ketawa sambil menarik kerusi dan dudukdi sebelah aku. Aku jeling dia dengan ekor mata sambil tangan terus menyuap nasi.

“Dahlah, makan sampai kenyang. Abang bergurau saja. Abang tak nak paksa. Lagi pun abang kahwin dengan Ain sebab nak sewa rumah ni saja. Tapi, Ain tolong jangan pakai macam ni lagi depan abang. Tak menahan abang menengoknyer!” aku jeling dia sekilas sambil bangun dan membawa mangkuk ke singki. Air milo panas dan sepaket roti aku bawa naik ke bilik. Seram aku nak terus berdua-duaan dengan mamat ni, lebih-lebih lagi bila dia buat ayat macam tu.

“Ain ada fac tak?” kakiku baru memijak anak tangga pertama, aku sudah mendengar dia menyoal. Tanpa menoleh ke arahnya aku terus menjawab.

“Tak ada! Buang masa ja layan laman sosial semua tu!” ceh..ayat tak boleh blah tu dah mula keluar. Aku tersenyum sambil menahan ketawa. Laju aku mengatur langkah sebelum terus disoal.

“Biar betul Ain?” aku mendengar suaranya lagi. Malas nak melayan aku terus berlari masuk ke bilik. Di bilik aku meletakkan air milo dan roti di meja belajar. Aku ambil lappy di atas katil dan membawanya ke meja belajar. Baru lepas makan, tak boleh tidur. Aku sambung online. Puisi aku tadi dah ada rakan Fac yang like dan komen. Semuanya bertanya soalan yang sama.

Putera Amri
Y?

Angah Serdang
Kenapa?

Acik Manja
Putus hati ke?

Asfarina Aslan
Why dear?

Aku terus tersenyum membaca semua komen. Prihatin betul mereka. Ada satu mesej dalam peti masuk dari Putera Amri. Nak layan ke tak? Sekarang sudah pukul 12.30 pagi. Dah beralih hari pun. Baru aku perasan hari ni birthday aku.

12/1012.27am
Putera Amri
Hepy birthday cik penyair..belum tidor lagi? Pergi tidurla, esok boleh keluar sambut birthday.

12/1012.34am
Anggerik Desa
Tak sambut kot tahun ni. Dah takde sesiapa nak sambut pun!

12/1012.37am
Putera Amri
Kenapa? Err..puisi tadi kenapa ya? Awak tak reply pun semua komen.

12/1012.45am
Anggerik Desa
Saya tiada jawapan untuk semua soalan tu.

12/1012.47am
Putera Amri
Kenapa ni?

12/1012.50am
Anggerik Desa
Nothing!

12/1012.57am
Putera Amri
Cakaplah! Kitakan kawan :)

12/101.02am
Anggerik Desa
Mana boleh cakap! Taip boleh la. Hihi..

12/101.05am
Putera Amri
Boleh saja kalau nak, dalam zaman siber ni.

12/101.09am
Anggerik Desa
Tidakkkk! :p

12/101.11am
Putera Amri
Kerat lidah baru tau!

12/101.15am
Anggerik Desa
Keratlah kalau boleh! Awak tak kerja ke esok?

12/101.21am
Putera Amri
Hari minggulah sayang! :p

Amboih! bersayang-sayang pula! Aku unfriend baru tahu! Sensitif betul aku kalau ada lelaki nak bersayang-sayang dengan aku tanpa sebab ni.

12/101.24am
Anggerik Desa
Awk pilih saja, nak kena unfriend @ block? Saya tak suka la bersayang2 ni. Lagi pun saya dah jadi isteri orang pun :(

12/101.25am
Putera Amri
Maaf cik penyair. Saya gurau saja. Jangan unfriend saya ya?

12/101.27am
Anggerik Desa
Lain kali jangan buat lagi. Nak out dulu la. Dah ngantok ni.

Aku terus out dan off lappy. Sebelum tidur, aku termenung dulu sambil merenung masa depan. Kalau ada teropong untuk tengok masa depankan best. Apa la yang aku melalut ni? Macam tak bersyukur saja dengan apa yang aku ada sekarang ni. Aku beristighfar perlahan. Manusia macam aku memang mudah lalai dan lupa. Terlupa pada ketentuan takdir. Terlupa pada hikmah yang akan Allah turunkan di kemudian hari. Ampunkan aku Ya Allah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience