BAB 7

Romance Completed 96820

“Abang dah ronda seluruh rumah ni, bilik atas yang tengah tu abang nak buat bilik bacaan. Ain tak kisahkan?” lelaki itu menyoal aku. Aku mencebik sambil memandang ke arah lain.

“Ain, masih marah abang lagi? Sorry, abang tak ada pilihan. Abang perlukan rumah ni, sebab rumah ni paling dekat dengan tempat kerja abang. Ini saja caranya untuk kita tinggal serumah. Abang rasa cara ni paling bagus daripada kita kena tangkap khalwat. Tak pa, kalau Ain tak suka jadi isteri abang, selepas abang dipindahkan balik ke Penang nanti abang akan lepaskan Ain. Boleh macam tu?” aku mendengus kasar. Dia ingat nikah ni perkara main-main ke? Boleh nikah ikut suka hati, lepas tu campak macam tu saja.

“Ikut suka hati enciklah!” aku terus berlalu dan naik ke bilikku. Masuk ke bilik aku kuncikan pintu dan menuju ke katil. Aku hempaskan tubuh ke tilam dan melepaskan tangis. Aku tertidur selepas itu dan terjaga bila waktu asar hampir ke penghujungnya. Aku bergegas bangun dan mencapai tuala di ampaian. Aku hanya mahu menyegarkan badan tanpa mahu memikirkan apa-apa lagi.

Aku langsung tak keluar bilik sejak balik dari rumah ustazah Zainab tadi. Ramai juga jiran tertangga yang ustazah jemput. Semua mengucapkan tahniah pada aku dan lelaki tu. Agaknya apa yang lelaki tu dah kelentong ustazah Zainab dan ustaz Akil sehingga mereka bersetuju untuk menikahkan aku dengan dia?

Sekarang dah pukul 9 malam. Aku dah solat Isya selepas masuk waktu tadi. Perut aku ni dah menyanyi lagu rap. Pedih menikam hingga ke ulu hati. Aku lapar sangat. Last aku makan pukul 2 petang tadi di rumah ustazah Zainab. Aku malas nak keluar bilik bila ingat lelaki tu ada dalam rumah ni. Aku hanya berguling di atas katil menekan perut yang sakit.

“Ain!” lelaki itu memanggil aku. Pintu bilik aku diketuk bertalu-talu. Hiesy..nak apa pula ni? Tak habis-habis nak menganggu hidup aku. Aku dahlah tengah lapar. Aku makan dia kang baru dia tau. Aku melalut di dalam hati.

Pintu bilik aku dah macam nak roboh dah. Mahu atau tak aku buka juga pintu dengan wajah yang serabai dan mimik muka yang masam.

“Nak apa?” aku bersuara kasar. Dia pandang aku atas bawah berulang kali. Aku cuak. Apa yang tak kena? Aku taulah aku hodoh giler sekarang ni. Dengan mata yang sembab sebab menangis sakan petang tadi, dengan rambut yang kusut dan wajah asli tanpa bedak. Aku pandang diri aku sendiri. Mak..aku pantas menutup pintu. Malu. Aku sudah biasa tinggal di rumah seorang diri dengan pakaian santai. Berbaju siglet dengan seluar pendek paras paha, memang seksi habis.

“Ain! Nanti keluar makan ya! Abang dah beli nasi. Jangan biar perut tu kosong. Nanti sakit siapa yang susah. Ain jugakkan! Abang tak apa-apa..” aku dengar suara dia sayup-sayup di luar bilik. Dalam hati aku nekad, aku takkan keluar bilik malam ni. Malu tadi pun tak habis lagi. Kali pertama kot ada lelaki yang tengok aurat aku. Ain, diakan suami kau! Ada suara yang berkata-kata dalam mindaku. Huarghhh..aku terus bertarung dengan perasaan sendiri. Stress!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience