BAB 31

Romance Completed 96820

“Nah, I.C Ain. Hari tu, ada tak polis call Ain pasal I.C Ain ni?” aku tepuk dahi sebaik Tengku Amri menyoal aku. Kami sebenarnya baru balik BBQ bersama pekerja-pekerja Syarikat Tengku Amir & Sons. Semua menghadirinya. Maksud aku yang datang bersama dalam satu bas dan juga pekerja-pekerja chalet di sini.

“Mana abang dapat ni?” aku tanya ragu-ragu. Aku kadang-kadang memang pelupa sikit.

“Pagi nak datang sini tu. Abang datang ambil I.C inilah. Saja abang nak buat susprise kat Ain. Sebab tu abang datang dulu. Tunggu bas di Butterworth dengan yang lain. Sorry, sebab biarkan Ain datang dengan mereka. Adlene dah ceritakan semuanya pada abang, selepas Ain merajuk siang tadi. Abang dah warning Ayuni tu. Ain jangan bimbang. Dia takkan kacau Ain lagi.” aku garu kepala. Langsung tak faham jalan cerita.

“Ain tak faham. Maksud abang?” aku yang sedang duduk bersila di atas katil dihampiri. Tengku Amri duduk di sebelahku.

“Selepas meeting tadi, Ayuni datang bagitau abang, Ain tengah dating dengan lelaki lain. Siap pegang tangan dan peluk-peluk lagi. Bila abang sampai, abang tengok Ain tengah main mata dengan Fikri, tentulah abang bengang. Bila abang marah, Ain pulak nak merajuk. Dah tu nak suruh abang pergi minta maaf kat Fikri pulak. Abang pun ada perasaan jugak.” aku menghela nafas perlahan. Dah lari 99.9% ceritanya tu. Macam ni la adatnya manusia. Bila sudah ada perasaan iri hati, mulalah nak buat fitnah tak tentu pasal.

“Maknanya, abang percaya la apa yang Ayuni cakap tu? Sebab tulah main serbu saja. Lain kali kalau abang nak serbu macam tu, pastikan abang pakai helmet yang tutup muka tu. Kalau tak, memang pecah mulut abang tu Ain kerjakan, sebab abang tak percayakan Ain.” entah kenapa, aku nak beremosi pula. Terbayang pula wajah Ayuni dan kata-katanya. Aku pun tak tahu apa salah aku pada dia.

“Ganas sangat tu Ain. Abang minta maaf. Bukan abang sengaja. Bila tengok Ain dengan Fikri, hati abang ni sakit sangat, lebih-lebih lagi bila abang dapat tau, Fikri tu memang ada hati dengan Ain.” aku geleng kepala. Bagi aku, nak cemburu tu tak salah, tapi biarlah bertempat. Polis pun takkan tangkap orang tanpa bukti.

“Apa pulak yang Adlene cerita kat abang, sampai abang bawa geng pergi pujuk Ain?” Tengku Amri ketawa dengan pertanyaanku. Dia menarik aku lebih rapat kepadanya.

“Segalanya..dahlah, kita lupakan semua tu. Pasai puisi Ain tu. Betul ke? Ain pasti?” dahi aku berkerut seribu. Minda terus mengerahkan tenaga berfikir. Puisi yang mana erk? Aku pandang Tengku Amri lama.

“Aku Tunggu Hadirmu, maksudnya..dalam ni kan?” Tengku Amri pegang perutku. Aku tersenyum, kepala mengeleng. Giliran Tengku Amri pula kerut kening, dia memandang tepat ke wajahku.

“Manalah Ain tahu, selalunya period Ain normal saja, ni dah lewat dua minggu. Ain saja ja tulis puisi tu. Biasalahkan, mana ada perempuan yang dah kahwin tak mau anak.” aku mengakhiri kata-kataku sambil tersenyum. Tak berani pula nak pandang dia. Tetiba saja rasa malu bila sebut pasal anak ni.

“Abang ada satu benda lagi nak bagi Ain. Kejap.” Tengku Amri turun dari katil. Aku hanya memerhatikan langkahnya. Dia menghampiri sofa di sudut bilik. Beg bimbitnya diambil. Dia mengambil satu bungkusan plastik kecil dan datang kepadaku semula.

“Chek sekarang. Abang tak sabar nak tau..” dia menghulurkan bungkusan itu padaku. Aku menyambut dan membukanya perlahan. Membulat mataku.

“Kalau negatif macam mana?” aku rasa takut tiba-tiba. Takut menghampakan dia. Bersemangat betul suami aku ni. Aku baru buat puisi, dia dah beli alat penguji kehamilan.

“Tak apa, Ain chek dulu. Kalau negatif, kita cuba lagi. Apa yang penting, kerjasama.” Wahh, dia nyanyi lagu wonder pet lagi. Mahu atau tak, aku tiada pilihan. Alat penguji kehamilan dah ada dalam tangan. Aku melangkah ke bilik air. Hati dah dupdap dupdap di dalam. Ada pelbagai perasaan dalam hati aku ni.

Aku buka bungkusan plastik dan mengeluarkan 'benda alah' tu, aku baca cara-cara mengunakannya. Aku faham dan praktikkan. Tunggu dan lihat hasilnya. Mulanya naik satu garisan berwarna merah. Tak apa, sabar menunggu, walau hati dah rasa macam nak pecah.

“Ain, ada tak? Apa yang lama sangat tu?” Tengku Amri sudah bertanya sambil mengetuk pintu bilik air. Ishh..tak sabar betul. Aku tengok sekali lagi. Mata aku terus terbuntang.

“Abang!” aku menjerit sambil buka pintu bilik air.

“Dua!” aku cakap sambil beri alat penguji kehamilan pada Tengku Amri. Dia belek dan peluk aku.

“Alhamdullilah, abang nak bagitau bonda, dia bakal dapat cucu sulung. Tadi, abang berbual dengan Hanif, dia cakap Linda..doktor tak bagi mengandung lagi dalam masa terdekat ni, sebab dia perlu buat pembedahan dulu. Ovari dia ada ketumbuhan. Mesti bonda gembira dengar berita ni.” Tengku Amri sudah teruja, aku pula yang serba salah.

“Jangan abang. Kita chek doktor dululah. Alat ni bukannya boleh percaya sangat. Lagi pun kesian kat Linda. Tentu dia sedih nanti.” aku menegahnya. Kalau tak ada, mesti malu. Lagi pun, kalau ikut pusingan haid aku, kalau ada pun mungkin baru enam minggu. Baru lagi kalau nak hebohkan pun.

“Tapi..abang dah bagitau bonda, lepas abang baca puisi Ain tu.” dia tersengeh. Aku tampar lengan dia sambil menuju ke katil. Mulut terus berdecit, sambil memprotes.

“Benda baikkan. Alah, Ain relaxlah. Abang teruja sangat hari tu. Benda alah ni bonda yang beli. Kalau harapkan abang, mana abang tau semua ni.” dia tertawa. Aku dah tutup muka dengan tapak tangan. Semakin kuat dia ketawakan aku.

“Abang ni kan..ikut suka abanglah. Kalau tak ada, jangan salahkan Ain ya. Ain bukannya apa, Ain tak rasa pulak alahan-alahan macam orang mengandung. Kalau tak ada, nanti malulah dengan bonda.” aku menjelaskan keraguanku. Dia menenangkan aku dan call bonda. Dia buka loud speaker, nak bagi aku dengar sekali apa kata bonda.

“Alhamdulillah, ha..Am tu jangan nak ganas-ganas sangat. Hati isteri tu jaga sama. Perempuan mengandung ni emosi tak stabil. Kalau ada apa-apa tu, siasat dulu. Jangan nak tuduh melulu and bla, bla...” aku dah tahan nak ketawa bila tengok Tengku Amri tarik muka kena leter dengan bonda. Sesungguhnya aku rasa amat bahagia sekarang ni. Bonda dan papa tak pernah menganggap aku sebagai orang luar. Mereka layan aku macam anak sendiri. Hanif dengan Linda saja yang masih merasa serba salah kerana harus memanggil aku kakak, kerana aku muda dari mereka. Tapi, kakak tetap kakak. Ada yang dapat menantu lagi tua dari dia okey saja. Hehe...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience