BAB 17

Romance Completed 96818

Kami balik ke rumah aku atas permintaan Tengku Amri. Dalam kereta tadi kami berbual panjang. Saling bersoal jawab. Dia tanya aku mengenai hubungan aku dan keluarga uncle Burn. Aku pula tanya dia pasal keluarga dia. Sebelum dia jawab dia sindir aku dulu.

“Ingatkan Ain tak mahu tau pasal riwayat hidup abang.” lebih kurang macam tulah ayat dia tadi. Aku sekeh juga Tengku ni kang. Hiesy...

Kami sampai rumah sebelum maghrib. Tengku Amri ajak aku jemaah sekali. Wani ABC. Dia berehat saja di bilik aku. Lepas sampai tadi dia tidur saja. Katanya terlalu letih dengan kejutan. Encik suami pula, ajak aku tidur di bilik dia malam ni, katanya dia nak lepaskan rindu sebab dia akan balik semula ke Penang esok. Dia ajak aku pergi ke Penang untuk diperkenalkan dengan keluarganya. Aku minta tempoh. Aku cakap aku belum bersedia.

“Betul Ain tak nak ikut abang balik esok?” dia tanya aku untuk kesekian kalinya. Aku tetap mengeleng.

“Meh sini. Abang letih, nak tidur awal sikit malam ni. Jangan nak mengelat.” aku mengeleng juga. Selagi tak tinggal serumah forever, aku tak mahu sebarang paksaan dalam hubungan kami.

“Bagi Ain masa. Abang di sana Ain di sini. Abang tak apalah ada keluarga. Ain sorang-sorang di sini.” aku tetap bagi alasan.

“Buktikan LUMUT (Love U Miss U Too) Ain tu.” aku ketawa. Aku hampiri katil dan mula merebahkan diri.

“Lumut tak lumut, no tetap no takkan ada yes.” aku tetap dengan keputusanku. Dia dah pejam mata. Aku tersenyum kemenangan. Sebagai hadiah aku cium pipinya.

“Tidur Ain..jangan nak goda-goda abang pulak.” aku ketawa senang hati. Macam malam pertama kami tidur bersama, aku perhatikan wajahnya hingga aku terlelap.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience