BAB 25

Romance Completed 96820

Aku sampai di Syarikat Tengku Amir & Sons. Aku menuju ke kaunter depan pejabat untuk bertanyakan tentang Tengku Amri. Penyambut tetamu Miss Adlene menegurku ramah. Aku hanya bekerja sebulan lebih saja di sini, sebelum Tengku Amri menyuruh aku berhenti dan menjadi suri rumah sepenuh masa. Tengku Amri tak mahu aku bekerja kerana tak mahu anak-anak kami nanti dijaga oleh pengasuh. Ishh..berangan jer, baru kahwin dah fikir pasal anak. EnTAHlah ni..

“Ain, you mana pigi? I lama tak nampak you ma. You sudah berenti ka?” amoi tu sudah mula menyoal aku. Dia memang peramah orangnya, bukan macam kawan dia yang di sebelah dia tu. Menyombong tak bertempat. Mentang-mentanglah aku ni cleaner saja sebelum ni, dia tengok aku senyum pun tak. Nama dia Nur Ayuni. Muka tak ayu mana pun, tapi selalu perasan ayu. Kalau orang panggil namanya mesti dia akan ucap terima kasih.

“Ayu!”

“Terima Kasih Amran.” haa, kan aku dah cakap. Amran budak despatch sudah mencebik sambil memandang ke arah lain.

“Ada surat tak? Bak sini, aku nak naik ni.” Amran bersuara kepada Ayu sebelum menoleh ke arahku. Dia mengukirkan senyuman. Aku membalas sambil menganggukkan kepala.

“Awak dah resign ke? Lama tak nampak? Kata sign kontrak tiga bulan?” Amran menyoal aku. Adlene pun macam berminat untuk mendengar. Cuma minah Ayu tu saja buat hal sendiri.

“Tak adalah. Ain kena pecat.” penyataan aku buat Amran dan Adlene terlopong. Aku nampak Ayu tersenyum sambil memandang sekilas ke arahku.

“You buat salah apa Ain, sampai kena pecat?” aku senyum pada Adlene. Amran yang sudah memegang sampul-sampul surat yang diberi Ayu, masih setia untuk mendengar ceritaku.

“Ain mencuri..” sekali lagi mulut Adlene terlopong. Amran memandang aku tak berkelip. Ayu pula terus ketawa kecil. Suka pula dia aku dipecat kerana mencuri, tanpa mereka tahu yang aku curi tu adalah hati Tengku Amri.

“Err..Adlene, Ain datang sini sebab nak jumpa dengan Tengku Amri. Dia ada tak? Boleh Ain jumpa dia?” sebelum aku diterjah dengan berjuta-juta soalan, lebih baik aku yang bertindak dulu.

“Kau nak buat apa jumpa Tengku? Dia sibuklah, mana ada masa nak jumpa orang macam kau.” Adlene yang aku soal belum sempat buka mulut, Ayu yang mencelah dulu. Aku buat selamba saja. Sikit pun tak terasa dengan ayat dia tu.

“Aku nak naik atas ni. Jomlah, ikut aku. Tadi rasanya ada saja Tengku di atas tu. Rasanya dia tengah discuss dengan client. Tak taulah dah selesai ke belum. Kau ada hal apa Ain nak jumpa dengan Tengku? Nak minta kerja kau balik ke?” aku hanya tersenyum dengan serkap jarang Amran. Tak penting pun untuk aku menjawab, aku buat isyarat untuk berlalu sambil melangkah.

“Daripada kau merayu untuk mendapatkan kerja kau balik, lebih baik kau cari saja kerja lain Ain. Orang macam kau tak susah pun untuk dapat kerja.” aku ketawa mendengar kata-kata Amran. Kami sedang menunggu lift untuk naik ke pejabat Tengku Amri. Aku diam saja. Pintu lift terbuka, aku tergamam di pintu lift.

“Nak ke mana ni Ain? Keluar rumah tak reti nak minta izin abang dulu ke?” tak pasal-pasal dah kena bebel. Aku ingat nak buat susprise tadi. Amran sudah memandang kami silih berganti.

“Ain nak jumpa Tengku Amri, nak minta kerja Ain balik.” aku saja nak bergurau memandangkan Amran ada di sebelah. Cepat saja Tengku Amri mengetuk kepala aku dengan fail di tangannya. Aku mendengus geram. Boleh biul otak aku kalau asyik kena ketuk saja.

“Abang nak kena keluar jumpa client. Jom ikut abang. Nanti selepas jumpa client kita pergi lunch.” Tengku Amri memaut bahu aku tanpa mempedulikan Amran di sebelah. Kepala aku yang dia ketuk tadi dia usap perlahan.

“Adlene..nanti saya tak balik pejabat balik. Kalau ada apa-apa pesanan awak bagitau Normala ya.” Tengku Amri singgah di ruang menyambut tetamu sebelum keluar. Aku melambai pada Adlene sebelum Tengku Amri menarik tangan aku. Kalut aku melepaskannya kembali dan sempat mengerling Ayu. Dia memandang aku tajam. Tak faham betul aku dengan minah sorang ni. Aku bukan pernah buat salah apa pun dengan dia.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience