BAB 22

Romance Completed 96820

Berakhir sudah debaran di pelamin impian. Aku bakal berdepan pula dengan debaran lain. Ugutan dari encik suami buat aku cemas bila malam menjelang. Kadang-kadang aku terfikir, adakah aku ni berkahwin dengan ketua gengster? Suka sangat mengugut, memaksa dan yang sewaktu dengannya.

Bila mengimbas kembali persandingan siang tadi, baru aku teringat rancangan Mahligai Cinta yang aku saksikan di tv sebelum aku datang ke sini. Pengantin lelakinya adik kembar Tengku Amri dan pengantin perempuan pula bekas tunang Tengku Amri. Majlis yang disiarkan dalam rancangan tu adalah majlis dipihak perempuan.

Mengikut cerita yang aku dengar, Syarifah Haslinda bertunang dengan Tengku Amri kerana kehendak keluarga. Kerana Tengku Amri selalu sibuk, Tengku Amir Hanif yang selalu berurusan dengan Syarifah Haslinda dalam semua hal, dan kasih pun beralih arah. Kononnya Tengku Amri bawa diri dan datang ke Kuala Lumpur. Merajuklah kononnya tu. Hari pertama dia datang Kuala Lumpur tulah dia cari pasal dengan aku. Pengakuan Tengku Amri pada aku, bila dia tahu akulah cik Penyair, dia nekad untuk terus mengikat aku.

Hari ini juga aku bertemu dengan uncle Burn dan aunty Sarimah. Terungkap pula kisah 25 tahun yang lalu. Arwah ibu, aunty Sarimah dan bonda adalah kawan baik, tapi mereka terpisah bila masing-masing mendirikan rumah tangga. Aunty Sarimah dan arwah ibu bertemu kembali sebab arwah abah dengan uncle Burn berkawan baik. Yang paling aku tak sangka arwah ibu dan aunty Sarimah pernah berpakat untuk menjodohkan aku dengan abang Fikri. Rumit betul kehidupan inikan? Kita merancang, tapi Allah yang menentukannya. Sudah tertulis jodoh aku untuk Tengku Amri Hazif, walau pun cara kami bersatu sebab kena ugut dengan ketua gengster. Hehe...

“Makkk!” aku terjerit kecil, bila terasa pinggangku dicuit. Aku dok syok berangan, ada pula ketua gengster yang nak kacau aku. Aku tak peduli dengan kehadirannya. Aku pandang jam di dinding. Sudah pukul 12 malam. Aku bercadang nak on lappy dan login fac tadi, ketua gengster ni pula dah masuk bilik. Hiesyy..menganggu ketenangan betul. Aku baru rancang nak tulis sebuah puisi.

“Dah bersedia belum? Kenapa tak pakai baju yang macam abang suruh tu?” ketua gengster di sebelah aku sudah mula menyoal. Tadi dia ada pesan “Malam nanti bila abang masuk bilik, abang nak tengok Ain pakai baju yang Ain pakai masa first kita tinggal serumah. Kalau Ain tak pakai macam tu, Ain tahulah nasib Ain nanti.” itulah pesanan penaja dan ugutan ketua gengster untuk aku tadi. Tak ada maknanya aku nak ikut. Aku kan dah kena cop sebagai budak degil.

“Nak buat apa tu? Takkan nak online lagi? Dah pukul 12 Ain, abang dah letih ni. Nak tidur. Ain tak letih ke?” ketua gengster soal aku bila aku tak pedulikan dia dan mula on lappy dia. Hehe..pinjam sat, aku mana bawa lappy. Kalau bawa pun, tentu hilang sekali bersama beg aku hari tu.

“Alah..sat saja. Abang jangan nak kedekut sangat. Ain nak taip satu puisi saja. Lepas tu Ain out la.” aku mula login fac depan dia. Ada lima mesej diterima dalam peti masuk. Aku klik dulu mesej tu. Dua mesej dari Wani. Tiga mesej dari Putera Amri.

14/1112.45pm
Wani cute
Wey, awat aku call hang tak dapat?

15/1110.00am
Wani Cute
Hang jadi mai ka dak?

Alahai, kesiannya kawan aku ni. Siang tadi dia tak datang pun. Aku tunggu juga dia, sebab hari tu dia yang beria-ia nak datang sini. Aku ambil keputusan untuk membalas mesej dia. Sempat aku mengerling di sebelah, mata encik suami dah kuyu. Dia dah rebah pun atas tilam. Aku hanya tersenyum saja. Letih tersangat letew.

16/1112.07am
Anggerik Desa
Sori wani, aku ingat nak buat susprise kat hang, tapi aku kena ragut haripertama aku datang sini. Semua barang aku hilang. Lepas tu aku sesat, tapi hang jangan bimbang, sebab aku sesat di rumah mertua aku. Bagi nombor telefon hang lain, dengan alamat sekali. Aku tanya bos hang, dia kata dia tak tau rumah hang.

Selepas aku balas mesej Wani, aku buka pula mesej Putera Amri. Sebelum klik aku kerling lagi encik suami. Dah hanyut dibuai mimpi. Tulah..silap buat ugutan, akhirnya tersadai sendiri. Hehe...

15/118.00am
Putera Amri
Sayang, kenapa call tak dapat? Abang risau!

15/119.45am
Putera Amri
Sayang di mana?

15/11 10.30am
Putera Amri
Sayang please, jangan buat abang macam ni!

Tiga mesej pada hari yang sama tapi berlainan masa. Aku klik pula pada nama sendiri dan masuk timeline sendiri. Aku klik pada kotak share dan mula menaip puisi luahan hatiku.

Anggerik Desa
Hebatnya Cinta

Cinta..
Kala ia hadir hati sudah berdetik,
Maka rindu pun berputik,
Benih-benih sayang pun disemai,
Bersama taburan baja-baja kasih,
Lalu mekarlah bunga-bunga cinta,
Dalam mahligai setia,

Cinta...
Hadirnya mewangi di hati,
Mekarnya memenuhi jiwa,
Harumnya mendamaikan sukma,
Lalu terdampar di pantai asmara,

Cinta...
Betapa hebatnya ia,
Hidup berdua dan saling bergurau senda,
Menjalin rasa sayang,
Menitipkan rasa kasih,
Membuahkan rasa setia,
Untuk saling merasa bahagia,
Hidup bersama selamanya.

Luahan Rasa Cinta
~PQA~
Feeling-Great - :D-with-Putera Amri

Selepas aku share puisi tu aku terus logout dan off lappy. Lappy encik suami aku simpan semula ditempatnya. Aku kembali ke katil dan baring di sebelah encik suami a.k.a EnTAH aku a.k.a Tengku Amir Hazif. Macam biasa aku renung wajah dia sebelum terlelap. Aku bukan pemujangga. Aku cuma manusia biasa yang meluahkan rahsia hati melalui puisi. Oh..sebelum aku terlupa, cek RM50.000 yang kononnya ada dalam beg yang Tengku Amri cakap tu semuanya auta belaka. Dia sengaja nak ugut aku dan aku pula percaya sangat dengan dia. Kalau sudah jodoh tu buatlah macam mana pun tetap tak boleh lari ke mana.

Macam juga kes aku dengan bonda. Memang bonda pernah tengok aku tiga kali di Kuala Lumpur, tapi bonda cakap masa tu aku pakai baju uniform cleaner sebab tu dia tak perasan aku ni menantu dia, bila jumpa aku di Lapangan Terbang. Takdir Allah tiada siapa yang menduga. Kan aku dah cakap, hidup ini Allah yang tentukan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience