BAB 20

Romance Completed 96820

Sudah dua hari aku bekerja di rumah mewah ini. Mereka nak layan aku sebagai tetamu, tapi aku menolak. Aku cakap aku nak kerja. Tengku Mahani mengalah juga akhirnya dan menyuruh aku membantu apa yang patut. Aku menolong bibik mengemas, mencuci toilet dan sebagainya. Tengku Mahani cakap esok baru kendurinya. Eh, sama pula dengan majlis kahwin Tengku Amir Hanif. Wani yang beritahu aku. Dia siap snap dan post kad kahwin lagi dalam peti masuk fac aku.

Hari ini barulah anak-anak Tengku Mahani akan pulang termasuklah pengantin lelaki. Aku jenis yang tak suka nak bertanya banyak. Motif aku sekarang cuma nak cari duit poket dan balik ke Kuala Lumpur semula, dan cari alamat dan nombor telefon Wani. Nasib baik aku tak beritahu Wani aku nak datang sini, kalau tak tentu dia risau kalau aku tak sampai-sampai. Tengku Mahani cakap, kalau aku betul-betul nak kerja di sini. Bantulah apa yang patut, selepas majlis selesai dia akan beri rm500 untuk aku. Sekarang ni aku cuma boleh pulang semula ke Kuala Lumpur dengan Rm500 tu. Aku amnesia tiba-tiba. Aku hilang klu untuk mencari rumah Wani. Hadoi, kenapa aku selalu macam ni?

Sebenarnya, selepas membuat laporan polis, Tengku Mahani menawarkan drebarnya untuk menghantar aku ke rumah Wani. Malam tu puas kami pusing satu Pulau Pinang. Jalan rumah Wani tetap tak jumpa. Jalan sehala, aku terus blurr plus blank. Akhirnya aku balik semula ke rumah Tengku Mahani. Baju yang aku pakai sekarang, Tengku Mahani bagi, katanya baju anak bongsunya. Orang dah memberi aku menerima saja.

“Aini, nanti tolong bibik hidang makanan ya. Anak-anak aunty dah balik. Nanti aunty kenalkan dengan Aini ya.” Tengku Mahani memberi arahan. Kemarin aku tolong bibik hidang makanan juga untuk saudara mara Tengku Mahani.

“Baik Tengku!” aku iakan saja.

“Aini ni degilkan? Kan aunty dah cakap jangan panggil Tengku?” aku hanya tersenyum. Teringat pula kat EnTAH. Dia dah balik ke belum? Aduhai, bilakah rindu ini akan berakhir?

“Aini..”

“Yupp. Eh..ya Tengku!” aku tersengeh sambil memandang Tengku Mahani. Tengku Mahani mengeleng kepala melihat aku yang tengah mengelabah. Tersasul pula.

“Cakap kat bibik, kalau dah siap semua, boleh hidang sekarang.”

“Baik Tengku..” aku mendapatkan bibik dan menyampaikan arahan Tengku Mahani. Makanan untuk orang besar-besar ni siap ada gubahan lagi. Ada chef yang ditempah khas pula tu. Tugas aku dengan bibik cuma menolong buat kerja-kerja dapur dan menghidang saja. Kalau nak tolong chef pun kena tanya dulu, apa yang perlu dibantu. Bukan boleh main redah saja. Almaklumlah, nama pun chef, mestilah dia nak jaga reputasi dan mengekalkan rasa masakannya.

Aku menolak troli berisi hidangan bersama bibik ke ruang makan. Hati-hati kami buat kerja. Aku pasti sangat, di ruang makan nanti bukan setakat anak-anak Tengku Mahani saja yang ada, mesti ada saudara mara dan rakan taulan keluarga Tengku Mahani.

Sampai di ruang makan kami meletakkan makanan di atas meja. Satu persatu pinggan berisi makanan tu aku letakkan di atas meja. Hati-hati dan penuh tertib. Malu dan berdebar-debar bersatu dalam hati. Aku tak pedulikan dengan pandangan dan perbualan orang lain. Janji kerja aku selesai. Esok lusa aku akan dapat upah. Aku dapat rm500 dan balik ke Kuala Lumpur semula. Itu yang aku fikir.

“Dah lama kerja di sini?” seorang lelaki yang sedang berdiri di sebelah aku bertanya. Aku tak menoleh pun ke arahnya. Nak jawab ke tak?

“Baru dua hari encik..” aku jawab perlahan tanpa menoleh pun ke arahnya. Aku meletakkan pinggan terakhir dan ingin berlalu ke dapur semula.

“Aini..meh makan sekali.” macam kelmarin, Tengku Mahani ajak aku makan bersama mereka. Aku tetap mengeleng. Malu kot..

“Adoi!” aku terjerit kuat bila terasa kepala aku diluku. Aku panggung kepala untuk melihat wajah lelaki yang tak beretika ini. Apa salah aku?

“Degil tak habis-habis. Kenapa abang call tak dapat? Kenapa off handphone? Kenapa tak online? Kenapa datang Penang tak minta izin abang dulu?” aku tergamam bila disoal bertubi-tubi. Aku perhatikan semua orang. Kami berdua dah jadi perhatian sekarang ni.

“Err..manalah Ain tau. Kenapa tak tanya peragut tu, kenapa dia off handphone.” aku jawab perlahan. Terdengar ketawa-ketawa kecil bergema. Aku pula dah rasa macam pesalah nak kena hukum gantung saja sekarang ni.

“Am..makan dulu. Ajak Aini duduk.” Tengku Amri tarik kerusi untuk aku dan paksa aku duduk. Aku pandang Tengku Mahani. Tengku Mahani menganggukkan kepala dan menyuruh aku duduk sekali lagi. Aku pandang Tengku Amri. Wajah dia masih serius macam tadi. Marah sangat letew..

“Nasib kaulah, abang Am..” lelaki di depanku bersuara. Aku pandang ke arahnya.

“Hai Bos..” aku sapa dia sambil menganggukkan kepala. Tengku Hanif turut mengangguk dan tersenyum padaku. Aku terdengar ketawa dari yang lain. Apa yang kelakar sangat tu erk?

“Kenapa tak bagitau dulu nak datang? Tulah balasan untuk orang degil. Nasib baik jumpa dengan bonda. Kalau jumpa dengan penyangak, bawa jual ke Siam macam mana?” Tengku Amri duduk di sebelah aku. Sebaik duduk dia sudah mula membebel. Yang aku hairan sangat ni, yang lain tu tahu ke aku ni isteri Tengku Amri? Sejak aku kena ambush dengan Tengku Amri, tiada seorang pun yang menyoal siapa aku.

“Kalau kena jual dengan penyangak di Siam, rasanya abang Am la yang meraung dulu. Tengoklah pagi tadi, bila kita pergi jemput kak Aini, dah macam cacing kepanasan dah bila cari kak Aini tak jumpa. Nasib baik jiran sebelah rumah kak Aini cakap, kak Aini datang sini. Kalau tak, tentu abang Am masih menunggu di Kuala Lumpur.” wanita ayu di sebelah bos aku bersuara.

“Tulahkan, nak buat susprise sambut permaisurilah konon. Tau-tau permaisuri buat susprise dulu.” Sungguh, aku dah blurr mendengar perbualan mereka.

“Makan..” aku pandang pinggan nasi aku. Dalam marahnya Tengku Amri, dah penuh pinggan nasi aku ditimbun dengan lauk. Aku pandang dia. Dia jungkitkan kening sambil melebarkan senyuman. Sengaja nak kenakan aku dia ni. Tengku Mahani mengeleng memerhatikan gelagat kami.

Aku dah tak tahu nak cakap apa bila berada dikalangan orang-orang besar ni. Sepanjang makan aku berdiam diri. Cuma sekali sekala aku tersenyum, mengangguk dan mengelengkan kepala. Dah macam kena virus bisu saja.

“Kak Aini, petang nanti kita pi shopping ya? Kak Aini tentu belum ada baju untuk majlis esokkan?” wanita ayu yang berada di sebelah bos aku a.k.a Tengku Amir Hanif menyoal aku. Aku belum buka mulut, orang sebelah aku jawab dulu.

“Ayu dok saja di rumah. Abang nak bawa wife abang keluar petang ni. Abang masih ada perhitungan yang masih belum selesai dengan dia.” tu dia, statement Tengku Amri buat aku terkejut gorila. Adakah dia cakap wife tadi? Atau aku sedang berangan sekarang ni?

“Ek..eleh, nak buat perhitungan ke nak lepaskan rindu?” wanita yang dipanggil Ayu menyoal seraya mencebik. Tengku Hanif a.k.a bos aku tergelak. Tengku Mahani hanya memandang tanpa kata. Aku blurr lagi. Lantak koranglah..

“Whatever. 3 in 1 pun boleh..” Tengku Amri ketawa perlahan sambil pandang aku dan kenyit mata. Otak aku terus berkerja, 3 in 1 maksudnya apa? Nombor 1, buat perhitungan. Nombor 2, lepaskan rindu. Nombor 3? Aku hanya menemui tanda soal di situ. Tengku Amri ni memangkan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience