BAB 14

Romance Completed 96820

Sudah seminggu aku bekerja di Syarikat Tengku Amir & Sons. Aku malas nak buat kerja yang mengunakan otak. Dan, aku juga malas nak berkawan dengan orang loaded yang kemas dan bergaya. Rezeki aku cuma kerja sebagai cleaner. Okeylah tu, daripada aku mati kebosanan di rumah. Aku minta kerja kontrak saja untuk tiga bulan. Selepas kerja, aku malas nak online. Puisi muisi semua pun, aku dah tak karang sejak bekerja ni. Otak tepu, badan letih. Balik rumah, cuma nampak tilam dengan bantal saja.

“Putri!” aku disapa seseorang ketika aku sedang mengemop lantai di depan lobi tingkat tiga. Aku perhatikan perempuan yang menegur aku tu atas dan bawah. Dia senyum, tapi otak aku masih tak dapat menangkap siapa gerangannya perempuan muda yang anggun bergaya di depan aku ni.

“Putrikan?” tadi dia macam yakin saja dia kenal dengan aku, tapi sekarang ni dia soal pula aku. Dia kenal aku ke tak?

“Saya Ain. Cik salah orang kot ni?” aku kenalkan diri dan soal dia balik.

“Putri Quratul Aini, right?” aku mengangguk perlahan, terus dia menerpa dan memeluk aku. Aku tergaman. Seorang perempuan yang anggun bergaya, sedang memeluk seorang cleaner macam aku?

“Oii..hang tak kenai aku ka Putri? Ni Wani la. Shazwani Sulaiman, remember me?” aku terbuntang mata. Aku mengelilingi dia dengan mop di tangan. Aku ada seorang kawan baik bernama Shazwani Sulaiman ketika belajar di UUM, tapi dia gemuk. Hobi dia makan ice cream dengan coklat. KFC dan Mc D tu tak payah tanya, kalau ikut dia hari-hari makan pun tak apa. Kek coklat tu favourite dia tersangat.

“Hang kena sumpah ka apa ni?” aku tiru loghat dia. Aku, kalau jumpa dia memang ayat pedas giler. Tak ada lapik-lapik. Bukan tahap bom atom, tapi nuklear terus.

“Kena sumpah tengkorak hang. Setaun aku tak makan nasi. Terpaksa berkorban hati dan perasaan bercerai dengan kekasih-kekasih kesayangan aku hang tau. Huhu..” dia buat-buat menangis. Berlakon memang terror budak ni. Aku hanya ketawa. Aku faham maksud kekasih-kekasih tu. Bercerai dengan makanan kegemaran dia.

“Wey, aku tengah buat reja ni, nanti kita sembang lain..” aku takut juga dituduh curi tulang. Kalau berbual dengan Wani, sehari suntuk pun tak habis. Bila aku cakap macam tu, dia mula tunjuk mengelabah, siap tepuk dahi lagi.

“Aku lupa, aku nak pi turun ambil fail ni. Balik satgi, hang tunggu aku kat tingkat bawah tau. Kat ruangan menunggu tu. Hang ada nombor telepon dak? Mai nombor teleponlah senang sikit..” aku set nombor telefon dia dan dia pun set nombor telefon aku. Wani masuk lift, aku meneruskan kerja aku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience