BAB 5

Romance Completed 96818

Pukul 1 tengahari, lelaki itu telefon aku dah paksa aku siap, katanya dia nak bawa aku ke satu tempat. Aku mula mengaru kepala yang tak gatal. Kenapa pula dia nak paksa-paksa aku ni? Kelmarin dia paksa aku buka pintu pagar, hari ni dia nak paksa aku ikut dia pula. Apa hal ni?

“Siapa awak ni? Nak paksa-paksa saya pulak. Saya tak nak keluar dengan awak!” aku bersuara tegas. Aku bukannya kenal dia pun, buatnya dia buat tak senonoh kat aku. Huh, entah terlepas dari wad mental mana?

“Saya sampai nanti awak belum siap dan tak ada depan pintu pagar ,saya akan call polis dan cakap awak dah curi duit dan barang-barang saya. Dalam beg yang saya tinggal di rumah awak semalam saya dah tinggal cek bernilai rm 50,000.00. Awak mahu ke polis masuk dan geledah rumah awak?” aku terkejut besar mendengar penyataan lelaki itu. Apa motif dia untuk buat aniaya aku macam ni?

“Tolonglah encik, apa salah saya yang encik nak buat niaya kat saya sampai macam ni sekali? Kalau encik ada dendam apa-apa pada keluarga saya atau saya cakaplah encik. Saya rela berlutut dan minta maaf dengan encik..” aku terasa sebak tak semena-mena. Aku dengar lelaki itu sudah ketawa di hujung talian.

“Yang awak nak emosional sangat ni kenapa? Lebih baik awak pergi siap sekarang. Pakai baju kurung. Kalau boleh yang paling baru dan paling cantik yang awak ada. Saya dah nak sampai ni. Jangan lambat pulak!”

Tuttt..tutt..tutt...

Talian terputus. Aku mengelabah. Nasib baik aku baru lepas mandi. Bagai lembu dicucuk hidung ,aku berlari ke bilik, buka almari dan mencapai baju kurung moden yang ibu beli sebelum pergi umrah. Baju berwarna putih dengan labuci dan manik di lengan. Aku ambil pula selendang berwana hitam. Aku main lilit saja sebab nak cepat siap. Wajahku cuma aku solek ala kadar dan calit sikit lipstik merah darah.

Aku turun ke bawah selepas meneliti diri dan berpuas hati. Ambil beg tangan dan kunci rumah. Aku keluar menunggu di depan pagar rumah seperti yang diarahkan. Aku terserempak dengan kereta Ustaz Akil dan Ustazah Zainab, mereka hon aku. Aku ukirkan senyuman. Selepas kereta mereka berlalu, sebuah kereta berhenti di depanku. Aku menanti dalam debaran. Pintu depan kereta terbuka. Aku menunduk memerhatikan wajah pemandunya. Segak dengan sepasang baju melayu putih dan sampin, siap bersongkok lagi. Aku dah keliru. Nak masuk ke tak? Nak masuk ke tak? Aku berkira-kira dalam hati.

“Ain, tunggu apa lagi tu? Cepatlah masuk!” terkocoh-kocoh aku masuk ke dalam perut kereta. Aku pandang dia. Macam mana boleh sedondon pula ni? Haih, wajah aku berbahang. Apa yang aku lihat buat aku cuak tersangat. Dia macam nak bawa aku pergi nikah saja.

“Kita nak ke mana ni encik? Jangan cuba-cuba nak bawa saya lari!” aku sengaja mengugut. Macamlah berani sangat. Aku dengar dia ketawa. Hiesy..geram betul aku. Bila dia tak menjawab aku pun malas nak bertanya lagi. Dalam hati hanya mampu berdoa pada Allah agar aku tak diapa-apakan.

Kereta membelok masuk ke perkarangan masjid. Aku meninjau dari dalam kereta. Aku nampak ustaz Akil, Ustazah Zainab dan beberapa orang jiran aku sudah berada di depan masjid. Ada apa ni? Aku blurr habis. Aku pandang lelaki di sebelah aku untuk mencari jawapannya. Wajahnya serius dan tegang pula ketika ini. Aku pula yang kecut perut. Apa yang dia sedang fikir agaknya?

“Awak ingat baik-baik! Kalau awak tak mahu kena penjara seumur hidup, awak cuma perlu angguk dan sign saja. Awak faham tak? Kalau tak, jangan harap awak akan bahagia seumur hidup ni. Saya akan saman awak dan akan dakwa awak atas kesalahan mencuri.” aku memandang lelaki itu dengan pandangan tajam, meluat dan marah. Apa sebab aku perlu angguk? Dan benda apa yang aku perlu sign? Aku tak jadi membuka pintu kereta. Aku terkaku di situ. Dugaan apakah ini, Ya Allah?

“Awak fikir apa lagi? Keluarlah! Saya tahulah kereta saya ni best pun, takkan awak tak sampai hati nak keluar kot?” sinis bunyi suaranya. Aku mendengus geram. Aku keluar dari kereta dan menghempas pintunya dengan kasar tanpa rasa bersalah. Dia tersenyum. Aku pelik dengan mamat sorang ni. Sengal ke mereng pun aku tak tahulah.

“Senyum! Jangan buat muka macam tu, nanti semua orang ingat saya buli awak..” aku menjeling geram kepadanya. Memang kau buli aku pun! Hantu! Malaun! Aku sumpah seranah dia dalam hati.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience