BAB 26

Romance Completed 96820

“Minggu depan kami nak buat trip ke Langkawi. Ain nak ikut tak?” Tengku Amri menyoal aku ketika aku baru mula nak menyuap. Dua jam juga tadi aku menunggu dia habis berbincang dengan client. Perut aku pun dah lapar sangat.

“Langkawi? Macam best saja. Abang pergi sekali?” aku menghentikan suapan dan menyoal balas. Aku pandang tepat ke wajah Tengku Amri. Dia sedang rancak mengunyah. Aku sabar menanti.

“Wajiblah abang pergi sekali. Abang ada kerja di Langkawi. Sambil buat kerja sambil makan angin. Jomlah, kalau Ain ikut boleh buat 3 in 1.” Tengku Amri ketawa. Aku kerut dahi memikir.

“3 in 1?” otak aku tak berfungsi, terpaksa juga aku menyoal. Dalam berbual nasi kerabu dalam pinggan dah tinggal separuh.

“Yang ke 3 tu honeymoonlah sayang. Kalau Ain tak pergi macam mana abang nak honeymoon.” Tengku Amri kenyit mata dan ketawa. Aku hanya tersenyum. Minda sudah membayangkan keindahan Pulau Langkawi.

“Siapa lagi yang pergi? Pergi dengan apa? Kenderaan sendiri atau syarikat?” perbualan masih berlangsung. Tengku Amri sudah menghabiskan nasinya. Sementara Tengku Amri nak menjawab aku menyuap suapan terakhir. Straw aku sisipkan ke bibir. Jus epal aku sedut perlahan. Sejuk rasa tekak. Inilah namanya nikmat rezeki. Selesai makan aku ucap Alhamdullilah di dalam hati.

“Dari sini kita naik bas. Kita akan singgah di Butterworth untuk ambil pekerja di sana. Dari Butterworth kita akan terus ke Kuala Perlis. Mungkin Hanif dan Linda pun akan ikut sekali.” aku sudah mula teruja. Mesti Wani pun akan ikut sekali. Itu yang aku fikir.

“Wani?” aku menyoal pantas. Tengku Amri jungkit bahu. Aku beriak biasa kembali. Kan best kalau Wani pergi sekali. Tentu aku ada geng.

Selepas makan, memandangkan Tengku Amri tak mahu pergi semula ke pejabat, aku ajak dia ronda-ronda Kuala Lumpur. Dia bawa aku ke Taman Tasik Putrajaya. Best juga sesekali keluar dating dengan suami sendiri. Tengku Amri yang romantik and caring buat aku rasa selesa dan aman di sisinya. Time ni la aku boleh nak bermanja pun. Bila dia dah mula sibuk nanti, outstation sana sini, aku yang ditinggalkan ini pasti akan merindu separuh gila lagi. Hadoi..ini yang lecehnya berkahwin dengan orang berada. Benarlah kata orang. Takkan ada orang yang sempurna. Kaya atau miskin pasti akan ada masalah yang berbangkit.

Hidup ini memang begini. Selalunya yang miskin mesti akan mengatakan betapa beruntungnya orang kaya, dapat apa saja yang mereka hajati, tapi aku pernah baca status seorang penulis yang bernama Szaza Zaiman dalam fac.

Orang sakit : Ya ALLAH, sihatkanlah tubuh badanku supaya mudah aku beramal ibadat.

Orang Sihat : Alah, rilex ar, aku sihat walafiat lagi. Lambat lagi nak mati, kita enjoy dulu.

Orang kurus : Kenapa la aku ni kurus sangat, sekeping macam papan saja. Syok tengok mereka badan berisi.

Orang gemuk : Jealous aku tengok mereka, makan banyak mana pun, badan dok maintain saja. Aku ni puas diet, tak kurus-kurus.

Orang kaya : Aku cari duit banyak mana pun tetap rasa tak cukup, orang miskin aku tengokrelax saja.

Orang miskin : Syoknya kalau aku kaya, apa aku nak semua aku dapat.

Orang tak beriman : Kenapalah Allah ni tak adil? Aku tak pernah hidup bahagia, macam-macam bala dok timpa aku.
Orang beriman : Alhamdulillah..Ya Allah, aku terima apa saja yang kau turunkan untukku. Kau berikanlah HidayahMu dan jadikanlah aku orang yang beriman dan bertaqwa. Aku Redha Ya Allah, dengan apa yang Kau berikan.

p/s: Siapakah anda?

Manusia takkan pernah puas dengan apa yang mereka ada, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Mereka ini sentiasa Redha dengan apa yang Allah berikan, kerana hanya Allah di dalam hati mereka.

Share this novel

pink panther
2021-05-18 16:19:53 

sokong. Manusia kadang2 tak akan pernah berpuas hati dengan apa yg dimiliki. Dalam erti lain,tak reti bersyukur


NovelPlus Premium

The best ads free experience