BAB 18

Romance Completed 96820

Rindu Yang Kian Membara

Rindu ini nyalaannya marak sekali,
Bagaimana harus ku padamkannya?
Aku rindu dia!
Biar ku siramkan dengan berbaldi air mata,
Ia tetap menyala-nyala,
Aku harus bagaimana?

Rindukah dia padaku?
Aku tertanya-tanya,
Kalau rindu sebanyak manakah rindunya?
Adakah seluas lautan dalam?
Atau seluasnya alam?

Rindu yang menyala sakitnya mengila,
Kenapa harus rindu kalau tak berjumpa?
Rindukan dia yang entah di mana alamatnya,
Aku harus bagaimana?
Andai dapat ku undur putaran dunia,
Aku hanya ingin berada di sisinya,
Setiap masa!
Setiap ketika!

EnTAH...kenapa aku rindu?
Dan rindu ini terlalu sakit!

~PQA~

Lima belas hari telah berlalu selepas kali terakhir aku bertemu dengan EnTAHku. Dua hari sebelum ni aku berbual dalam peti masuk Fac dengan dia. Dia cakap dia sibuk. Sekarang, mungkin dia ada di Singapura. Aku pun tak pasti sebenarnya. Dua hari kami tak berhubung. Dia sibuk, aku pula letih selepas balik kerja.

Hari ini aku post lagi puisi aku. Rindu yang tersangat pada EnTAH membuatkan aku nekad untuk meluahkan rahsia hati. Meluahkannya melalui puisi memberikan ketenangan seketika untukku.

Aku login fac hari ni dalam suasana yang amat membosankan. Tiada yang menegur dan mengelike puisiku lagi. Aku search nama Putera Amri. Aku terjah timeline dia. Sunyi sepi tanpa sebarang status. Sayu sangat hati ini. Inilah nasib diri kalau bernikah dengan orang bisnes. Bosan online, aku logout. Aku turun ke bawah dan bermenung pula di ruang tamu. Aku on tv pula. Hari ini cuti. Nak keluar aku malas. Bukan tak ada kawan yang mengajak aku keluar. tapi aku tak berani keluar tanpa izin suami. Manalah tahu dalam diam, dia pasang spy untuk intip aku. Lagi pun Allah Maha Melihat. Dosa tetap dosa, jangan buat main dengan hukum Tuhan.

Mata aku asyik memerhatikan skrin tv. Rancangan Mahligai Cinta. Entah perkahwinan orang kaya mana sedang disiarkan di tv. Eh..itu macam bos aku saja. Pengantin lelaki dan pengantin perempuan sedang ditemubual oleh pengacara rancangan. Aku perhatikan nama yang tertera di skrin tv, Tengku Amir Hanif dan pasangannya Syarifah Haslinda. Aku berfikir sejenak. Macam pernah dengar saja nama-nama ni? Malas aku nak fikir. Tak ada kena mengena dengan aku pun.

Sedang rancak aku melayan mata menyaksikan kemewahan orang-orang kaya menyambut menantu, aku dikejutkan dengan lagu Rapuh. Bibir aku spontan mengukirkan senyuman. Mudahan encik suami yang telefon. Aku rindu dia separuh gila dah ni.

“Assalammualaikum...” tanpa melihat nama pemanggil aku terus memberi salam.

“Waalaikumusalam. Putri, aku ni. How are you my friend? Aku ada berita gembira ni. Aku nak jemput hang mai Penang, pekena nasi minyak aku. Hang dok kalut sangat, dok tanya aku bila nak makan nasi minyak, ni aku nak pangge dah ni. Mau ka tak mau, hang kena mai jugak. Tak boleh tak mai! Full stop!” tu dia, lain yang aku harap, lain pula yang mai. Dengar suara pun tau dah. Tak payah nak tengok skrin bagai. Tak payah nak chek nama pemanggil lagi dah.

“In syaa Allah, ada rezeki aku sampai, tapi dengan syarat hang kena hampar carpet merah, dari Penang sampai KL. Almaklumlah, akukan Putri!” aku ketawa dengan ayatku sendiri.

“Banyak cantik, muka hang..”

“Terima kasih dear, cantiklah jugak. Dah lama dah, aku tau..” aku cantas ayat Wani sambil ketawa lagi.

“Hiesyy...ni yang aku malaih nak cakap dengan orang yang perasan lawa ni. Woii..hang tak mai tengok adik ipar hang kawen ka? Oh, aku lupa..Tengku Amri pi Sarawak, macam mana hang nak maikan? Sejak bila aku nyanyuk pulak ni.”

“Sat, sat, sat..aku tak paham. Apa maksud hang ni? Bukan Tengku Amri dok ada di Singapore ka?” aku tanya gusar. Wani ni memanglah. Cakap dah la tak ada break.

“Isyy..apa punya bini daa. Perkembangan laki sendiri pun tarak tau ka? Memang dia pi Singapore, tapi dari Singapore dia amik flight terus pi Sarawak kemarin. Minggu depan baru dia balik sebab adik kembar Tengku kawen. Tu yang aku tanya, hang tak mau mai ka tengok adik ipar a.k.a bos hang tu a.k.a Tengku Amir Hanif bin Tengku Amir Farkhan a.k.a anak bos Syarikat Tengku Amir & Sons...” hadoi, berapa banyak a.k.a daa minah ni. Aku tau la dia setiausaha Tengku Amri pun. Aku mana tau semua ni. Aku dahlah jenis malas nak ambil tau. Sampai aku jadi cleaner di Syarikat bapak mertua sendiri pun aku tak tau. Apa nak jadi dengan aku ni?

“Masalahnya, aku mana pernah pi Penang tu. Sesat kalu mampuih aku. Terpingga-pingga macam rusa masuk kampung pulak satgi.” lagi pun aku tak minta izin kat encik suami pun lagi. Boleh ke aku pi sana? Aku sambung dalam hati. Apa kata kalau aku buat susprise untuk encik suami dan kawan baik aku ni? Baru gempak gitu! Tingg..minda aku dah berkelip-kelip dengan idea nakal.

“Hang jangan nak nyanyuk sangat, banyak songeh pulak. Dah dekat sepuluh kali tau aku bawa hang mai rumah aku. Dah satu Penang ni aku bawa hang ronda. Tempat mana yang kita tak pi? Komtar? Pantai Bersih? Padang Kota? Taman Bunga? Habaq mai kat aku?”

“Hehehe..aku ingatkan hang yang nyanyuk. Saja aku nak test hang tadi..”

“Test, test jugak. Ni, nak mai ka dak?”

“In sya Allah, kalau tak ada aral nanti aku call hang.” selepas saling berbalas salam aku memutuskan talian. Aku tengok jam. Dah tengahari pun. Petang ni boleh aku keluar shoping, ronda-ronda butik dan beli baju baru. Sejak jadi isteri Tengku Amri dan sejak aku kerja, duit aku dalam akaun bank tak pernah kering. Baru 25 hari aku jadi isteri dia ,tapi Tengku Amri akan masukkan duit ke akaun aku seminggu sekali. Macamlah aku ni pemboros sangat. Bila aku tanya dia, ini yang dia jawab...

“Sebab abang sayang Ain. Lagi pun, abang jauh. Abang ajak Ain ikut ke mana abang pergi, Ain tak nak. Degil tak habis-habis. Bini sapa entah?” dan aku balas balik macam ni..

“EnTAH!”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience