BAB 3

Romance Completed 96818

Rinduku Kembali Bertamu

Ibu, Abah...
Putri rindu kalian,
Rindu yang tak tertahan,
Rindu yang sarat terbeban,

Ibu, Abah..
Putri sunyi,
Sunyi yang teramat,
Mengingati ibu dan abah buat Putri sepi,
Sepi menyelubungi diri,
Menghantui hati,
Merobek perasaan ini,

Ibu, Abah...
Rindu ini takkan hilang begitu mudah,
Menunggu kepulangan kalian hatiku gundah,
Namun, hampa jiwa ini,
Yang pulang menemui hanyalah jasad kaku,
Putri redha dalam pasrah,
Inilah takdir Putri.

Hasil Nukilan
~PQA~

Aku kemaskini puisi dalam blog Puisi Luahan Hatiku. Aku memang suka menulis puisi bila aku keresahan. Puisi menjadikan jiwaku damai semula. Aku rindu sangat pada ibu dan abah, jadi aku luahkan perasaan tu dalam bentuk puisi.

Sudah seminggu aku menampal iklan Rumah Sewa di pintu pagar rumahku, namun tiada langsung panggilan yang aku terima. Aku perlu keluar untuk mencari kerja. Duit simpananku sudah semakin susut. Kerja apa yang sesuai dengan aku? Aku sendiri tidak yakin dengan kemampuanku. Aku macam tak ada semangat untuk keluar bekerja selagi tidak mendapat penyewa untuk dua buah bilik yang masih kosong. Aku pun sudah terasa sunyi tinggal seorang diri di rumah.

Detik waktu terus berjalan
Berhias gelap dan terang
Suka dan duka tangis dan tawa
Tergores bagai lukisan

Sedang aku melamun sambil memikirkan perihal rumahku yang masih belum disewa orang, lagu Rapuh berkumandang. Aku mendapatkan telefonku yang berada di atas meja sofa. Nombor yang tidak dikenali tertera di skrin telefon. Aku segera menekan butang hijau, mana tahu ada orang yang nak menyewa rumahku.

“Hello..” aku menyambut panggilan masuk dalam debaran dada yang kencang.

“Hello, boleh bercakap dengan cik Ain?” huh, langsung tak ada salam. Aku tak berani nak beri salam tadi. Mana tahu yang telefon tu silap nombor, dah tu berbangsa India atau Cinake, tak ke haru.

“Ya, saya Ain. Assalamualaikum encik. Ada apa yang boleh saya bantu?” Hadoi, tak formal sangat ke? Aku tersenyum sendiri. Budi bahasa budaya kitakan?

“Err, waalaikumusalam. Cik Ain ke yang buat iklan Rumah Sewa kat Taman Sentosa Indah Raya ni?” lelaki itu bersuara lagi. Aku macam nak melompat saja. Akhirnya aku bakal dapat penyewa.

“Ya saya. Siapa yang nak sewa encik? Untuk pengetahuan encik saya cuma nak mencari penyewa bilik saja encik, bukan seluruh rumah.” aku bercakap terus terang. Tiba-tiba rasa cuak pula sebab aku sedang mencari penyewa perempuan.

“Tapi, iklan ni tulis Rumah Untuk Disewa?” aku dah tepuk dahi. Aku mana ada pengalaman nak buat iklan ni.

“Macam ni la cik Ain. Boleh cik Ain datang ke sini sekarang tak? Saya dah ada di depan rumah ni. Biar kita berbincang secara berdepan saja.” Hah? Aku terus bangun dan menuju ke tingkap. Aku selak sedikit langsir. Memang ada seorang lelaki sedang memakai ear phone sedang berdiri di depan rumahku. Wajahnya tak dapat ku lihat kerana dia sedang membelakangiku.

“Cik Ain!” suara itu menyeru namaku. Tersentak sebentar aku.

“Maafkan saya encik. Tunggu sebentar ya. Saya keluar sekarang.” aku naik ke bilik dan memakai tudung. Berpuas hati dengan penampilan diri, aku turun semula ke bawah, mengambil kunci pintu pagar dan membuka pintu rumah. Dari depan pintu rumah aku sudah melihat lelaki itu berulang alik berjalan kiri dan kanan sambil sekali sekala dia akan menilik jam di pergelangan tangan.

“Assalammualaikum encik...” lelaki itu menoleh. Aku tergamam. Boleh cair jiwa aku ni. Yang berdiri di depan aku sekarang seorang lelaki yang memiliki wajah yang sangat sempurna. Terpegun? Tersangat! Jantung aku pula mula berdegup pantas.

“Cik Ain?” dia menyoal ragu-ragu. Aku mengangguk. Wajah aku dah berbahang berdepan dengan lelaki ini. Kenapa erk?Ini kali pertama aku diserang perasaan ini. Rasa kelu dan kaku seluruh badan.

“Boleh saya masuk sekarang tak, sebab saya ada meeting lagi setengah jam. Lagi pun saya nak kena mandi dan bersiap sebab saya baru sampai dari Penang.” aku dah melopong di situ. Dia cakap tadi nak bincang saja. Ni apa kes? Aku belum lagi bersetuju untuk dia menyewa di sini.

“Tapi encik, saya cuma nak mencari penyewa bilik untuk perempuan saja.” aku serba salah sekarang ni. Kepala pula rasa berdenyut semacam saja. Lain yang aku cari, lain pula yang aku dapat. Lelaki itu merentap kertas iklan yang aku gantung di pagar.

“Saya tak kira! Cuba awak baca iklan yang awak tulis ni. Rumah untuk disewa. Sekarang saya nak sewa rumah ni. Awak buka pintu pagar ni sekarang. Kalau tak, saya buat kecoh kat sini.” aku dah bengang sekarang. Aku akui aku yang salah kerana tak pandai nak buat iklan, tapi lelaki ini sudah lebih. Boleh pula dia nak paksa-paksa aku.

“Masalahnya encik, rumah ni rumah saya, dan saya pun masih tinggal di sini. Kita ni bukan mahram encik, mana boleh saya benarkan encik masuk macam tu saja. Kalau encik tinggal di sini saya nak tinggal di mana? Saya bukannya ada rumah lain pun, ini saja rumah yangsaya ada. Encik cari saja rumah yang lain.” aku ingin melangkah masuk ke dalam rumah bila lelaki itu memanggil namaku.

“Cik Ain, please. Saya dah lambat sangat ni. Meeting ni penting untuk syarikat saya. Ini antara hidup dan mati. Awak nak ke kalau syarikat saya ni bangkrup dan papa saya jatuh sakit. Awak tahu tak syarikat ni papa saya yang bangunkan dengan hasil titik peluhnya..” aku picit kepalaku. Entah bala apa ni? Aku ni dah la jenis pengesian, pandai pula mamat ni nak umpan simpati aku. Tanpa sedar, ringan saja tangan aku membuka kunci pintu pagar.

Lelaki itu sudah tersenyum kemenangan. Dia menuju ke keretanya dan mengeluarkan beg pakaian. Aku hanya menjadi pemerhati. Dalam otak aku ni macam-macam sudah bersarang. Bawa masuk lelaki bukan mahram dah satu hal. Pandangan masyarakat sekeliling lagi, seolah aku ni dah macam terdesak sangat untuk mendapatkan penyewa.

“Encik masuk bilik utama depan ni. Saya dah kemas. Saya tunggu di luar. Selepas encik habis meeting ni kita bincang lain. Saya kesian saja ni. Bangkrup syarikat encik nanti, saya jugak akan yang dipersalahkan.” aku bersuara sinis tanpa memandang lelaki itu dan menuju ke ruang rehat di halaman rumahku. Lelaki itu terus masuk ke dalam rumah. Pandai-pandailah kau cari sendiri. Aku berbisik di dalam hati sambil berdoa, mudahan lelaki ini orang baik-baik.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience