BAB 6

Romance Completed 96818

Semua orang seakan menunggu kehadiran kami. Ustazah Zainab dan Kak Sofia anak sulungnya sudah menyambut aku dengan senyuman. Kak Sofia membetulkan selendangku. Aku jadi pelik sangat, tapi bibir aku terus terkunci untuk menyoal. Aku dipimpin masuk ke dalam masjid oleh ustazah Zainab dan kak Sofia. Sudah ada beberapa orang masjid di dalamnya. Mungkin mereka baru selesai bersolat zohor. Itu yang aku fikir.

“Kita nak mulakan sekarang ke?” aku dengar seseorang bertanya.

“Benda baik tak elok dilengahkan..” yang lain pula menjawab. Jantung aku dupdap, dupdap..tak tahu aku sedang berdepan dengan apa. Ustazah Zainab dan kak Sofia dari tadi lagi asyik tersenyum memandangku. Dalam cuak aku ukirkan juga senyuman kepada mereka.

Aku dihampiri oleh seorang pak cik dengan buku di tangan. Di sebelahnya ustaz Akil menemani. Aku menundukkan wajah dan otak aku masih memikirkan segala kemungkinan yang sedang berlaku di depan aku sekarang ni.

“Putri Quratul Aini binti Muhammad Qusyairi, sudikah kau, aku nikah akan dikau dengan Tengku Amri Hazif bin Tengku Amir Farkhan?” pak cik di depan aku yang sedang memegang buku dan borang entah apa-apa menyoal aku. Terkejut besar aku, pantas aku panggungkan kepala. Aku pandang pak cik yang menyoal aku dan ustaz Akil. Akhirnya aku mencari pula wajah lelaki penyewa itu. Matanya tajam merenung aku. Aku anggukkan kepala tanpa sedar.

“Alhamdullillah..sign di sini.” pen dihulurkan padaku. Bagai terkena pukau, aku ikut semua arahan tanpa banyak kerenah. Otak aku weng seketika. Kepala aku berserabut sangat, seolah sedang mengalas beban yang amat berat. Mindaku terus melayang tanpa tujuan. Aku tak tahu apa yang berlaku disekelilingku. Aku baru tersedar di alam nyata bila Ustazah Zainab mencuit lenganku dan mengarahkan aku untuk mengangkat tangan dan berdoa. Selesai doa diaminkan, Ustazah Zainab dan kak Sofia bergilir-gilir memeluk dan mencium pipiku seraya mengucapkan tahniah. Air mataku mengalir tanpa relaku.

Giliran lelaki itu menghampiriku, menyarungkan cincin di jari manisku. Sedikit longgar. Ah, peduli apa aku. Balik rumah nanti, aku buang saja dalam lubang tandas. Lepas tu aku pam, biar hilang terus. Aku membebel di dalam hati. Ketika sampai giliran aku menyalaminya, aku hanya memegang hujung jarinya dan mencium tanganku sendiri. Amekaw, paksa aku lagi. Dia menyudahkan segalanya dengan mengucup dahiku. Lama. Terasa kesyahduan di situ, dan aku terus diburu perasaan berdosa. Ya Allah, dia sudah sah menjadi suamiku. Kau ampunkan dosaku Ya Allah, kerana aku tak dapat menerima kenyataan ini.

“Terima kasih kerana sudi menjadi isteri abang..” dia bisikkan kata-kata itu di telingaku. Aku sebak dan air mataku mengalir lagi. Ustazah Zainab dan kak Sofia mengusap lembut belakangku.

“Alhamdulillah, semuanya sudah selamat. Selepas ni ustazah tak perlu risau lagi dah. Putri dah ada Tengku. Kalau Aini dan Qusyairi ada tentu mereka orang paling bahagia hari ni. Ustazah sebenarnya nak buat majlis nikah ni di rumah ustazah, tapi Tengku cakap Putri nak buat kat masjid. Tak kisahlah mana-mana pun. Janji semuanya dah selesai. Selepas ni kita berkumpul di rumah ustazah ya. Ustazah ada buat makan-makan sikit sempena nak meraikan pengantin baru ni..” aku mengangguk perlahan. Terpaksa berlakon sedangkan aku sendiri tidak pernah kenal lelaki ini. Namanya pun aku dah lupa. Mana aku nak ingat, kalau minda aku pun blurr tahap blank terus.

“Yalah Putri, selepas ni tak payahlah Putri nak cari penyewa lagikan? “ kak Sofia berkata sambil memegang lenganku supaya bangun. Aku tak tahu apa perasaan aku sekarang ni, yang aku tahu, aku hanya perlu jadi pelakon terbaik Nak mengamuk ke apa ke, tunggu dulu. Tak baik menjatuhkan maruah suami di depan orang-orang masjid ni. Lagi pun, aku yakin sangat kalau aku mengamuk sekarang pasti aku yang akan dipersalahkan nanti. Aku hanya perlu bersabar dan pasrah saja sekarang ni. Nak redha aku memang tak mampu. Aku hanya insan biasa yang takkan pernah sempurna.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience