BAB 1

Romance Completed 96818

ERGHHHHHHH!

TULANG temulangberbunyi, leganya mengeliat malas di atas katil. Malas betul nak bangkit pagi ni, ni semua sebab terlajak bersembang di dalam messenger dengan seorang rakan Fac sehingga jam 4.30 pagi. Gila betul!

Kalau ingat balik, macam-macam topik yang kami bualkan, hingga tak sedar jarum jam sedang bergerak pantas. Namanya Putera Amri, aku tak pasti nama betul atau pun tidak kerana aku sendiri pun mengunakan nama samaran. Nick name fac aku Anggerik Desa dan aku mengunakan gambar bunga anggerik sebagai gambar profilku.

Nama betulku Putri Quratul Aini. Opsss..jangan salah faham ye. Aku bukannya Puteri raja pun. Nama saja Putri, tapi aku rakyat biasa saja. Aku belum bekerja, sebab aku baru habis belajar. Usia aku baru nak masuk 23 tahun. Bulan depan birthday aku. Yeay, mesti ibu dan abah akan beri hadiah lagi macam tahun-tahun lepas. Hah, Ibu dan abah? Aku baru teringat, hari ini ibu dan abah akan pulang dari umrah. Aku bingkas bangun dan menuju ke bilik air.

“Cik Putri! Cik Putri! Tuan, Puan...” keluar saja dari bilik air aku terkejut dengan laungan pembantu rumah. Cemas wajahnya macam baru lepas nampak hantu.

“Kenapa ni kak Yanti?” aku menyoal resah. Mesti ada sesuatu yang berlaku ni. Aku bersoal jawab di dalam hati.

“Ada polis datang. Polis, polis nak jumpa Cik Putri. Tuan, Puan..” kak Yanti masih bersuara cemas. Tangannya pantas mengheret aku ke bawah. Apa yang polis buat di rumah kami? Kenapa pula dengan ibu dan abah? Apa yang sudah terjadi pada mereka?

“Encik, ada apa encik?” aku bertanya gusar kepada dua orang angota polis yang masih ada di depan pintu rumah kami. Aku anak tunggal. Selepas ibu dan abah pergi umrah, aku tinggal bersama pembantu rumah. Aku nak ikut ibu dan abah pada awalnya, tapi terpaksa dibatalkan pada saat-saat terakhir kerana pasportku mempunyai masalah.

“Kami harap cik banyak-banyak bersabar. Encik Muhammad Qusyairi dan Puan Noraini kemalangan, dan mereka meninggal di tempat kejadian. Diminta Cik dan keluarga menuntut jenazah mereka di Hospital Kuala Lumpur dengan segera.” lembut lututku mendengar khabar yang disampaikan oleh salah seorang angota polis tersebut.

Siapa yang harus aku hubungi sekarang ni? Setahu aku ibu dan abah sama-sama membesar di rumah anak yatim. Tak pernah pula mereka memperkenalkan aku dengan saudara mara mereka. Kawan-kawan abah, aku hanya kenal dengan Uncle Burn, itu pun dia tiada di Malaysia sekarang ni. Aku dengar uncle Burn dan keluarganya sedang bercuti di London.

Aku ingin menangis dan meraung saat ini tapi lidahku seakan beku untuk mengeluarkan suara. Selepas kedua orang anggota polis itu pergi, aku jatuh terduduk di muka pintu dan air mata terus berjuraian laju tanpa sedarku.

“Abah, Ibu, kenapa tinggalkan Putri? Macam mana dengan Putri? Putri dah tak ada siapa-siapa sekarang ni. Kalaulah Putri ikut sekali abah dan ibu..” aku merintih kesal. Seribu penyesalan hadir dalam mindaku. Kalaulah pasport aku tak bermasaalah, tentu aku masih bersama abah dan ibu.

“Jangan macam ni Cik Putri. Tak baik ber'kalau-kalau' ni. Sudah sampai ajal mereka Cik Putri. Jom..kita bersiap. Lepas tu kita minta tolong jiran sebelah rumah untuk memberitahu orang masjid.” aku dipimpin masuk ke dalam rumah oleh kak Yanti. Mengapa nasibku sebegini malang? Aku belum puas lagi nak bermanja dengan abah dan ibu.

Share this novel

Afifah Nadiah
2019-11-17 17:06:02 

Besttt sgttttt thumbs up


NovelPlus Premium

The best ads free experience