BAB 30

Romance Completed 96820

Aku merenung lautan luas. Subhanallah! Cantiknya ciptaan Allah. Kami sudah sampai di Langkawi. Hari ini hari kedua kami di sini. Tengku Amri, Tengku Hanif, Tengku Amir(bapa mertuaku) dan Wani, juga pekerja-pekerja yang lain sedang bekerja sekarang ni. Entah kerja apa, aku tak ambil peduli pun. Chalet yang kami tinggal sekarang ni adalah milik Syarikat Tengku Amir & Sons. Bila orang lain sedang bekerja, bonda, Hidayu dan Linda keluar bershopping. Mereka ajak aku sekali tadi, tapi aku berkeras tak mahu pergi. Aku lebih rela duduk di tepi pantai dan memandang lautan yang luas. Damainya rasa hati ini.

“Putri..” sedang asyik aku memerhatikan lautan di depan mata, sudah ada yang datang menyapa. Aku menoleh. Melihat saja wajah di depanku ini, aku pantas mengukirkan senyuman. Bahagia rasanya bila dia mahu menegur aku lagi. Sudahkah dia memaafkan aku? Sudah habiskah rajuknya?

“Waalaikumusalam abang Fik! Abang Fik sihat?” dia ketawa bila mendengar aku menjawab salam. Aku sindir dia sebenarnya.

“Sempat lagi nak sindir abang. Assalamualaikum Tuan Puteri.” dia duduk di sebelah aku sambil memandang lautan di hadapan. Aku pula terus merenung wajahnya sambil menelek wajahnya. Nampak lebih handsome dan lebih matang berbanding dulu. Abang Fikri dah simpan misai dan janggut sejemput.

“Putri buat apa di sini? Tengku mana?” tersentak aku dengan soalannya. Tulah, asyik benar menelek wajah anak teruna orang, kan dah kantoi.

“Handsome abang Fik sekarang. Dah ada calon belum? Kalau tak ada, Putri ada sorang kawan yang sedang mencari calon. Abang Fik nak?” lain yang disoal, lain pula yang aku respon. Abang Fikri sudah memandang geram padaku. Aku tayang senyum nakal. Akhirnya abang Fikri ketawa.

“Hati abang ni dah lama kena curi Putri, tapi orang yang curi hati abang ni zalim sangat dengan abang. Lepas dia curi hati abang, tergamak pulak dia campak hati abang ke Sungai Amazon bagi ikan pirahna makan.” aku cuba mentafsir maksud ayat-ayat abang Fikri tu. Aku rasa aku faham maksudnya. Dia maksudkan perempuan zalim tu adalah aku, yang menolak cintanya dan unfriendkan Facnya selepas dia panggil aku sayang. Zalim sangatkah aku ni??

“Kesian kat abangkan. Abang dah tak ada hati sekarang ni. Kalau Putri jadi perempuan tu, daripada hati abang bagi kat ikan pirahna, lebih baik derma kat pesakit barah hati. Boleh juga pesakit tu hidup sihat.” aku sengaja pura-pura tak tahu dengan maksudnya sambil membuat muka sayu. Berlakon sikit untuk cover line. Lagi pun kisah lama usahlah diungkit lagi. Aku masih rasa bersalah dengan dia. Dia pun mungkin akan terluka lagi. Parut luka lama tu janganlah diguris kembali.

“Yalah tu..” aku dengar abang Fikri menghela nafas sambil pandangannya menghala ke arah lautan. Sejak tadi aku perasan abang Fikri tidak berani memandang wajahku. Kalau dia tengok pun hanya sekilas lalu, lepas tu dia terus memandang ke depan.

“Abang Fik masih marah Putri lagi? Dah lima tahun abang Fik. Jodoh, ajal dan maut ni Allah yang tentukan. Contohnya macam Putri dengan Tengku. Putri tak pernah pun berharap akan kahwin secepat ini, tapi Allah dah takdirkan jodoh Putri dengan dia, padahal sebelum nikah Putri tak tahu pun dia siapa. Kami nikah tergesa-gesa sebab ketika tu Tengku terdesak untuk menyewa rumah Putri selepas ibu dan abah meninggal.

Kita takkan pernah berpeluang untuk melihat masa depan. Macam Putri, bila ibu dan abah meninggal, Putri sedih sangat sebab Putri dah tak ada sesiapa lagi untuk bermanja. Putri dah tak ada sesiapa lagi untuk bergantung harap. Tapi Allah mengetahui segalanya, Allah hantar seseorang untuk Putri, dan beri keluarga mertua yang sangat baik untuk Putri. Kita hanya merancang, tapi Allah yang menentukannya abang Fik. Sentiasa memandang ke hadapan abang Fik. Kalau abang Fik asyik pandang ke belakang, kalau tersadung batu, abang Fik juga yang akan terluka.”

Aku menghabiskan kata-kataku sambil menoleh ke arah abang Fikri. Terpegun aku bila mata kami bersabung. Wajah abang Fikri buat aku turut dilanda sebak. Ada air mata bergenang di tubir matanya.

“Adik abang dah semakin matang sekarang ni.” abang Fikri berkata sambil bangun dan memandang ke arah lain. Aku turut perasan abang Fikri menyeka air matanya. Maafkan Putri abang Fik. Putri bukan sengaja tak mahu membalas cinta abang, tapi Putri tidak boleh memaksa perasaan sendiri. Putri sudah menganggap abang Fik macam abang kandung Putri sendiri. Aku berdialog dalam hati. Tanpa sedar air mataku sudah mengalir di pipi. Aku mengesatnya pantas.

“Ain...” ada lagi yang memanggil. Sebelum menoleh aku pastikan air mataku sudah kering dan bibir bersedia untuk tersenyum.

“Abang..dah habis meeting ke?” Hadoi, sekali toleh tengok-tengok wajah encik suami daa. Merah wajah dia dan pandangannya sedang menghala ke arah abang Fikri.

“Patutlah, bonda ajak shopping tak nak ikut. Rupa-rupanya ada date di sini.” kasar bunyinya. Aku pandang abang Fikri. Wajahnya turut merah. Perubahan wajahnya memang sangat ketara. Macam harimau nak menerkam mangsa. Aku sudah mula mengelabah dengan situasi ini. Payah juga bila dapat suami yang terlebih cemburu ni?

“Cakap baik-baik sikit!” aku belum sempat bersuara, abang Fikri terlebih dulu berkata-kata. Dua orang lelaki yang sama gagah sedang menunggu masa untuk bercakaran. Seorang dilanda perasaan cemburu dan prasangka, seorang lagi ingin bertindak sebagai pembela.

“Habis tu, kalau dah berdua-duaan antara lelaki dan perempuan bukan date namanya?” aku langsung tak sempat nak mencelah. Hati aku dilanda sebak tiba-tiba. Bila suami yang amat aku sayang dan juga yang aku cinta sepenuh hati meragui kesetiaan aku. Apa lagi yang harus aku buat.

“Kalau abang dengan abang Fik nak bergaduh, nak bercakar ke, nak bertumbuk ke, buatlah. Tapi..Ain tak nak masuk campur hal orang lelaki.” sebelum mereka mengeluarkan kata-kata yang lebih menyakitkan hati aku, lebih baik aku yang bersuara dulu. Untuk apa aku nak membela diri, kalau Tengku Amri sudah menuduh melulu sebegitu. Aku terus bangun dan berjalan ke arah laut. Hanya laut yang aku pandang, cuba kembali mencari damai yang ku rasa sekejap tadi. Damai yang telah diragut pergi oleh dua insan bergelar lelaki.

“Ain! nak ke mana pulak tu?” Tengku Amri melaung. Aku tak menoleh pun. Langkah aku teruskan. Sakit sangat hati aku ni dengan tuduhan dia tu. Air mata yang sudah merembes laju, aku biarkan. Kakiku sudah mencecah air laut. Aku tak peduli, kakiku terus bergerak.

“Ain..jangan nak buat kerja gila, boleh tak?” lengan aku ditarik. Aku mengeraskan diri. Teringin memprotes tindakan tak rasional mereka tadi. Tanpa salam, terus nak serbu. Ingat aku ni tunggul kayu yang tak ada perasaan ke?

“Jangan nak degil sangat Ain!” suaranya masih kasar. Mencerlung matanya memandang aku. Aku tepis tangannya dan ingin kembali masuk ke laut.

“Putri Quratul Aini! Dah cukup amalan ke? Air tengah pasangkan. Ain tak nampak ke? Nanti air pasang sedut masuk laut tu macam mana?”aku kerut kening. Kalau nak takutkan aku pun biarlah yang logik sikit. Kalau tsunami tu mungkinlah nak sedut aku masuk ke laut.

“Biarlah Ain mati, ikut ibu dengan abah. Abang bukannya sayang Ain pun. Dengan abang Fikri pun nak cemburu. Otak abang tu pakailah sikit. Nak serbu orang pun pakailah helmet dulu. Ni tak, main tuduh saja. Ain kenal abang Fik tu sejak Ain lahir lagi tau. Sampai nak berbual pun tak boleh, apa kes? Abang kurung saja Ain dalam rumah. Tak payah nak bawa pergi bercuti bagai. Biarlah Ain jadi katak bawah tempurung pun. Baru puas hati abangkan?” aku meluahkan segala amarah yang terbuku di hati. Tengku Amri merenung tajam ke arahku, tapi sebentar kemudian dia ketawa sambil meluku kepala aku.

“Sakitlah! Abang memang suka kalau Ain biulkan? Biar Ain dungu, tak tau apa-apa macam tu?” aku masih bengang lagi. Suka sangat nak ketuk kepala aku. Semakin kuat ketawa Tengku Amri. Dia terus mengheret tangan aku. Aku keraskan badan.

“Ain nak suruh abang dukung ke?” aku mengeleng pantas sambil memandang sekeliling. Ternampak abang Fikri masih berdiri di tempat tadi dan sedang memandang ke arah kami, tapi dia tak berseorangan. Ada Wani dan Hanif bersamanya. Entah sejak bila mereka muncul.

“Ain akan dengar cakap abang, tapi dengan syarat abang pergi minta maaf dengan abang Fikri dulu.” Tengku Amri mendengus kasar dan melepaskan tangan aku. Dia melangkah pergi dan meninggalkan aku termanggu di sini. Haih, ni yang payah. Dia pujuk aku tak lepas lagi, takkan dia pula yang nak merajuk kot? Akhirnya aku buat keputusan untuk menyusur pantai dan berjalan bertentangan dengan arahnya. Akukan dia dah cop sebagai budak degil. Selagi dia tak pujuk aku betul-betul, jangan harap aku nak pujuk dia balik. Nokhtah!

Aku terus melangkah dan melangkah. Tiada seorang pun yang sudi mengejar aku. Aku kecil hati. Wani pun ada sama tadi. Tak inginkah dia kejar aku dan hiburkan hati aku ni? Air mata merembes lagi. Sayu sangat. Aku naik ke atas batu-batu besar dengan berhati-hati. Aku ingin terangkan hati ini dari rajuk yang kian mendalam.

Aku sampai di atas batu yang besar dan rata permukaannya. Aku duduk bersila sambil mengeluarkan telefon dari kocek seluarku. Aku login Fac sambil memandang laut. Aku ingin sekali berpuisi melepaskan rasa lelah hati ini.

Anggerik Desa
Rajuk

Di tepian pantai ini,
Ku lepaskan lelah dalam diam,
Melawan perasaan rajuk yang dalam,
Pada dia yang langsung tak mengerti,
Akan hati dan perasaan ini,

Rajukku,
Sedalam dasarnya lautan,
Lalu aku lemas dan karam sendiri,
Mengocak naluri,
Terdampar di pantai hati yang sepi,

Entah kenapa..
Rajuk ini tiada noktahnya,
Di kuasai egois yang mengila,
Harus sampai bila?

Hanya Allah yang tahu,
Apa yang tersurat di hati ini,
Namun rajuk ini, apa kesudahannya?

~PQA~

Feeling-sad :(

Lega rasanya selepas meluahkan perasaan melalui puisi. Segala gelodak rasa yang terpendam aku luahkan. Perasaan aku bebas. Aku tak berminat untuk terus meronda dalam Fac. Aku tiada mod untuk berchatting hari ini. Selepas melepaskan perasaan melalui puisi aku logout kembali. Mata aku kembali fokus ke arah lautan tanpa menghiraukan keadaan sekeliling. Aku hanya ingin 'bercinta' dengan Allah sekarang ni, dengan melihat keindahan ciptaannya. Sesekali ombak yang memukul batu tempias ke arahku. Aku masih tak berganjak. Biarkan air laut menyirami tubuhku. Aku bahagia 'bercinta' dengan Allah. Hanya memikirkan Allah membuatkan jiwaku kembali tenang.

“Frust betul abang, ingatkan ada orang nak kejar abang dan pujuk abang, tapi alih-alih abang pula yang terpaksa mengadaikan ego abang ni.” seseorang sudah landing di sebelah kanan aku. Tak perlu menoleh, aku dah tahu siapa.

“Abang dah minta maaf dengan abang Fik? Kalau tak, jangan cuba-cuba nak pujuk Ain.” aku sengaja keraskan hati.

“Dah pun Putri. Abang Fik tak marah pun dengan Tengku Amri. Kalau abang di tempat dia pun abang akan cemburu. Cemburu tukan tandanya sayang. Isteri kenalah dengar cakap suami, bukannya berdegil macam Putri ni. Masih tak berubah sejak dulu..” abang Fikri yang turut landing di sebelah kiri aku dan mengenakan aku balik.

“Amboi, dah jadi kawan baik ke? Putri pulak yang kena? Mana aci, dua lawan satu.” aku bersuara rajuk. Bibir sengaja aku kebamkan.

“Tak apa, jangan bimbang kak Aini. Penyokong setia kak Aini dah mai ni..” demi terdengar suara itu, aku menoleh ke belakang. Lahh..ada lagi yang nak join rupanya. Hanif, Linda, Hidayu dan Wani sudah berdiri di belakang kami.

“Abang angkat geng nak pujuk Ain ke ni?” aku kembali bersuara ceria. Bahagia kembali menguasai diri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience