BAB 19

Romance Completed 96820

Aku mula mengemaskan pakaian untuk ke Penang. Aku akan ambil flight saja. Malas pula aku nak naik bas. Lagi pun, dah banyak aku tengok kemalangan bas ekspress di dada-dada akhbar. Aku takut kalau rancangan aku nak buat susprise untuk Wani dan EnTAH aku betul-betul terjadi dan berlaku sebaliknya. Opss..aku tahu, naik apa pun, kalau dah sampai ajal tu tetap tak ke manakan?

Aku sampai di Lapangan Terbang Kepala Batas Pulau Pinang. Aku sedang tercongak mencari teksi untuk ke rumah Wani. Nak ke rumah Tengku Amri? Dah sah aku tak tahu di mana rumahnya. Lagi pun aku pasti dia mungkin masih di Sarawak. Ralit aku memerhatikan ragam orang ramai di Lapangan Terbang ini, tanpa sedar ada mata lain yang memerhatikan gerak geriku.

Zupppp...sepantas kilat beg tanganku disambar orang. Aku tergaman, kaku tak bergerak. Hanya memerhatikan beg tanganku dilarikan tanpa sebarang respon. Dalam aku berdiri kaku, air mataku sudah merembes laju. Apa yang harus aku buat sekarang? Semua barang-barang penting ada dalam beg tu. Telefon bimbit, beg duit aku lesap sekelip mata. Aku langsung tak hafal nombor telefon Wani atau kenalan rapatku. Kenapa aku cuai sangat ni?

“Kenapa ni anak? Kenapa menangis ni?” aku ditegur seseorang. Wanita anggun di depanku memerhatiku dengan wajah hairan. Aku seka air mata dengan telapak tangan. Aku tak tahu sehodoh mana wajah aku sekarang.

“Beg tangan saya kena ragut Puan. Saya tak tahu nak ke mana sekarang ni. Saya dah tak ada duit sesen pun. Macam mana saya nak balik Kuala Lumpur? Macam mana saya nak pergi rumah kawan saya? Macam mana saya nak call dia?” entah apa aku meracau. Air mata yang mencurah bagai hujan, aku lap berkali-kali. Aku tengok ke bawah untuk mencari beg pakaianku. Di mana beg aku? Cuainya aku. Ya Allah, Kenapa semalang ini nasibku?

“Anak cari apa?” aku mengangkat kepala. Macam nak pitam saja bila memikirkan tentang nasib diri. Bolehkah aku buat-buat pitam sekarang? Untung-untung wanita anggun di depan aku ni akan tolong aku.

“Tolong saya Puan, berilah kerja apa pun saya tak kisah. Saya perlukan perkerjaan sekarang Puan. Tolonglah saya Puan..” aku sudah memaut kaki wanita anggun di depan aku ni sambil merayu dan menangis.

“Eh, jangan macam ni. Bangun, bangun dulu.” dia menarik aku supaya bangun. Dia membuka beg tangannya, mengambil dua keping not 50 dan menghulurkan kepadaku. Aku mengeleng pantas.

“Saya tak mau duit Puan. Saya perlu kerja Puan. Bagilah kerja apa pun saya tak kisah. Hatta cuci toilet sekali pun, saya sanggup. Beg duit dah kena ragut. Beg baju saya pun dah hilang Puan. Saya dah tak ada apa-apa lagi.” aku bercakap dalam sedu sedan. Mungkin inilah balasannya sebab aku keluar rumah tanpa izin suami. Nak buat suspriselah sangat. Sebelum aku susprisekan orang, peragut dan pencuri beg baju aku dah susprisekan aku dulu. Huuu...

“Jomlah, aunty bawa anak pergi buat laporan polis dulu. Lepas tu baru aunty bagi anak kerja. Nama apa ni?”

“Err..Quratul Aini. Panggil Quratul pun boleh. Aini pun boleh.” aku mengesat sisa-sisa air mata dan mengikut wanita anggun itu ke kereta.

*********************

Terpegun aku bila kami sampai di sebuah banglo mewah. Ini banglo ke istana? Di halaman rumah mewah ini sudah terdapat beberapa buah kanopi. Macam nak buat majlis kahwin saja. Setiap meja dilapik dengan kain berwarna ungu. Mungkin temanya ungu putih. Ada gubahan bunga di setiap meja. Ada pintu gerbang yang cantik untuk masuk ke dalam rumah.

“Nak buat kenduri ke Puan?” ringan mulut aku bertanya, sambil mata memerhatikan orang ramai yang sibuk membuat kerja masing-masing.

“Ya, anak kembar aunty nak berkahwin.” aku mengangguk. Tak berani nak bertanya banyak-banyak, aku hanya memerhatikan persekitaran banglo yang sudah dihias dengan pelbagai jenis bunga hidup. Hmm..agaknya rumah mertua aku besar macam ni tak? Aku bermonolog dalam hati.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience